Monday, 31 December 2012

Muka Surat 365

Assalamualaikum.

Haluu haluu my fans! *okey, awal-awal lagi dah perasan. aku kembali lagi mencurik masa korang. hikhik. aku memang suka curik masa korang. hari ini hari malas aku. aku langsung tak bukak buku u olss.. ntah kenapa kemalasan meningkat ke 360 darjah selsius! mendadak kan. dengan muka tak bersalah aku senyap-senyap melarikan diri daripada timbunan buku yang mintak ditelaah. tak koseerrr i nak layan tau? eh, ce nengok kalendar om putih. dah 31 Disember lah! dah sampai hari bongsu. okey, tak percaya kejap. lebih kurang 7 jam sahaja lagi berakhirnya lembaran 2012. yeaahhh! tukar kalendar dah!! ini bermakna, aku pun sudah semakin lanjut usia. wah waahhh. dah nak masuk 22 tahun lah! semakin dekat tempoh kahwin. hakhakhak *eh, caledak!

Cakap pasal 2012, terlalu banyak kenangan pahit manis suka duka yang berlaku depan mata aku khususnya dan belakang mata aku. Tahun ini aku jadi cikgu di 2 buah sekolah. sekaligus memfamouskan muka aku di pejabat pendidikan daerah (PPD) Sandakan. asyik-asyik muka aku keluar masuk pejabat. terasa diri ni orang penting pulak. ngeh ngeh. makin ramai kawan-kawan aku. kalau sebelum ni aku berkawan dengan mereka yang sebaya dengan ku, tapi sekarang aku dah ada kawan yang dah jadi mak bapak budak. yang dah jadi nenek pun ada. you ada? hewhew. anak murid jangan cakap. dalam masa 2 tahun, aku dah mengajar 4 sekolah. kau dapat bayangkan tak betapa ramai anak murid aku? ramai gila sampai aku sendiri tak mampu cam dorang. hikhik. kalau jalan kat bandar, memang ada je yang senyum dan tegur aku. aku pun layan je lah kan. *walau aku tak cam.hikhik.. ada pulak antara student-student aku yang nak jodohkan aku dengan abang sepupu paksu dia bagai. nasib baik bukan ayah dia.. ya ampunn kak. mati aku kena pancung nanti. taknak aku. chewchew! 

Ustazah . Muallimah . Cikgu . Teacher .
Dunia pendidik yang sentiasa aku rindu!



* * * * * 


2012 jugak hari bersejarah aku setelah 2 tahun setengah aku bertungkus lumus study, akhirnya telah selamat bergraduasi di bumi KUIS. *okey, rindu KUIS life! Masa ni macam-macam perasaan ada. orang yang dah lalui je yang tahu. awak awak yang tahu, boleh senyum macam aku. senyum manis-manis macam aku taw. hakhak!

I got it!



* * * * * 


Tahun ni jugak aku dah jadi mahasiswa semula. alhamdulillah. finally aku dapat masuk IPTA. impian aku sebenarnya walaupun tak universiti yang aku idamkan. mana-mana pun sama. yang penting ilmu tu. campus life again! i like it walaupun terpaksa menghadap lambakan buku, merajinkan diri ke kuliah, men'stragel'kan diri, dan yang agak penting bagi aku mendisiplinkan diri. semuanya kembali lagi. again and again. kawan pun bertambah ramai. huhu.. eh, aku study sesama dengan BFF aku dekat KUIS kau tau? jangan jealous ya. hikhik. 

Campus life again.



* * * * *



Apa lagi ya? haaa.. ni pun penting jugak. BFF aku membiak selama membina kehidupan baru di bumi Sintok ni. perasaan sayang aku kat orang semakin bertambah. aku kan penyayaanngggg.. *muntah! yup, aku memang suka sayang orang. lagi-lagi orang yang sayang aku. haaa.. ni dia kesayanganku di bumi Sintok ni. my darlingsss! <3

My sweetheart



* * * * * 


Ada lagi. tapi bukan untuk aku ceritakan di sini. belum masanya untuk public. biarlah masa yang akan tentukan segalanya. doakan yang terbaik dan segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. okey, just it nak share. thanks sudi buang masa baca belog aku. babai... >_<





XOXO =P

De Bayu Wonderful Night

Lagi. Lagi. Lagi. dan lagi. Second entry untuk malam ini.

