Showing posts with label Melody Hati. Show all posts
Showing posts with label Melody Hati. Show all posts

Wednesday, 29 August 2012

Ramadhan VS Syawal

Assalamualaikum si nona manis si jejaka tampan.. e'eh. cantiknya baju raya! haaaa.. amekau. berkurun agaknya aku dop hapdet belog tercinta tapi tak berapa cinta aku ni. asyik busy memanjang aku Jemah.. kau je taktaw.. konon berangan nak hapdet masa awal Ramadhan tu. tak jadi. tangguh. last Ramadhan konon. tangguh lagi. asyik bertangguh kerjanya kan.. haa.. sampai dah jejak Syawal ni baru nak rajin sikit untuk mengarut banyak2. tu pun story dah agak basi.. almaklumlah aku dah perap letak asam lebih kurang sebulan pelas pelas (+). Nak story pon aku dah malas.. e'eh.. baik nau perangai gadis comel lotey ni kan? hehehe.. (masuk bakul mintak hang tolong angkatkan boleh?) alang alang celup pekasam dah sampai lengan, baik kita rojak je kan dalam 1 post.. kan kan kan? okeyh, double triple RAJIN la budak cute ni..kikiki .. okey, sila rajinkan diri anda untuk membaca setiap bait serta madah indah dariku.. ahakkssss.. ayat mintak lempang laju-laju ni.. TAPI sebelum anda meneruskan pembacaan, DINASIHATKAN agar mengambil bantal untuk letak dagu atas meja, air oren se'jug' dan ofkos kuih raya berbalang-balang sebagai bekalan. risau panjang post yang berjela-jela.. Baca biaq betui naaa... 3..2...1.... GO!



RAMADHAN TIBA, RAMADHAN TIBA, MARHABAN YA RAMADHAN!
Alhamdulillah dah jejak Ramadhan tahun ni. walhal dah habis pon lebih kurang 2 minggu.. tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun agak frust sebab tak dapat puasa penuh (normal la pempuan). tapi kan tapi kan.. ramadhan ni agak special la mungkin sebabnya.. untuk bertahun-tahun lamanya (since tingkatan 1 sampailah masuk kolej) tak pernah puasa penuh sebulan kat rumah. alhamdulillah this year dah jadi kenyataan.. amekaw. 8 tahun aku banyak habiskan masa muda remaja aku duduk asrama. okey,kehidupan sebagai BUDAK HOSTEL sudah sebati dalam jiwa aku.. jiwa kental la katakan.. chooiiii! Ramadhan ni jugak umur aku dah cecah 22 tahun mengikut kalendar Islam. alhamdulillah.. semoga bertambah umur, bertambah jugak ketaqwaan dan kecintaanku terhadapNYA.. insyaAllah.. Saja buat muka comel nak habaq.. ceq anak 1 RAMADHAN. tiap 1 Ramadhan tu birthday ceq.. jangan lupa boleh tak? *okey, mengada. siapa la aku ini..



SELAMAT..SELAMAT HARI RAYA
Dengar dengar itu, beduk telah berbunyi. sebulan puasa, tamatlah hari ini. amboi. siap nyanyi sakan. macam biasalah. malam raya aku memang tak tidur sebab duk membusykan diri di dapur. tidur lepas subuh dan bangun mata sembam! e'eh, da macam orang sakit dah! ni nak habaq mai. raya tahun ni adalah raya paling slow bagi aku. sebab aku takdanya nak memanjangkan kaki merajinkan diri pegi keluar beraya. just balik kampung, ziarah pusara bapa, atuk, then beraya rumah adik beradik mak, nenek dan atuk sedara, moyang. okey, just it. sebab sangat takda mood jalan beraya. aku hanya tahu duduk rumah layan tetamu yang datang. okey, takmo komen panjang-panjang sebab aku pun tak tahu nak cakap apa. yang aku tahu, aku takda mood jalan beraya lebih-lebih lagi health condition aku yang tak berapa menentu.. okey, biasalah tu sakit demam batuk selesema musim raya ni.. mesti bosan kan baca hal-hal mengarut aku. nah, cuci mata tengok ni.


 Daripada kami sekeluarga.. :)

Saya masih dapat duit raya! (>_<)



Salam cinta rindu bubye!


Wednesday, 1 August 2012

K.A.M.I

hai. hai. hai. hai si cantik manis. hai si jejaka kacak. hai awak yang baik akhlak. disebabkan mata ni semakin galak celiknya walhal jam rumah yang melekat kat dinding tu dah menunjukkan angka 02:14 am, so dengan ini timbul rasa hati yang melonjak2 untuk meng-update belog..agak2 korang dapat tak bayangkan hati aku yang cute tu melonjak2? mesti superb cute kan? hahaha.. actually aku taip sangatlah lama sebab kekeringan idea yang bernas untuk buat korang tak bosan dengan karangan tak rasmi aku ni. haih.. kau hengat senang ke nak buat orang happy ja Mak Jah? susah beb.. eh, TERpanjang pulak intro aku ni.. ok, back to the point.

