Showing posts with label Aku Dan Seni. Show all posts
Showing posts with label Aku Dan Seni. Show all posts

Thursday, 7 June 2012

Hanya Sekadar Lukisan


Fuhh.. siap jugak. aku ingatkan lukisan aku ndak jadi. alhamdulillah, mampu jugak tangan aku melukis lagi setelah bertahhun-tahun lamanya meninggalkan hobi zaman kanak2 yang aku warisi daripada allahyarham Nasil bin Kadir; bapa aku (dia hero aku).


lepas lukisan tadi tu, aku lukis ni pulak. lebih kurang 1 jam untuk 2 buah lukisan.
tapi kenapa lukisan wanita pakai niqab? mudah jawapan dia. sebab aku suka walaupun aku tak mampu lagi untuk ke arah itu.. kau mampu? ada berani? istiqomah yang penting bila da pakai.. istiqomah ke aku? sebab tu aku ndak berani.. 


Cuma sebatang pensil warna. maka terhasillah.. >_<

Wednesday, 18 April 2012

Aku Berkursus

Assalamualaikum Gigirl and Boboy yang comel lotey!


Tolong jangan silap mata baca tajuk kat atas tu ya.. cuba baca betul2.. 'aku berkursus' bukan 'aku berkurus'. ngeee~ yup, berkursus. pandai pon mek2 semua.. okey, cakap pasal kursus. sebenarnya kursus apa yang aku join ni? mesti tergaru2 kepala yang tidak gatal + kerut kening. ekcelli aku join kursus komputer bahagian 'Graphic Design' Ahad tu (15.04.12).. ceewaaahhhh.. main2 graphic aku sekarang kan. jangan jeles. yang paling best tiada bayaran dikenakan. that's mean, PERCUMA! a'ah.. tak payah keluar duit satu sen pon. makan pon kena tanggung (part makan paling aku suka), buku panduan free dan yang paling penting tenaga pengajar free.. credit untuk Kementerian apa tah, aku lupa dah (okey, ni sangat terok). alhamdulillah akhirnya aku berjaya habiskan 7 chapter dalam masa 7 jam non-stop (kecuali masa makan & solat) dalam masa 1 hari. memang headache la jugak sebab dok hadap benda tu 7 jam dari pagi sampai petang. terus rasa menyesal sebab tak amek lagi 'En.Kacamata' yang di'order' hari tu.. bukan setakat headache je.. sakit belakang sakit punggung semua ada. lagi2 mata yang memujuk dan memohon rayu untuk dipejam. aku ni penidur tegar. eh, betul ke? gurau laa. tapi siyes ngantok gila (ngantok tu gila eh?) dah la.. apa kata kita tengok hasil kerja aku masa kursus tu.. (ekcelli biasa2 jer..)


1) Buat akuarium.. aku pon tak sangka aku boleh wat. 
nampak mudah, tapi pening jugak sebab kena amek 
satu2 dan jadikan macam gambar kat bawah ni.



2) Pokok apa tah..
ni gambar asal banyak pokok bergabung..
so, kena pisahkan jadi 1 pokok dan hias..


3) aku tak sure benda apa ni. >.<
yang ni part paling susah. tension aku jadinya.
mana tak headache. susah sangat.. 
penat aku buat balik2 (berulangkali)
lastly siap jugak! 


Yeah, i'm done! siap berkursus dalam tempoh 7 jam non-stop.. amekaw power tak power hotak aku berperang, perasaan aku meronta-ronta. apa2 pon, alhamdulillah.. bertambah ilmu yang tak seberapa ni.. next time aku akan join kursus 'database' , 'PC maintanence' , 'typing skills' , 'photo editing' , dan macam2 lagi. banyak sebenarnya.. tapi setahun hanya dibenarkan mengambil 4 kursus sahaja.. FREE la katakan.. mana boleh terus semua.. betul tak?? hehe.. okey la.. babai.. >.<

Sunday, 15 April 2012

Give & Get

Assalamualaikum darlink2 aku semua.. tak kira laa Si Gegirl atau Si Boboy.. 