Jiwa aku. naluri aku. perasaan aku terus memaksa untuk melakar memori indah di ruangan ini. ini kalilah. dalam masa 1 malam, 2 ke 3 entry aku bolos. melampau kan. tamak haloba namanya. haduii.. okey, kali ni aku merajinkan jari-jemari aku untuk menari chacha sebab aku terlalu gelisah dengan date hari ni. 31 Disember tahu? hari bongsu kalendar Masihi. so, aku tiada banyak masa untuk berlengah lagi. daripada penari chacha, jari aku bertukar karier pulak kepada atlet sukan. bukan gimrama, bukan gimnastik. perenang jauh sekali. tapi jari aku dengan kuasa kuih terang bulan mengambang, karier bertukar kepada pelari pecut. okey, pecut. aku kan ratu pecut! *okey, berangan.


.......dipendekkan cerita.......


7 Disember lepas, alhamdulillah selamat dengan jayanya dinner Adhoc Sabah UUM bagi tahun 2012 di mana aku juga merupakan salah seorang daripada AJK dinner ni. agak malas untuk bercerita, layan gambar jom!

Tempat: Swimming pool.
Tema: Colour blocking
Memang terbaik la kan. ;)

 Dinner = makan.kamera.ndak boleh dipisahkan

Darlings with Acunk

Cik Blogger & Jue yang superb comel malam tu! :)

Gandingan MC yang mantop memeriahkan lagi majlis. TERBAIK!

Persembahan lagu 'Muara Hati' daripada kak Minah + press Hazrul

Persembahan tarian roly-poly
*aku ndak mampu dance macam tu.

Barisan MT dan EXCO Adhoc Sabah sesi 2011/2012 melabuhkan tirai

King & Queen of the night.
Syukur selendang siap jahit dalam masa 3 jam sebelum majlis.

Dalings with the Queen. kak Lieq.

e-com classmate aku yang sudi hadir memeriahkan lagi majlis. thanks korang! :)

Dalings bersama pengarah program.

Muka ceria masing-masing.
Keberangkatan balik DPP masing-masing.


BEST!
~NO MORE TO SAY~


XOXO =P

1 Sudah, 5 Lagi

Assalamualaikum.

1 paper dah rebah 26 Disember hari tu. bukan tumbuk, bukan boxing. karate pun bukan. silat lagilah bukan. tapi rebah sebab aku tembak. bukan tembak pakai pistol. tapi dengan kuasa veto aku guna shortgun. hakhak. mana tidaknya. 100 soalan objektif kau tau? seumur hidup aku, ni 1st time jawab soalan banyak gitu? first time. aku ulang sekali lagi, FIRST time. paper 60 soalan aku dah nangis-nangis macam kanak-kanak cengeng a.k.a bayaii. yang ni aku menangis lahjuuu-lahjuuu semaksima mungkin. deras lah kak senah. macam air sungai gabai! *okey, sangat tipu!

Minggu exam. orang semua busy berstudy, bersengkang mata, dan macam-macam 'ber' lagilah kan. aku pun join sekaki dua jugak. gila kau aku tak join. aku pun ada matlamat jugak. ada impian jugak. impian akuuu... okey lupakan. bukan masanya tulis impian segala. bosan! cakap pasal study, memang semua tengah pulun habis-habisanlah kan. macam aku tak tau student ni. joli dengan facebook dan twitter dopluhpat jam. duk dalam dewan kuliah, tidoq. paling koman pun, mai kelas tak tidoq. tapi dok online. haihhh.. inilah budak-budak zaman sekarang.. *eh, aku tak termasuk ya. aku budak baik. Disebabkan daling2 aku semuanya rajin menapak dan telah 'in relationship with library', aku pun jeles dan takmo kalah. aku pun ber'relation lah jugak. amboi, ndak mau mengalah. hakhakhak. DAN malam ini mood joli datang lagi. take rest kunun. hehe. bukan sebab apa. tangan dan hati mendesak sekuat-kuatnya untuk menaip dan menaip dan menaip lagi untuk belog ini. nampak sangat kan yang aku ni sangat rajin. nampak tak? kan? kan? kan? hehe.. yeah, aku rajin. rajin sangat. behh! 

Lagi 5 paper perlu ditumbangkan. dan aku pun memang sibuk menyediakan peluru sebanyak yang aku mampu. peluru berpandu pulak lepas ni. hakhak! bersiap sedia untuk paper e-com, TAPI, statistic, keusahawanan, dan akaun! memang cantik dan semakin cantik aku rasa bila jawab paper tu semua. semakin bertambahlah inchi muncung aku nanti. silap haribulan, kening pun boleh bersambung. silap tahun, lentok tidur. hahaha. *melampau! haihh. apa-apa pun, aku harap semoga dipermudahkan segalanya. amin. ;)



# eh, encik abang kandung dah dapat kerja. alhamdulillah.. boleh mintak belanja tiap-tiap bulan. okey, sudah sampai masanya untuk aku berbaik-baik dengan encik abang. hikhikhik *sangat kejam!



xoxo =P

Wednesday, 26 December 2012

Exam Mode

Assalamualaikum.