Dan sebenarnya, aku nak show off korang gambar kecomelan tahap hello kitty mereka ni (bukan aku). gila kau tak comel? suka ja aku nengok. suwit ja aku rasa.. dan aku nak mention awal2, half daripada gambar hok KUIS dan apartment tu aku rembat dari belog memberku Bibie si gadis somell yang putih2 ala-ala chinese look tu.. cer tengok. cer tengok.. meh layan..*ni gambar sehari sebelum konvo =)

Masing2 buat muka comel.haih..macam2

Aku lah yang paling hitam manis..haha..perasan lebih kau Ana!

Okey yang ni langsung tak cool. boleh pulak kau tengok tempat lain kan Ana?rosak!
*Yunie*Ana*Nin*Bibie*

Candid nak mampuih..haha..candid terancang namanya.tapi sweet kot (okey,puji lagi)

Kau lagi comel dari aku lah Yunie.. melompat sakan dia kalau baca ni..kih3

Malu masing2.tengah ready posing maut, boleh pulak si Raja ni muncul dari bulan.haih..

Apa motif Yunie tabik hormat?haaa...ni mesti ada pape ni..;)

Aku diapit oleh gadis2 somell @___@

Berlatarbelakangkan ex-house aku dulu. kurus tak aku? kah3..futsnkdlanisdjnxl!

Sempat ja gebang kan..pantang nau jumpa.tahunya 'keluar jom!'

Ni family tempat aku & Bibie praktikal dulu di SRA Pekan Bangi.janji ditepati lah katakan.sebab before ni memang kedatangan kami dinanti2kan..sampai sana, kena kerumun ngan anak2 murid.teharuuu! siap ada student cakap 'cantiknya ustazah'..Allahurabbi..blushing tahap gaban beb!okey, tu perasan melebih kau Ana!


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

 alaaaaaa. maxis broadband ni buat perangai tak berapa nak senonoh pulak. cuba buat perangai soleh sikit boleh tak?suka sangat carik pasal ngan aku.time aku guna ja, macam siput. macam tu kau dengan aku haa. aku tak bagi kau makan, padan muka. ni yang buat malas tahap gaban update blog. banyak lagi ni aku nak update..kih3.. next time la ya.. bubye!

Sunday, 15 July 2012

Official Graduated !

Assalamualaikum.. alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia serta rahmatNya akhirnya hari yg ditunggu-tunggu telah selamat berlangsung dgn jayanya. hari apakah itu? of course la KUIS GRADUATION DAY '15'.. alhamdulillah. penantian hampir setahun lamanya terubat apabila kami telah diraikan sebagai graduasi pada hari konvokesyen bersejarah 7-Julai-2012 yg lepas. pelbagai perasaan yg menyerbu ruang perasaan. tidak mampu diluahkan dengan kata2 (wordless terus aku).

Okey. dekat setahun tak jumpa dan ber'gossip' serta bergugucaca. pelbagai story morry la keluar (nasib baik xda yg bawak lorry.huhh).. tapi tu la.malas & xperlu utk dikongsikan di sini. apa yg aku sure, semakin ramai yg aku dah 'kenal xkenal' atas faktor perubahan bentuk fizikal. ada yg dah gemuk, dah kurus, makin cantik, makin kacak, yg penting semua dah muka dewasa a.k.a matang lah. e'eh..lupalah. kan dah ramai yg 'bina masjid' dan bakal bina masjid.. haruslah berubah, ye dak? aku pulak apa cerita? majority komen ANA KURUUUUSSSSS SANGAT LAAAAA..aiyooo.tu yg susah tu sebab ada word 'SANGAT'. sampai ada yg panggil aku keding &  kering.. dusshhh!! amek kau ana. padan muka. terus wat muka sepohsen! kurang berkenan di situ ye.. tapi nak buat macamana kan. kena terimalah dengan hati terbuka. (okey lepas ni nak makan + melantak banyak2 sampai chubby.erk??)

Aduh la ai.. daripada aku cakap banyak2, baik aku sajikan korang dengan gambar yg 'macam-macam' ni.. selamat mencuci mata.. >_<



Sempat lagi curik masa Ustaz Don kejap.. hihi

 Sempat lagi.. ;)

 Barisan cekgu cekgi tuu.. kerlassss!

 Hasil curik bawa handphone walaupun sudah diberi amaran.
(degil.siap boleh update status FB & Twitter pulak tu.maafkan sy.ngee)

NURFARHANA AQILAH BINTI NASIL
Diploma in Education (Islamic Studies)
0953033
 i'm official graduated.. oyeahh!

 Perarakan keluar dewan. ramainya. rasa macam retis pon ada.
(oppssss..telebih sudaahhhh)

 Kami BFF.. this is OUR FAMILY. :)

 Boyfriend PI3_CREW 
(5M tinggal 2M je..yg lain missing)

 Girlfriend PI3_CREW 
(yg lain xdapat jejak)

 Mereka sayang2 sy..