Dah berhari2 jugak tak hapdet kan.. amekaw bila kemalasan menguasai diri. tahap gaban pulak tu. jangan ikut ya tabiat buruk tu. aku pon berusaha sedaya upaya meRAJINkan diri ke tahap MAKSIMA yang boleh. Eh korang. aku nak share hasil peluh keringat dan air tangan aku time ombak bosan melanda diri. tadaaaaa...!!


Amacam, cantik tak cantik tak?? okey, korang semua kena akui tulisan aku sangat cantik. betul tak? (masuk bakul mintak korang angkatkan) hehe.. oh yeah! tapi apa sebab aku buat bendalah ni? jawapannya sebaaaabbbbbbbb aku sangat bosan. dan secara tiba2 kebosanan tahap super power itu diisi dengan kata2 seseorang dekat aku waktu dolu2.. siapakah gerangannya? eh, jangan nak sibuk. biarlah rahsia kata Datuk Siti Nurhaliza. suka sangat cakap ayat atas tu. aku pon tak paham kenapa dan apa kepentingannya. huhaaiiii..

'What you give, you get back'.. macam2 benda yang lalu lintas (ni word jalan persekutuan ke highway) kat hotak kita kan? kalau buat baik kat orang lain, baiklah yg kita dapat.. kalau buruk, buruklah jugak yang kita dapat. faham tak? (soalan lazim merangkap wajib seorang guru untuk murid2 semasa dan selepas P&P).

Kadang, kita tak perasan kot kita buat something dekat orang lain. mungkin sebab pentingkan diri sangat. tapi, bila dah terkena tahi cicak kat batang hidung sendiri (tak kesah la hidung mancung or pesek macam aku), baru taw langit tu tinggi ke rendah (langit memang tinggi la Anna ooiii). okey, itu kenyataan. sudah terkena dekat diri sendiri, baru terasa sakitnya hati bagai kena panah petir. haaaa.. masa tu, jangan sibuk nak marah melenting taik kucing bagai. tak guna. sebab.. 'what you give, you get back'.. kan3?? renung2 kan lah.. ingat ya, Allah itu Maha Adil. tetiba aku teringat lagi skrip pertandingan bercerita aku waktu sekolah rendah dulu 'buat baik berpada-pada, tabiat buruk dijauhkan'.. so, moral story dia dekat sini, jangan aniaya orang, kelak memakan diri. (ingat tu Anna. ingat baik2. jangan pernah lupa) okeylah.. bebel dah banyak sangat ni.. see next time Gegirl and Boboy.. flashback, muhasabah dan selamat beramal... babai dan assalamualaikum  >.<



SosehSoseh: please be a good girl Anna! jom sama2 perbaiki diri.. muhasabah make perfect!  >.<

Thursday, 12 April 2012

Impian~


Lawa tak? lawa tak? lawa kaaannn??? sangat2 u know.. eh, jangan duk teruja sangat. hehe.. hamboi. aku dah pasang niat awal2 lagi nak bedroom macam ni nanti.. tapi ada ke yg reti buat comel2 macam ni? ada tak? sapa reti boleh angkat tangan. eh, tak payah. tak payah.. u all boleh PM aku.. kalau takda, mampukah aku buat khat selawa ni? main khat nasakh boleh la walaupun tak cantek.. adohai.. siyes nak room macam ni.. mesti tenang dopluhpat jam kan.. kalau dah macam tu, alamat tak keluar bilik la aku.. hehe.. sabar Anna sabar.. insyaAllah aku akan dapat jugak benda ni suatu hari nanti. bukan setakat bedroom. setiap ruang aku akn hiasi dengan khat @ kalimah2 suci macam tu.. amin........ >.<