Setelah berminggu-minggu mengharungi hari-hari kemalasan mengupdate belog, akhirnya hari ni mood rajin pun menguasai diri. actually not too lazy, cuma agak terlalu busy. ya, BUSY. busy dengan esaimen, busy dengan study, busy dengan campus life, busy dengan kawan-kawan, busy dengan macam-macam la. eh, ni pun baru habis jawab paper marketing taw. paper bukan sebarangan paper.. exam ok. exam. yup, exam. dalam bahasa melayu dia peperiksaan ya anak-anak. susah senang tu, no komen la kan. sebabbb soalan dia memang sangat memeningkan macam roller-coaster. okey, stop cakap pasal exam. ndak mau perasaan stress menguasai diri.. sekarang masa untuk release.

Entry ni saja maw wish Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Sem khas buat rakan-rakan seperjuangan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan juga rakan-rakan yang dok ngaji di universiti lain yang aku percaya sedang busy dan tension dengan exam kan kan kan? Aku sure masa ni ramai yang dah 'in relationship with library' macam aku (even bukan tiap hari). Jom study. dah cukup masa joli-joli dengan FaceBook Twitter YM Instagram dan macam-macam lagi. sudah-sudah la ya. masa untuk fokus. semoga semua dapat keputusan yang cemerlang. tapi jangan lupa niat asal kita 1) ilmu yg bermanfaat 2) lillahitaala. insyaAllah..






XOXO =P

Monday, 3 December 2012

No Title Boleh?


Assalamualaikum cinta dan rindu. :)

Hai. Hari ni aku update blog. Entah, aku teringin. Aku mengarut berlebih-lebihan lalu publish entri. Haa, tak percaya? Sila percaya. Senonoh kan perangai aku. yaiii.. Bukan apa. Hari ni aku extra rajinss la uollsss.. that's why terover post. Yarkksss.. Silakan muntah beramai-ramai. (ana perahhsannn!!). Okey stop! Itu aku tipu. Ya, tipu. Sekali lagi aku tegaskan, tipu. Itu auta semata-mata. Not the facts! Faktanya di sini, aku bohhsaannn yang teramat. Apa dia? Bohhhsaannn teramat sangat. Teramat bohhsannn. (okey, kau over pulak kan ana). Last, bohhsaannn tahuuuu? (eh, bidak pulak.)

Disebabkan malam ni adalah malam kepada hari esok yang holiday (holiday lah sangat walhal jadual jak kosong takda kelas. Dalam masa sama esaimen + kerja menimbun melambak menggunung), so roomate aku pun tiada lah. Dah jadi hobi kitorang menganak-tirikan bilik ni kalau weekend. Haa, tu dia ayat agak kejamsss di situ ya. Anak tiri tu. Ko hado?? (sila tangan ke bahu, mata ke atas). Tapi aku agak terlebih rajinss pulak nak gerak ke DPP darlingsss aku yang jauh tu. Berjalan kaki pulak tu. Puihhh, tak sanggup aku. Kalau aku on diet & teruja untuk kurus maybe aku menyanggupkan diri meredah onak duri kehidupan lah kan. Tapi takda maknanya sebab aku ni tengah mengumpul lemaksss. *muntah dengan statement sendiri yang berbaur geli-geli jelly. eeuuwww.. 

Tapi kan. Bagus sangatlah line internet malam ni. kaw-kaw punya. Boleh berFacebook ber Twitter berBlogger berYouTube. Memang kerlasss kau jah. Terbaik! Kata kawanku 'mappakkoeee' dalam bahasa Bugis. So, dengan kuasa halilintar, aku pun mengaktifkan jari-jemari aku yang cute-cute belaka ni kan. *pengsan tengok jari sendiri yang super cute. Sedar dan tengok jari, pengsan lagi. Bangun dan pengsan lagi* (eh, berabis pulak kau ana, OVER). Sekali lagi aku katakan, jari-jemari. Faham tak? Bagus. Faham pun. Zaaapppp.. Zaaassss.. Layaaannnn.. (eh, Fafau la pulak).