With mama tercinta.. :)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::;

Puas dak? udah2 le tu.. tokseh banyak.. tu pun kira banyak dah. haihh.. apa yg aku harapkan sekarang ni ialah... semoga ukhwah yg telah terbina selama pengajian aku di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) akan kekal sampai bila.. serius aku cakap aku rindu segalanya yg ada di sana.. :')



#kenangan yg aku pasti xdapat lupa bila aku selitkan handphone dlm stokin kaki yg panjang mencecah lutut tu sewaktu naik pentas untuk menerima scroll..kenangan beb!  :')


Saturday, 9 June 2012

Terima Kasih Daun Keladi

Eh apa ni terima kasih kat daun keladi pulak? emangnya daun keladi ke yang berjasa? ececehhh.. tidaklah. sebenarnya aku pun takda reason why terima kasih tu kena ada daun keladi. sebab daun keladi miang ke? *ok, takda kena mengena. jauh panggang dari api. Apa2 jak la.. erm actually, special thanks ni khas untuk salah sorang sayang aku jugak kakak aku dekat sekolah tempat aku mengajar sekarang. Kak Islamiah namanya. kakak ni bagi aku tudung yang sangat comel + sweet. nak tahu? akak ni ada butik sendiri taw. Islamiah Butik nama kedai tu. kedai akak  ni di belakang Giant Sandakan (actually aku pun tak pernah jejak lagi). syukran kak untuk tudung yang sangat lawo ni.. kebetulan pulak colour tu matching dengan baju kurung yang aku beli on9 hari tu. mula2 pening jugak aku fikir tudung apa yang matching. tapi alhamdulillah. kebetulan pulak akak ni hadiahkan tudung untuk aku. macam taw2 jak colour ni takda lagi kan? kebetulan..

 Matching sangat kan? baju kurung aku dah ada kawan la..(tuan badan bila nak ada 'kawan'?)..  heehee.. nantilah.. relax sudaaaahhhhhh.. >_<

Nampak tak keserasian warna dia kat situ? nampak tak nampak tak (sambil buat gaya gedik)



Tuesday, 5 June 2012

Pimple Yang Tak Diundang

Ada orang cakap, jerawat ni pemanis muka. sebijik dua, yelah. tapi kalau dah berduyun-duyun macam nak ke konsert Sure Heboh, tu bukan pemanis lagi namanya.. ye dak?? huhhh.. ahh. biarlah muka aku tak manis pun, janji bebas dari jerawat. jerawat ni hanya mencacatkan muka. lebih2 lagi aku dengan tabiat aku memicit jerawat. bila dah tumbuh jerawat, memang tangan aku ni gatal-gatal nak picit. eh, geram taw tak? tak aman hidup aku tengok jerawat menapak kat muka. akibatnya terukirlah parut2 halus rekaan tangan aku. unik beb! rare kan? kau hado?? aarrrggghhhhhh!! (okey aku nyampah).. ermm.. bersyukurlah sesiapa yang muka dia bersih plus bebas dari jerawat. sangat bahagia rasa kan3? muka aku ni dulu cap ikan emas, sekarang jak ni cap ikan belut. sebab tu banyak jerawat. tapi aku konfius jugak. masa umur aku naik remaja sampailah aku remaja, xdanya jerawat ni berani nak menapak apatah lagi berkampung. sebijik dua xpa, ni berduyun. tu yang tak boleh tahan tu. suka2 jak nak show off. saja jak dia mencantikkan muka aku. haisshhhhh.. geramnya!

Erm.. dah muka cantik berparut berjerawat ni, takkan lah nak diam2 kan. jatuhlah saham kan (okey, ni ngada). eh, ada saham keeee?? ngeee~ okey, dengan adanya khidmat Maxis Broadband, aku pun merajinkan diri search dan search macam2 petua orang tua2 (memang word 'petua' tu kata dasar dia 'tua' erk?LOL) search punya search, serius banyak yang aku dah praktik tapi tiada hasil.. antaranya :

1) Dekatkan muka ke wap nasi / wap air mendidih.

2) Basuh muka dengan air basuhan beras.

3) Tempek bedak sejuk.

4) Gosok muka dengan pucuk daun jambu batu.



Ni belum cuba try test lagi:

1) Sapu kanji nasi pada jerawat.

2) Rebus daun teh hijau dan lekatkan pada jerawat daun yg masih suam. (mana nak cekau daun teh?)

3) Cuci muka dengan air kelapa tua.

4) Sapu ke muka bunga bunga melur yang telah ditumbuk halus bersama air.



Bakal aku cuba try test:

1) Hanya guna limau nipis, tomato, dan timun.

- Lenyek limau nipis ke muka dan biar sampai kering (dalam 10 minit) then baasuh dengan air bersih.
- Lenyek tomato pulak dan biar kering then basuh.
- Last sekali, timun pulak guna kaedah sama. dua hiris untuk mata. sesekali mata pon nak rehat dan segar jugak.. ye dak? hehehe



Aku harap lah benda2 ni semua berhasil plus mujarab. bukan apa. malu lah untuk berdepan dengan rakan sebaya. umur muda lagi tapi muka ya Allah. tak terkata.. ngee.. tapi jangan untuk muka jak.. peribadi jugak mesti diambilkira. yang mana xbaik kena tinggalkan. yang baik kena terus amalkan. kena sebatilah hendaknya.. kan3? okey, lihat hasilnya soon lah. >_<


credit to Aziera Ayunie yg bagi link2 berguna..! thanx sayang!