Friday, 17 February 2012

Muslimah Shawl ~ Anna's Style

Assalamualaikum sayangsayang aku semuanya. harap semuanya sihat disamping orang tersayang. yang   tengah dalam perjalanan, jangan lupa berhati-hati di jalan raya. ingatlah orang tersayang *oke, ni takda kaitan. baiklah readers ku cayang. b4 tu, aku maw kasi taw ni bukan aku yang design kan. aku just carik how to use the shawl like we use 'tudung labuh'. aku rasa da belambak kat youtube walaupun aku hanya sekali dua tengok tutorial shawl dekat tenet. tapi sangat jarang kan yang ada buat tutorial yang labuh2 ni? ada tak?? oke lupakan. today aku tamaw cakap banyak2. aku nak share benda ni sahaja. yes, cara pakai shawl labuh menutupi dada. biau tutup nasik lemak limapohsen kaum pompuan semua kan.. so, takda la yang nak dedah sana sini. *ya Allah, mulut aku sangat cibai* oke. maaf andai ada yang terasa hati. bukan ditujukan kepada sesiapa pon. just untuk perkongsian kita bersama dan peringatan buat diri aku ni haaa yang banyak lagi salahsilapnya *ceh,buat ayat rendah diri pulak aku ni. PANGGG. kan da kena lempang lajulaju* haihhh dah la. malas la nak cakap lagi sebab aku da bagi kuasa bulan Sailormoon kat gambar2 ni semua bagi mewakilkan aku. so, mai la kita dengaq bebelan gambaq2 ni.. #penat lukis gambar.. motif? =tanganakukreatif. oke, tipu.haha










SosehSoseh : 20/feb/2012 speaking test untuk MUET.. means just few days more.. sangat cuak sebab langsung takda study.. huishhhh.. lantak kau la. hope everything's okay! k bai


~

Monday, 26 December 2011

Handycraft

Ingatkan bila da habis study best rasanya . . yalaaaa . . x payah study bagai . . rupa2 nya . so bored . . huhu . . 4 bulan sudah aku honeymoon . . jadi guru ganti sudah . . sekarang jadi petani berjaya a.k.a penanam anggur atau lagi femes n kiut ngan nama penganggur . . oyeaahhhh . . penganggur berjaya oke! jangan jeles . . (sementara menunggu dan terus menunggu panggilan guru ganti dari PPD) . . perhatian kepada cikgu cekgi . . ada x yang nak bersalin ? ? huhu . . sound2 ba . . jangan jak yang bersalin tu di Kiki Ba . . jauh pulak tu kiki ba . . oke . . disebabkan aku bosan dan bosan dan bosan tahap gaban dan superman , aku pun merajinkan diri buat something yang aku x pernah buat . . haaaa . . ni dia . .   ----------->



Ni dia yg 1st aku wat ngan 10 jari tangan aku . .
* M - C * utk handphone chain aku . .
apa benda 2 ??  Message - Call maybe or word laen . . ?
eleh . . suka ati aku la . aku punya . .
huhuhu . . mula2 naik bengang sebab asyik salah jahit . .
tapi bila da siap . . agak puas ati sebab aku rasa kiut sangat . .
apa? ada yang rasa x kiut? eleh . . cakap la ngko jeles . . puih . .
kau ada ?? xda kan ?? haha . . (gelak jahat jap) . .
apa ?? tak suka ? sakit ati ??
opssss . . . sooooorrrriiiiiiiii . .
dah , pi maen jaoh2 . .


2nd ni utk mama kesayangan aku . .
mama aku mintak aku buatkan . .
* M - <3 * kan ???
maksudnya . . . SAYANG MAMA .
hehehe . . manja jap . . =P





Aku xtaw la 3rd dan seterusnya maw buat bila . . sebab aku betul2 no mood maw jahit2 ni . . lagi2 musim hujan (haip . . apasal lak ngan hujan? xda kaitan kot) . . yang aku taw aku belum lagi bersedia untuk wat yg laen (ceh! macam sedia maw kawen plak) . . oke la . . next time aku akan upload lagi handycraft aku yg x berapa nak kemas (pengakuan jujur) lagi ni . .bila da siap, aku akan sajikan untuk tatapan mata korang semua . . hehehe . . (ngada2 jap)      k bye!

Thursday, 24 November 2011

New Template !