Maaf sejuta kali maaf lah ya. Post kali ni agak sampah sedikit. Mengarut jak banyak. But, thanks pada uollsss yang sudi blogwalking blog aku yang agak @%&(%)%#&)~){}^# ni.. Aku faham korang tunggu post aku. Aku tahu korang rindu aku. kan kan kan? *pengsan bangun pengsan bangun pengsan bangun. (perahhsaannn lebih betul kau ana.) Okeylah. Masa untuk sleeping beauty *muntah laju-laju. Babai. Assalamualaikum ;)


Malam kau bawalah rinduku untuk dirinya. *ceh.tolak pi laut :p



XOXO :]

Kupilih Hatimu – Ussy Feat Andhika


ku pilih hatimu tak ada ku ragu
mencintaimu adalah hal yang terindah
dalam hidupku oh sayang
kau detak jantung hatiku
setiap nafasku hembuskan namamu
sumpah mati hati ingin memilihmu
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku
janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir
setiap nafasku (setiap nafasku)
hembuskan namamu (hembuskan namamu)
sumpah mati (sumpah mati)
hati ingin memilihmu (ku milikmu)
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku ooh
janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir
oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir
oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
cinta sampai mati
XOXO  ;P

Babak Cinta - Tengku Adil




Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada

Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu
Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan jiwa sepi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya

Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi
Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat

Aku juga merasa ketakutan oh cinta
Percayakan pada kita oohhh...

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka






XOXO :p

Sunday, 2 December 2012

Darling??

Assalamualaikum. Salam terindah wahai Disember, si bulan bongsu. Be nice with me ya. ndak mo nakal-nakal taw. Hokei. Sayang apa khabar dengan mu? Di sini ku merindukan kamu. Ceh ceh ceh.. sokmo nyanyi lagu tu ya naa.. mu dop tahu sore mu panggil hujan (rojak sudah. i'm sorryyy)

Sudah cukup-cukup sudah la dengan intro yang entah apa-apa. Intro yang cuma menunggu masa untuk ditolak ke laut. First of all (ceh, berspeaking konon. behh!), syukur alhamdulillah sebab my darlingsss sudah bertambah bilangannya.. yeahh!! (sila melompat bersama saya). Kalau dulu bertiga jak di bumi UUM ni, tapi sekarang double sudah laksana 'burger daging double special'(nampak tak betapa aku nak bagitaw mesej dekat situ bukan double tapi s.p.e.c.i.a.l) *entah pape! buang laut pleaseeee!!!

Malas maw cakap banyak, meh nengok gambar-gambar ni. Larangan keras. Sila jangan tengok dengan mulut yang ternganga okey. hehehe :]



Dunia KUIS kami.. Sahabat_901


 Dari KUIS sampai ke UUM
berTIGA jak without ~asmira~
.
.
.
.
.
.
Induksi Adhoc Sabah
&
Sukan Siswa Siswi Sabah

Telah menyatukan 6 jiwa (jiwang sat naa),
Mengeratkan ukhwah 6 insan..
.
.
.
.
.
.
.

Kini
Alhamdulillah, terbina ukhwahfillah
Aina ~ Ana ~ Jue ~ Bibie ~ Yunie ~ Kasz

 Kini berENAM


Riang ria suka duka bersama.. they are my darlingssss...
Lebiu ollsss






XOXO  :]


Wednesday, 28 November 2012

This Time For Sabah

Assalamualaikum
.
.
.
.
.
Straight to the point lah kan.
.
.
.
.
.
Pada 13 November 2012
(Deepavali Day)
.
.
.
.
.
Telah berlangsungnya
Sukan IPT Siswa Siswi Sabah
&
UUM sebagai tuan rumah
.
.
.
.
.

Nampak dak banner atas ni? cantik kan? kan kan kan?
10 universiti terlibat UPSI, UKM, UTM, UM, UPM, USM, UNIMAP, UMT, UiTM,
dan sudah semestinya UUM sebagai tuan rumah (bangga kejap). *sila tolak p laut!
.
.
.
.
Muka comel-comel jak kan semua. Hari masih muda bah. baru jam 8 masa ni.
sabar dulu kau geng. kejap lagi semua bertukar dengan kuasa sailormoonnnnnn!!

team bola tampar UUM!

 team bola tampar UUM (L) pulak.
Dorang ni hebat lorhhh.. aku tabik sprrriiiinnnggggggg!!!!! EMAS tuu..

Ku sangka perlawanan hingga ke petang, rupanya sampai ke malam.

Futsal pulak.
Ndak asi sebab dorang ndak berpanas. so, no sunburn la.. grrrrr...

Usai perlawanan. nampak betul masing-masing muka kepenatan (stay pagi-malam). 
Ndak kurang jugak ada yang luka sana sini. SUNBURN jangan cakaplah. terus jadi 2 tone tu muka. ko hado??

Gangsa untuk team valleyball (P). not bad la kan.
*lamanya ndak dapat medal. last time aku diploma dulu (2009 / 2010)

Kami mahasiswa SABAHan!! (muka happy masing-masing)

UUM vs UKM
haaa.. jersi num 3 tu si Epa. schoolmate kami di SMAS dulu.
jersi 11 tu pulak si Menni'.. coursemate kami masa diploma di KUIS.
Naa.. terjumpa di bumi Sintok ni. apa lagi. di situ kita bengam. ini kalilah!