I'm Back

Assalamualaikum..

Sudah seminggu dop hapdate.. sebab tenet yg agak lembab lani. al-maklumlah, duduk kampung cuti sekolah. kampung memang macam tu. mencikkk bila tiada kemajuan oleh pihak yg berkenaan (sesuka hati aku kritik2).. eh, sangat bestlah school holiday kali ni.. walaupun bukan pergi holiday, tapi sangat best duduk kampung lama2. jauh dari busy dan bunyi segala okey! macam2 boleh buat. riadah pon ndak risau sebab rumah jiran sangatlah jauh (sangat tu ndak la..).. so, aku bebas berskipping, berbadminton, berjogging, berbasikal sesuka hati aku. . dengan itu, aku boleh menyingkirkan lemak2 berlebihan dan amalkan cara hidup sihat! hahaha.. (tetiba gelak jahat). dekat rumah, xda nya aku beriadah macam tu. sebab kiri kanan depan belakang rumah orang (jiran laa). maw lompat sana lompat sini lari sana lari sini pun jadi segan. harus control ayu (okey aku nyampah ngan ayat tu). ishhh.. malas la nak panjangkan post ni lagi.. sebab apa yg aku cakap ni berbaur rubbish. maaf ya.. hehehe.. kbai

Which one? kurus kah gemok kah? *fenning plus konpius!

Xda la aku sampai tahap macam ni.
Sebab aku suka makan2 makan dan makan2..haha
tapi 'SLIM' tetap jadi buruan aku (slim, bukan kurus okey.) yeahhh!


Yang penting, berat badan ideal.
badan sihat, otak pun cerdas..
ye dak?? hehe


Wednesday, 23 May 2012

Selamat Hari Guru


Actually dah lambat seminggu oreadi.. ada ku kesah? hehe.. okey bebey.. Happy Teacher's Day buat semua pendidik2 yg ada di dunia ni especially cikgu sekgi aku since Tadika Al-Mizan, Sk Bilit, Sk Sg Manila, Sk Sg Padas, Smk Agama Sandakan, KUIS, Purnama Tuition dan jugak pakcik makcik aku yang keja dia mendidik anak bangsa. fuhhh.. panjang berjela betul aku cakapcakap kan.. okeyh, ndak lupa jugak buat sahabat cikgu cekgi aku di SRA Pekan Bangi, Smk Tinusa Sandakan, Sk Sg Anib 3 Sandakan, dan sekarang Sk St Monica.. juga khas buat diri aku.. oreadi 1 years okeyh aku dah jadi cikgu (walaupun bukan cikgu lantikan tetap) tapi cikgu jugak namanya kan3? hehe.. 2012 jugak merupakan 2nd year aku sambut Hari Guru u know. wah2.. sangat best sebab banyak hadiah dan paling super duper best ada makan2. 
okeyh bebeyh.. masa untuk gemokkan badan ya. ndak kau tau brapa banyak kek.. lebih kurang seminggu tu kek ndak habis. everyday mesti dan wajib ada selama seminggu. sangat ohsem kan? oh ya.. convocation day jangan tekejut if aku gemok. gemok ke? whatever.. fufufufuufufufuuuuuu.. okeyh la.. penat membebel. sudah2 la bebel di sekolah ya Cikgu Farhana. >.<



~ Student tetap panggil aku 'ustazah' even aku dah gtaw call me 'cikgu'..
~ Kad hari guru 2012 dari student aku. ayat last dia "semoga cikgu jadi cikgu yg baik"..adakah aku terlalu GARANG? whatever la. ada aku kesah? yg penting kamu tahu hormat cikgu, bukan 'pijak'..

Thursday, 3 May 2012

Sabah tanah airku


Assalamualaikum semua penduduk bumi.. ehehe.. dah lama aku ndak update belog ni. masa sangat cemburu dengan aku. sangat ndak ohsem bila dia suka jeles 'pelas2' dengan aku. eh, sudah koyak kalendar ka? tu bagi sesaiapa yang guna kalendar cina (teringat dengan jiran aku dulu). haaa. dah betukar bulan kan? dah masuk Mei la Senah oii.. so fast la masa time tu berlalu dan tinggalkan kita semua (masa dan time bukan sama ka?). fuhhhh (sambil kesat keringat di dahi). sedar ndak sedar sudah hampir setahun aku menetap sepenuhnnya di tanah kelahiran aku Sabah Bah.. sangat ohsem bila aku sudah 100% akan ber'dialek' Sabahan dengan member2 Semenanjung aku bila kami bergayut-gayutan. no more ter'shashul' dan terjangkit secara automatik dengan korang (even sometimes aku tulis dalam bahasa rojak.sila maafkan aku). betul. lazimnya aku akan tertukar dialek bila aku dah bersua muka dengan member2 aku zaman2 kolej dulu. haippp.. tu dulu.. sekarang ndak sudah. hehe.. sebab kalau cakap ke-semenanjung-an harus dan wajib la akan sumbang okey. so, baik aku cakap bahasa aku. haruslah macam tu, I LOVE SABAH bah.. >.<

masa itu emas. tapi bukan tu sebenarnya aku maw cakap. 
jam ni warna PINK. sangat ohsem kan..? kikiki

I LOVE SABAH tanah airku.. ni t-shir mama aku beli hasil pujuk rayu aku dan adik.