Assalamualaikum . . hari ni aku nak kongsi sedikit kegirangan aku . . actually tak seberapa pon . . cuma aku terlebih excited . (opsss . . terlebih sudah) . . huhu . . aku suka sangat bila aku buat something dengan tangan dan daya kekreativitian aku . . (hahaha . . kreatif ke?? perasan jak aku ni lebih . . lantak la . .) hehe . . nak dijadikan cerita . . aku da bosan ngan header aku yang lama 2 . . so , aku pon dengan tangan yang rajin dan semangat yang kuat untuk menghilangkan kebosanan (gara2 Mr. Cai tak mesej punya pasal) , aku pon pegilah menghadap lappy kesayangan aku . berjam jugak aku duk depan lappy . . tapi aku puas . . jom tengok hasilnya . . ;)



 Header aku yang lama . . bagi aku cantek (puji diri pulak) . . tapi da bosan . .


 Header aku yang baru . . satu kepuasan dalam diri aku . .


Korang taw tak yang aku hanya menggunakan 'paint ' untuk buat benda2 ni  ? ? haaaa . . jangan ingat photoshop je yang cantek untuk meng'edit . . yang ni pon apa kurangnya  ? ? janji kita taw nak edit macamana . . dan yang paling penting kreatif dan minat perlu ada . . kalo tak , canggih macamana pon perisian 2 tapi xda minat tak jadi jugak . . korang try la pulak buat sendiri . . all the best !



* sapa nak mintak tolong aku buatkan pon boleh . . ;)
.
.
.

Thursday, 10 November 2011

AkuPencintaKhat

Assalamualaikum..hari ini, tarikh ini..kebosanan melanda jiwa & ragaku. why not tak bosan..seharian kot duduk dalam bilik guru without something yang boleh dibuat untuk menghilangkan kebosanan..macam2 sudah aku buat. tengok budak2 men futsal (aktiviti hujung tahun) , melawat sambil shopping di gerai jualan makanan (ni kes lapar tahap gaban punya), duk melepak dalam pantry for 3 hours (ish3..tak betul apa cikgu ni)..and the last thing yang aku buat ialah menarikan pena di atas kertas..ni bukan kes pen ajaib oke! tangan ni yang menggerakkan pen itu.. nasib bek da ada asas khat masa Diploma di KUIS dulu & ajar subjek khat masa praktikum di SRA Pekan Bangi(SRAPB).. huhuhu..akhirnya nie la hasil dia walaupun tangan agak terketar2 dek lama tak tulis khat...

 My name in jawi word actually : Nurfarhana Aqilah Nasil

Actually ni memang my favourite time lapang..memang minat sangat dengan khat..mungkin kalau diperhatikan, memang banyak kecacatan..tapi tak apa.sebab always akan sentiasa diperbaiki ;) Segan pulak bila ada yang tengok hasil yang tak seberapa ni..lagi2 kepada insan2 yang mahir dengan khat macam Kak Aisyah Binti Umar (guru SRAPB)..kagum bila tengok khat akak ni..tak caya, gi la tengok kelas kak Aisyah ni..hehehe.. Aku pun nak jadi macam akak ni jugak..pray for me ya..!


Ni dari pandangan sisi oke..(nampak pulak timbunan buku kat sana 2..kacau jak..) kalau perasan, aku guna pen highlight faster & whiteboard marker..itu salah oke..ketajaman mata pen tidak mencukupi..so, don't trry this at home ya..ni time darurat jak boleh..time pen khat takda macam aku..lebih bek guna buluh atau batang resam untuk hasil yang lebih cantik menarik tertarik..setakat ni saja perkongsian aku untuk detik ini..see next time..tataaaa :)

* Perkongsian ni bukan untuk dibanggakan. sesiapa yang berfikiran negative macam tu, cepat2 istighfar ya..ni sebagai perkongsian untuk pendedahan tentang seni khat kepada anda semua..sesiapa yang belum mencuba, let's try this..tak rugi..seni Islam yang harus kita kekalkan & pertengahkan..