Nampak ka kembar Mila AF dalam gambar ni?
haaa.. tu si Yunie, Johorian. kami BFF since diploma lagi. =)

Disebabkan perlawanan kami start petang, so lepaking la konon di gym.
bersenam konon. last2 posing jak lebih! *hampehhh..

Bola jaring

Alumni KUIS bertemu di Sintok.
masing-masing membawa nama UUM & UKM.

 Sebab sukan ni jugak, kami (aku, bibie, yunie) makin rapat ngan dorang bertiga ni (kasz, jue, aina)
sampailah sekarang... kan tanai tanai..  hehe <3
.
.
.
.
.
.
.

Okeylah setakat tu jak aku mok kongsi. penat sudah otak aku fikir banyak-banyak.
aku harap ada lagi la sem-sem depan. boleh SUNBURN kan lagi muka ni kan..hehe
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bola tampar & camera memang ndak dapat dipisahkan.
*eehhhhhh!! mengarut!
.
.
.
.
okbai :p

Thursday, 15 November 2012

Ceritera 1 Muharram

Assalamualaikum.. ahlan wasahlan wa marhaban bikum ya Muharram.. Allahuakbar segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana masih diberi peluang untuk menikmati udara segar hari ini, bulan ini, tahun ini. Alhamdulillah. SALAM MAAL HIJRAH 1434h buat sekalian muslimin muslimat yang diredhai Allah, insyaAllah. Allahuakbar. Tahun baru, lembaran baru insyaAllah. Sama-sama kita usaha. Semoga kita semua akan jadi umat yang baik, lebih baik dan bertambah baik selepas ini.. InsyaAllah.. :) 

Okey. Cerita pasal 1 Muharram, siapa yang ndak taw kan? Kalau kalendar Masihi, Happy New Year.. Kalau kalendar Cina, Chinese New Year lah (faham ndak?). Tahun baru, azam baru, nawaitu baru. Semua benda maw baru kan. Haruslah macam tu. I'm sure masing-masing sudah updated niat dan matlamat untuk tahun baru ni kan kan kan? hehehe.. Bagi yang belum pasang niat tu, silalah pasang niat anda laju-laju okey (eh, boleh pulak macam tu kan! Ingat ini highway kah Ana??)

Aik naaa. 2 perenggan sudah intro, tapi belum sampai pointnya tauk! Okey, terus masuk la. Actually 1 Muharram 1434H ni sudah genap 19 tahun HERO kami, Nasil bin Kadir kembali ke rahmatullah. Macam ndak percaya kan. hampir 2 dekad sudah kan. Since 1 Muharram 1415H my dad telah dijemput menghadap Ilahi akibat kemalangan jalan raya pada 31 Mei 1995. Yes, hari yang aku cuba bayangkan ianya hanya mimpi semata walaupun ternyata ianya kenyataan yang tak mampu diubah. 

Siapa dapat menjangka kan. Semua telah ditentukan. Walaupun masa tu aku cukup kecil (family aku cakap aku ndak taw apa-apa lagi), tapi sebenarnya aku cukup memahami situasi sebenar dan aku masih ingat segalanya dari awal hingga akhir. Aku pasti mak aku adalah orang yang paling terasa kehilangan. Tapi aku SANGAT BANGGA dengan MAK aku sebab, beliau adalah seorang WANITA yang sangat TABAH, KUAT hadapi segalanya tanpa ketua keluarga. Dialah ibu, dialah ayah. Aku bangga jadi anaknya. Thanks mak sebab aku ndak pernah rasa kekurangan. Bagi kami, mama sudah bagi yang terbaik. I'm proud of you.. (sambil lap airmata).

Sekadar ini sahaja perkongsian di Awal Muharram ni. Semoga Allayarham Nasil bin Kadir yang sangat-sangat disayangi dan dirindui ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Semoga mama terus diberikan kekuatan untuk menjalani hari-hari bersama buah hati yang 3 orang ni, sentiasa sihat dan dalam lindunganNya, amin.. Ni pesanan buat kalian yang masih punya ibu dan ayah. Hargailah mereka selagimana mereka masih ada di depan mata. Jangan pernah sia-siakan mereka. Bagi aku, ibu bapa adalah nyawa kita. Mereka adalah harta kita yang paling bernilai. Renung-renungkan ya. Jangan sudah kehilangan, baru terasa menyesal. Jazakallahu khairan kathira sebab sudi baca post ni.. Assalamualaikum :')


They are my family!