Sudah la bah.. malas sudah aku maw tulis (walaupun aku sebenarnya ketandusan idea sudah) haha.. nanti la aku post2 lagi kalau buah fikiran tu sudah sampai musimnya.. okey bebeh.. tadaaa.. assalamualaikum





Wednesday, 18 April 2012

Aku Berkursus

Assalamualaikum Gigirl and Boboy yang comel lotey!


Tolong jangan silap mata baca tajuk kat atas tu ya.. cuba baca betul2.. 'aku berkursus' bukan 'aku berkurus'. ngeee~ yup, berkursus. pandai pon mek2 semua.. okey, cakap pasal kursus. sebenarnya kursus apa yang aku join ni? mesti tergaru2 kepala yang tidak gatal + kerut kening. ekcelli aku join kursus komputer bahagian 'Graphic Design' Ahad tu (15.04.12).. ceewaaahhhh.. main2 graphic aku sekarang kan. jangan jeles. yang paling best tiada bayaran dikenakan. that's mean, PERCUMA! a'ah.. tak payah keluar duit satu sen pon. makan pon kena tanggung (part makan paling aku suka), buku panduan free dan yang paling penting tenaga pengajar free.. credit untuk Kementerian apa tah, aku lupa dah (okey, ni sangat terok). alhamdulillah akhirnya aku berjaya habiskan 7 chapter dalam masa 7 jam non-stop (kecuali masa makan & solat) dalam masa 1 hari. memang headache la jugak sebab dok hadap benda tu 7 jam dari pagi sampai petang. terus rasa menyesal sebab tak amek lagi 'En.Kacamata' yang di'order' hari tu.. bukan setakat headache je.. sakit belakang sakit punggung semua ada. lagi2 mata yang memujuk dan memohon rayu untuk dipejam. aku ni penidur tegar. eh, betul ke? gurau laa. tapi siyes ngantok gila (ngantok tu gila eh?) dah la.. apa kata kita tengok hasil kerja aku masa kursus tu.. (ekcelli biasa2 jer..)


1) Buat akuarium.. aku pon tak sangka aku boleh wat. 
nampak mudah, tapi pening jugak sebab kena amek 
satu2 dan jadikan macam gambar kat bawah ni.



2) Pokok apa tah..
ni gambar asal banyak pokok bergabung..
so, kena pisahkan jadi 1 pokok dan hias..


3) aku tak sure benda apa ni. >.<
yang ni part paling susah. tension aku jadinya.
mana tak headache. susah sangat.. 
penat aku buat balik2 (berulangkali)
lastly siap jugak! 


Yeah, i'm done! siap berkursus dalam tempoh 7 jam non-stop.. amekaw power tak power hotak aku berperang, perasaan aku meronta-ronta. apa2 pon, alhamdulillah.. bertambah ilmu yang tak seberapa ni.. next time aku akan join kursus 'database' , 'PC maintanence' , 'typing skills' , 'photo editing' , dan macam2 lagi. banyak sebenarnya.. tapi setahun hanya dibenarkan mengambil 4 kursus sahaja.. FREE la katakan.. mana boleh terus semua.. betul tak?? hehe.. okey la.. babai.. >.<

Sunday, 15 April 2012

Give & Get

Assalamualaikum darlink2 aku semua.. tak kira laa Si Gegirl atau Si Boboy.. 

Dah berhari2 jugak tak hapdet kan.. amekaw bila kemalasan menguasai diri. tahap gaban pulak tu. jangan ikut ya tabiat buruk tu. aku pon berusaha sedaya upaya meRAJINkan diri ke tahap MAKSIMA yang boleh. Eh korang. aku nak share hasil peluh keringat dan air tangan aku time ombak bosan melanda diri. tadaaaaa...!!


Amacam, cantik tak cantik tak?? okey, korang semua kena akui tulisan aku sangat cantik. betul tak? (masuk bakul mintak korang angkatkan) hehe.. oh yeah! tapi apa sebab aku buat bendalah ni? jawapannya sebaaaabbbbbbbb aku sangat bosan. dan secara tiba2 kebosanan tahap super power itu diisi dengan kata2 seseorang dekat aku waktu dolu2.. siapakah gerangannya? eh, jangan nak sibuk. biarlah rahsia kata Datuk Siti Nurhaliza. suka sangat cakap ayat atas tu. aku pon tak paham kenapa dan apa kepentingannya. huhaaiiii..

'What you give, you get back'.. macam2 benda yang lalu lintas (ni word jalan persekutuan ke highway) kat hotak kita kan? kalau buat baik kat orang lain, baiklah yg kita dapat.. kalau buruk, buruklah jugak yang kita dapat. faham tak? (soalan lazim merangkap wajib seorang guru untuk murid2 semasa dan selepas P&P).

Kadang, kita tak perasan kot kita buat something dekat orang lain. mungkin sebab pentingkan diri sangat. tapi, bila dah terkena tahi cicak kat batang hidung sendiri (tak kesah la hidung mancung or pesek macam aku), baru taw langit tu tinggi ke rendah (langit memang tinggi la Anna ooiii). okey, itu kenyataan. sudah terkena dekat diri sendiri, baru terasa sakitnya hati bagai kena panah petir. haaaa.. masa tu, jangan sibuk nak marah melenting taik kucing bagai. tak guna. sebab.. 'what you give, you get back'.. kan3?? renung2 kan lah.. ingat ya, Allah itu Maha Adil. tetiba aku teringat lagi skrip pertandingan bercerita aku waktu sekolah rendah dulu 'buat baik berpada-pada, tabiat buruk dijauhkan'.. so, moral story dia dekat sini, jangan aniaya orang, kelak memakan diri. (ingat tu Anna. ingat baik2. jangan pernah lupa) okeylah.. bebel dah banyak sangat ni.. see next time Gegirl and Boboy.. flashback, muhasabah dan selamat beramal... babai dan assalamualaikum  >.<



SosehSoseh: please be a good girl Anna! jom sama2 perbaiki diri.. muhasabah make perfect!  >.<

Thursday, 12 April 2012

Impian~


Lawa tak? lawa tak? lawa kaaannn??? sangat2 u know.. eh, jangan duk teruja sangat. hehe.. hamboi. aku dah pasang niat awal2 lagi nak bedroom macam ni nanti.. tapi ada ke yg reti buat comel2 macam ni? ada tak? sapa reti boleh angkat tangan. eh, tak payah. tak payah.. u all boleh PM aku.. kalau takda, mampukah aku buat khat selawa ni? main khat nasakh boleh la walaupun tak cantek.. adohai.. siyes nak room macam ni.. mesti tenang dopluhpat jam kan.. kalau dah macam tu, alamat tak keluar bilik la aku.. hehe.. sabar Anna sabar.. insyaAllah aku akan dapat jugak benda ni suatu hari nanti. bukan setakat bedroom. setiap ruang aku akn hiasi dengan khat @ kalimah2 suci macam tu.. amin........ >.<

Wednesday, 4 April 2012

Anna Althafunnisa'

Assalamualaikum semua..


Ada tak yang kaki sinetron dan filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB)? ada tak? kalau ada yang cakap dia tak minat, maybe dia tak pernah tengok cerita tu kan.. mustahil la korang tak minat cerita yang sangat berunsurkan Islam tu.. haaa.. kalau tak pernah tengok, pergilah tengok.. aku sangat syorkan korang untuk tengok.. betul best. (silakan percaya) KCB tak macam Ayat2 Cinta.. bagi aku, KCB lagi 'power'. (sesuka aku main kritik. tapi betul hape). okeylah. aku taknak bebel pasal jalan cerita KCB sebab kalau aku cerita memang tak habis sampai ber'page2'. aku nak story pasal heroin dia. kenal tak siapa gerangan si cantik manis + ayu + muslimah tu? alaaaa.. yang nama dia Anna Althafunnisa' tu. yelah, OSD stand for Oki Setiana Dewi.. subhanallah.. sejuk mata memandang.. semoga siapa dia di dalam KCB, begitulah dia di luar @ kehidupan sebenar.. 


Actually, 1st time aku tengok cerita ni memang aku dah tertarik dengan heroin dia. lumrah lah kan kalau bab suka tak suka ni.. aku pon manusia biasa (doesn't mean i'm lesbian. nauzubillah). memang aku akui dia lawa. sangat lawa pada pandangan aku. itu pakej dia. tapi bukan itu yang aku nilai. sebenarnya aku sangat suka dengan pemakaian dia (tudung dia lawa taw tak?), speaking arab yang power, peribadi seorang muslimah, dan banyak lagi.. sejuk jer mata memandang. Alhamdulillah sebab semakin hari semakin banyak cerita2 berunsurkan cara hidup Islam. sedikit sebanyak dapat mendidik hati dan diri kita ke jalan yang betul. kot2 lah ada yang tebukak hati nak berubah lepas tengok cerita tu kan.. siapa tahu.. Allah Maha Pemurah. bila2 masa sahaja seseorang itu akan berubah kepada yang lebih baik. 