Part paling best. Aku suka naik dan himpit badan my dad walaupun secara kenyataan badan aku kecik.

Nampak tak aku sangat pandai bermain camera masa kecik dulu? Ahakss..
(rindu untuk bermanja macam ni taukk??)

Bear terakhir dari arwah. Bear ni jadi saksi kemalangan tu.
Sebab tu aku jaga kau elok-elok. Sebab kau simpan banyak kenangan. :')

Mereka ni lah sayang-sayang aku. Without him. kalau arwah ada lagi, perfect!



.

Wednesday, 7 November 2012

Aku Suka Dia


Amboi kemain lagi tajuk tu kan. jiwang laju-laju gihtuuu.. 
siapa siapa siapa? takda sapa pun. ni haa.. kat bawah ni.. hehe.. 
sebenarnya lahguuu si chantek manissss Ainan Tasneem je pon.
tade pape yang luarbiasa daripada dalambiasa.. eh, eh.. ntah pape..
motif? saja suka-suka.. eh, boleh pulak gitu kan ana.. hehe (>_<)



AINAN TASNEEM 

Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia



Saturday, 3 November 2012

Aku Naaakkkkkk...

Assalamualaikum cinta.. 

Hari ni kan, Cik Ana ni rasa rajin pulak nak update belog pagi-pagi ni. Sebab apa eh? Ntah la. Mungkin sebab teringatkan something yang dah agak lama nak update tapi tak update pun akibat kemahlahsan yang berlipat ganda yang melanda diri ini. Sangat benci taw sebab sifat malas ni tak pernah nak tinggalkan hidup aku. Rimas tahu tak? Takmo la malas-malas ni.. Buruk beno. lagi-lagi pempuan.. Ye dak? (okey, bahasa aku dah 1 Malaysia).

Nak citer pasal wishlist kan.. Yes, mustahil la kalau ada yang kata dia takda wishlist. Kalau ada la orang yang macam tu kan, rasa nak serbu dia cepat-cepat (eh, dah guna perkataan cepat-cepat la. why not laju-laju? *sangat tak sesuai laju-laju). Dah serbu orang tu dengan muka yang garang + ganas (okey ni tak baik untuk orang pempuan), then cakap "eh, kau takdak perasaan ae? kau takdak matlamat ae? kau takdak keinginan ae? kau takdak blablablabla fufufufu..". Hamboi kau ana. Kemain dengan muka tak lawa serbu orang suka hati kepala lutut kau. ngeh..ngeh.ngeh..

Eh, tersasar jauh sudah. Panjang sangat intro kan. Suka sangat go through with belok-belok. Okey, jom kita go straight and don't belok-belok. Aku sebenarnya banyak sangat wishlist. Ada yang dah tercapai dan ada yang belum. 

WISHLIST yang dah TERCAPAI ialah
1) Menggenggam segulung Diploma Perguruan yang selama ini aku usahakan sekuat daya. Alhamdulillah sebab dah tercapai Julai baru-baru ini.
2) Bergelar seorang pendidik. Cikgu sebenarnya. Dan lebih popular di kalangan murid-muridku 'ustazah' walaupun aku dah cakap jangan panggil ustazah. Cikgu dah cukup. Tapi degil la budak-budak ni. Nak jugak panggil ustazah. #Mai nak habaq. Jadi cikgu sangat best! okbai.
3) Jejakkan kaki ke IPTA sebab sebelum ni aku hanyalah mahasiswa IPTS. Tapi aku puji Kolej aku dulu sebab bagi aku sangat terbaik dengan suasana islamic dia. Yup, sangat mendidik. Alhamdulillah.


WISHLIST aku setakat ni.. aku naaakkkk..:
1) Cemerlang setiap semester pengajian ku di UUM ni.
2) Bergraduasi dengan pencapaian Ijazah kelas pertama.. (hamboi, verangan tinggi sangat kau ana!)
3) Lesen memandu. kihkihkih. Jangan terkejut badak ye. aku memang takdak lesen lagi. Tapi jangan main-main. Boleh drive okey. Siap drift lagi. Even kereta go-kart. haha..
4) Bukak perniagaan sendiri. InsyaAllah soon..
5) Round 1 Malaysia (ni ntah pape. nampak sangat suka jalan-jalan)
6) Tawan puncak Gunung Kinabalu (sangat teringin sejak dulu)
7) Aku nak further study sampai la phD. Kalau boleh, aku takkan berhenti. Ilmu Allah tu luas.
8) Nak sangat jejak Tanah Suci Kota Mekah. Allahuakbar. Sangat teringin. Permudahkan ya Allah.
9) Nikah. Kau jangan gelak Bedah. Kalau kau rasa ni lawak, haa. kau tu yang lawak sebenarnya. Sebab aku rasa ada yang something wrong kat ko. better you check first.
10) Wish my dad still here with us.
11) Aku nak jadi yang terbaik di antara yang terbaik. Aku nak jadi solehah. 