Jom tengok gambar dia. manalah tahu ada yang tak kenal dengan Oki Setiana Dewi..

sangat minat dengan OSD.. :)

Muslimahnya dia... <3

Anna Althafunnisa'


Comel tak OSD? comel kan? sungguh indah ciptaan Allah.. subhanallah.. e'eh.. nak taw cerita HOT tak? haaa.. meh sini cik Jenab, Joyah, Senah, Pe'ah, Timah.. meh tengok. 


Klik gambar untuk lebih besar & jelas








Apakah? iras tang mana sebenarnya? aku tercari2 tang mana irasnya.. ni betul2 ke main2? hadoi..janganlah buat aku masuk bakul angkat sendiri @ perah santan @ lagi glamour ngan istilah perasan. hehe.. macam2 komen ada. majoriti cakap muka aku iras OSD. lagi2 kak Minah ex-housemate aku di KUIS dulu.. kalau jumpa, mesti dia akan cakap "ana macam Anna KCB tu lah.." hadoi. kembang semangkuk aku jadinya. apa lagi, time tu lah blusher semulajadi timbul kat pipi aku. malu sebab dapat pujian macam tu. padahal dalam hati happy sebab dah la aku minat OSD, tiba2 ada yang cakap muka kami iras. mana tak happy.. kan3? (ni tipu jer lebih).. semua ni hanya kebetulan sahaja. mungkin ada betulnya korang cakap. tapi iras sikit jer kan. sekali pandang sama. dua tiga kali pandang, yes i'm the real Nurfarhana Aqilah Nasil. takda dah celop2 OSD dah.  sebab aku taw jauh sangat la muka kami. aku ni bukan lawa. hanya seindah ciptaan. alhamdulillah syukur pada Allah sebab dah beri rupa paras yang dah cukup elok. bagi aku, tak perlu muka yang sangat lawa sebab semua tu akan memakan diri sendiri kalau tak reti control. hehe.. apa2 pon, thanx you all.. segala komen dan kritikan amat dihargai (hamboi ayat bukan main.hehe). Okeylah you all.. see next time ya.. Assalamualaikum


. . . . . . . . . . 
Ya Allah
Aku redha dan bersyukur dengan apa yang telah Kau berikan untukku
Semoga peribadiku seindah kurnia yang telah Kau beri untukku
Jadikanlah aku seorang anak, wanita, isteri, serta ibu yang solehah
Amin Ya Rabbal A'lamin
. . . . . . . . . .


BUKAN RUPA PARAS YANG MENJADI UKURAN, TAPI PERIBADI SERTA BUDI PEKERTI
"Seindah Perhiasan Adalah Wanita Solehah"


Ahlan Wa Sahlan April

Assalamualaikum ladies & gentlemen..

Perasan tak perasan, dah jejak kaki ke bulan April kan? cepatnya masa berlalu kan? macam baru sahaja new year hari tu. tak terasa semua ni.. umur pon dah makin bertambah, bukan berkurang.. rumah dah kata pergi, kubur kata mari. *aku takut! ya Allah.. jauh mana dah perjalanan ku mengikut landasanMu? berat mana dah timbangan amal ibadah ku? pelbagai soalan yang menari2 di ruang fikiran aku. ya Allah. layakkah aku menjadi penghuni Jannah Mu? sungguh aku teringin dan itu matlamat hidupku.. cuma aku tidak pasti, apakah aku layak? sungguh aku takut akan seksa neraka Mu ya Allah.. aku mohon aku dan orang2 kesayanganku dijauhkan daripada menjadi bahan bakar api neraka kelak. 

Bila ingatkan hari semakin berlalu dan berlalu, aku happy sebab banyak benda yang aku tunggu bakal tiba. tapi seringkali aku alpa tentang suatu hakikat, ia juga bermakna usiaku semakin berkurang. entah2 esok lusa akan dijemput menghadap Ilahi.. tak siapa yang tahu kan? hanya mampu berdoa agar segala amal diterima, diampunkan segala dosa2 yang lalu, taubat diterima, dan menjadi impian setiap mukmin adalah mati dalam iman.. sungguh aku takut. sungguh aku takut menghadap hari itu tanpa persediaan yang cukup. ya Allah, jahilnya diriku ini.. sungguh kerdil aku ini.. ya, aku berharap aku dapt mengubah kehidupanku ke arah yang lebih baik. masa masih ada, masih belum terlambat. syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas sehingga hari ini.. syukran ya Rabb.. :')

April ku sayang.. be nice to me ya.. hope aku tabah, ikhlas, redha dengan apa yang akan terjadi sepanjang bulan ni.. aku yakin dan pasti, setiap kejadian adalah suratan dariNya.. dan aku semakin pasti betapa besar hikmah di sebalik semua kejadian. Allahuakbar.. hope everything will be okay.. :)



Friday, 30 March 2012

Selamat Pengantin Baru

Barakallahu lakuma wa barakah, a'laikuma wa jama'a bainakuma fil khoir..tetiba bernyanyi lagu si kachak Maher Zain dengan hati riang ria nestle cornflakes. tak cukup dengan tu, siap berjoget macam kanak2 Ribena pulak tu. (punya la aku happy sangat sampai jadi kebudak2an macam tu) ana oh ana.. tolonglah matang. hehe..

Bebel dan bebel, al-kisahnya sapa yang bina masjid ni? nak tahu sapa? actually dia ialah Aminah Rosli atau lebih cun dengan nama kak Mina (actually dah lama, 21th Jan 2012 tu lagi. tapi aku sengal sangat tak percaya. ingatkan kak Mina memain jer).. kak Mina ni housemate dan roomate aku masa semester 1 di kampus KUIS aku. 1 sem je duk 1 umah tapi memang ukhwah tu tak boleh nak cakap macamana la kan. sangat2 erat.. syukur alhamdulillah sebab DIA kurniakan orang2 macam mereka ni (housemate aku dulu) dalam life aku. nak soseh pasal kak Mina ni. dia sangat la sayang ngan aku (yeke?ke aku yg terlebih perah santan?), take care of me. bila aku sakit, dia lah yang paling risau.. siap lulur aku dengan air asam jawa kat kepala di tengah malam pulak tu. kalau perut aku berdondang sayang a.k.a lapar, dia akan masakkan untuk aku. sweet kan? aku dah macam dimanjakan. hehe.. sangat2 hargai dengan apa yang kak Mina buat. thanks akak. kite sayaaanngggg akak (agak2 kak Mina baca tak ni ae?) . Lagi apa erk.. haaaa.. kak Mina suka suruh aku buat konsert kat bilik sebab dia cakap suara aku sedap (ni puji ke perli) dan yang paling aku nak gelak sambil golek2 sebab kak Mina cakap aku ni lawa.. biar betul kak Mina ni? (aku sedar aku tak lawa).. macam2 la kak Mina ni.. apa pon, i'm still love her coz she like my sister. okey la.. aku nak share gambar kenduri kawen kak Mina ni.. (rugi tak dapat attend sebab masa kenduri ni aku da kat Sabah)


Hamboi kakak.. siap peace lagi tu.
ye2 jew dulu taknak kawen la.. kawen umur 30 la.
haaaaaa.. lastly, amekaw, terawal sudah. hehe
btw, syukur alhamdulillah.. 


Kak Mina with Mr.Suami.
hope bahagia dan kekal till Jannah, aminn..


 Adik-beradik kak Mina


Member2 KUIS kot.. aku tak kenal semua..
 cuma beberapa orang yang aku kenal




Happy jer kan bila nengok orang wedding2 ni.. aku pon tumpang gembira (dalam hati dupdapdupdap). apa2 pon, hope semua jumpa pasangan and kekal till Jannah. 

Thursday, 29 March 2012

Yes, I Got It!


Assalamualaikum semua!
alhamdulillah dah gaji.. yaeh, rezeki kan.. hehe.. haaaa.. gaji kenalah beli something lagi2 dah nak graduate and future study insyaAllah. dan salah satu sebab ter'kuat' ialah aku dah makin kurus + kecik + ringan. aik? yeke? hehe.. yelah kot.. member2 and family aku yang cakap cenggitu. walaupun aku tahu dan kena mengaku yang pipi aku dah mula naik akibat terlebih baking powder! oppssss.. terlebih sudah.. hehehe

okey. finally i got it! baju kurung modern on9.. first you, i beli ni secara on9.. angguk2 geleng2 je memula tu. sebab takut kena tipu (ni apa punya ideologi laaa. negatif terlampau!). tapi dengan lafaz bismillah, aku pon tekad order baju ni.. walaupun pada mulanya aku confuse nak pilih yang mana (aku memang susah buat pilihan you know. tak percaya pegi tanya member2 aku. pening kepala dibuatnya). hasil khidmat nasihat dan pandangan beberapa orang (family & a.angkat aku), akhirnya aku pilih colour ni. lagipun aku takda lagi baju colour ni *teruknya! 

Wednesday, 28 March 2012

I Have My Own Style

1) PASHMINA SHAWL
 # lilit putar belit #




2) BAWAL 60' 
Kalau agak jarang sehingga nampak tengkuk, silakan pakai inner neck ;)




3) AKEL  60'
# silang kiri kanan #



4) TUDUNG ARIANI

Simple, main masuk je. jimat masa.




5) TUDUNG LABUH
# orang kata tudung 'cendawan'.. tak baik! #



nak buat style sapa? Hana Tajima? Najwa Latif? Yuna? Diana Amir? tak kesah la nak ikut style sapa pon. kau nak pakai apa pun, pakai la.. zaman modern la katakan. kan3? yang PENTING apa? SILA TUTUP AURAT, LABUHKAN TUDUNG sesuai dengan syariat. sekian terima kasih.. (^_^)
Bukan nak tunjuk good2, coz aku taw aku pon banyak benda yg xbetol lagi..  cuma nak share.. kan? mungkin ada yg xpernah taw macam2 gaya tudung yg tutup dada..  kita pon boleh buat macam2 style yg tutup dada.. kan3? InsyaAllah lagi cantik dan lebih 'cool' kalau ikut bahasa orang puteh. ye dak? okbai


ok, yang ni cool !