Aku taw wishlist aku ni ada yang terlalu tinggi. Tapi tak mustahil kan ianya akan tercapai? Yang penting usaha yang gigih, doa serta tawakkal padaNya. Tapi ada 1 yang memang takkan tercapai sampai bila-bila. Aku harap aku kuat untuk capai segala impian aku ni. Antara satu sebabnya aku nak semua ni sebab mak aku. Keluarga aku. Yup, mereka yang aku sangat sayangi.. Okey Ana! Jangan pernah menyerah kalah! Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. Kesilapan pada masa lalu adalah proses pelajaran untuk kita lebih matang menghadapi masa hadapan, insyaAllah.. Okey, pashaaa!! :')

Ceritera SPA

Assalamualaikum cinta..

Kenal dak bendalah ni? www.spa.gov.my .. kenal dak kanal dak? siapa ndak kenal, hmmm..(speechless terus aku). Tu lah laman web rasmi apply kerja gomen kononnya (eh, perlukah letak 'konon' tu ana? *whatever) haa.. tu lah yang jadi kegilaan para siswazah atau bukan siswazah zaman ni. Memang ramai sungguh peminat web ni taw. DAN aku salah seorang daripadanya walaupun kadangkala aku just isi untuk suka-suka (eh, boleh pulak gitu).. Tahu tak tahu tak? Setelah berkali-kali apply bendalah ni since last 2008 sampailah penghujung tahun 2012 ni tanpa mengenal erti putus asa kononnya, tanpa disangka tuupp! ibunda tercinta call bagitahu ada surat cinta daripada SPA.. perghh. dugdapdugdap terus si ana (okey, yang tu tipu).. hihihihi.. Sebelum tu, ni perbualan antara si ibu dan si anak..

Mak: Nang, ada ni surat daripada SPA. ada exam. tapi nah, di ILP Sandakan ni.
Ana:  Iya mak? jawatan apa? bila jugak tu examnya?
Mak: Jawatan 'blablabla' ni pada tarikh 'blablabla'.
Ana:  Jauhnya laaa.. Mana boleh attend jugak tu kalau gitu..
Mak: Nanti mama kasi num tu, kau call. tanya kalau boleh tukar pusat exam.
Ana:  Bah, yalah mak..

Dengan itu, untuk memuaskan hati yang kurengss puas ni, aku pun bukak la email aku yang setia walaupun aku rasa jelek dengan email aku sendiri.. (email masa zaman sekolah pon.faham-faham la).. Tahu tak apa yang terkandung dalam email tu? haa.. ni dia.. taraaaaa!!

klik gambar untuk paparan lebih jelas


Mustahillah kan kalau aku cakap aku no feel dengan isi kandungan email ni kan.. tipulah kalau aku cakap aku tak happy, tak teruja.. memang tipu sangat kalau aku cakap aku tak leleh kejap. 4 tahun bah tu setia menanti yang mana tiap-tiap tahun harapan tu menjadi layu (hyper act terus bah). Akhirnya penantian aku tu memberi satu khabar gembira buat diriku juga keluargaku. Walaupun hanya sekadar 'peperiksaan' untuk melayakkan diri menjawat jawatan tersebut, tapi itulah step terpenting kan. Mana tahu rezeki menyebelahi kan kan kan??


TAPI.


Kemunculannya agak terlewat sedikit kerana aku kini telah menapak dan memulakan langkah sebagai seorang mahasiswa semula, alhamdulillah. Ya, aku tahu kedua-duanya amat berharga. Disebabkan aku telah berdiri di sini, maka aku dengan tekad dan yakin akan meneruskan langkah ku ini sebagai seorang mahasiswa sehingga berjaya mengecap impian yang sejak dulunya ku ukir indah dalam sanubariku (ayat mintak lempang laju-laju). Ya, aku TERPAKSA lepaskan peluang kerjaya ini. Sedih. Kecewa. Macam-macam perasaan ada. Tapi aku yakin, InsyaAllah akan ada yang lebih baik di masa hadapan kan? (sambil lap airmata). Peluang yang aku genggam dan hadapi sekarang ni akan ku gunakan sebaik-baiknya kerana ianya peluang yang sangat bermakna bagiku dan mungkin jika ku tinggalkan berkemungkinan tidak akan dapat ku kecapi lagi. DAN peluang yang baru sahaja aku terima ini dengan berat hati ku lepaskan pergi. Biarlah orang lain yang menjawat jawatan itu. Lagipun feel belajar aku saat ni melebihi semangat untuk berkerja. So, aku akan teruskan status ku sebagai mahasiswa, insyaAllah. Harapanku agar keluargaku tidak berkecil hati atas keputusan ini. Maafkan ana..:(

Ya Allah, semoga keputusan ini adalah keputusan yang tepat bagiku, keluargaku, masyarakat, negara serta tak lupa juga agama ku. InsyaAllah pasti akan ada yang lebih baik. Syukran kepada mereka-mereka yang selalu ada disampingku khasnya keluargaku yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat tanpa putus. Buat kalian yang berada di luar sana, jom doa untuk kesejahteraan serta kejayaan bersama.. :')

Sekadar ini sahaja perkongsian tuan belog. Sehingga bertemu di lain ruangan..Assalamualaikum..


#Ramai kan alumni KUIS especially ex-student Diploma Pendidikan yang dapat tawaran ni? yang pergi exam ni, good luck ya..buat yang terbaik..Sedia tahu alumni FP KUIS adalah yang terbaik, insyaAllah :)


Vocabulary:
jelek = buruk
syukran = terima kasih
 kasi = beri

Kuku Oh Kuku



KUKU

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi. Jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang, bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut. Potonglah kuku anda.
The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan  ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang . Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek.insyaAllah pembersih.

Takmo macam ni taw.. tak cantik puunnn..
(muntah laju-laju)

Macam ni baru lawa..tomei jer.. =)
(thumbs up)

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Nasihat Nabi Muhammad saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari) dan jangan memakai pada jari:
3] jari tengah
4] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.



Additional Info Lagi


Potong kuku, ada caranya. Bukan sekadar ikut suka hati pengarang jantung pisang. Bagi yang dah tahu, alhamdulillah. Keep it right. Yang tak tahu lagi, jom ambil tahu..

Sunnah tu. taknak pahala ke? jom amal sama-sama..!

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt.. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.

DAH HABIS BACA TU SAMPAIKANLAH PADA YANG LAIN. MUNGKIN MASIH ADA YANG BELUM TAHU. =)



* Mohon jika terdapat kesilapan fakta atau yang berkaitan dengannya, harap dapat ditegur ya kawan2..:)

Thursday, 1 November 2012

Birthday Syg Ku

31 OKTOBER 2012
Happy birthday to you.. happy birthday to you.. happy birthday happy birthday.. happy birthday to you.. Yup, sanah helwa to my lovely friend, Ayue.. yang ke berapa dear ku? ke 21 dah kan.. alhamdulillah. may Allah bless..

Sebelum aku teruskan kalimah2 cintaku buatmu (ayat mintak lempang ni Ayue. hehe) mohon maaf sebab aku wish bukan 31.10 tapi 01.11.. sebab.. aku maw jadi orang last lah kunun-kunun. ntah last ka jugak tu ya? maw jadi orang 1st susah, takut ada yang marah.. hehe.. (poton sila berterima kasih padaku kerana memberimu peluang. baik kan aku. ngeh ngeh ngeh.).. Tahan-tahan diri sudah tu daripada wish taw? kesian aku. (ntah apa kena mengena ngan aku, kan ayue kan)..

Ayue sayang... ni kalimah cinta khas buat mu yang jauh nun di sana..
~~@ I'm really really really missing you.. too much! (4 bulan sudah ndak jumpa kan..)
~~@ Tau kah aku sayang kau sangat-sangat?? yes, aku sayang sangat dengan ukhwah kita.. :')
~~@ Semoga usia yang berbaki ni kita isi dengan sesuatu yang bermanfaat ya syg. kita sama-sama ke situ..
~~@ Aku doakan segala urusan harian mu dipermudahkan..
~~@ Jaga diri di sana. jaga kesihatan.
~~@ Ada masalah, terus buat appoinment dan dating dengan Dia. Selalu baca surat cintaNya..
~~@ Doa yang terbaik buat kamu (ayue&sams a.k.a poton).. teringin ni tengok kamu naik pelamin..amin..
~~@ Syg, kalau aku ndak mesej call apa semua, bukan bermakna aku lupa ya. elakkan dari fikir gitu. aku sentiasa ingat kawan-kawan ku.
~~@ Kau bukan kawan aku. tapi kau SAHABAT aku..Sayang kamu sahabat.


Sudahlah..penat sudah aku lap airmata aku ni..aku ndak taw la kenapa aku sangat-sangat touching dan cengeng taip entry ni.. yang aku taw, entry ni khas buat salah sorang sahabat kesayangan aku.. salam sayang dan rindu buat dirimu yang jauh di sana.. (sapa cakap entry ni jiwang, aku lempang laju-laju.ni entry sahabat kepada sahabat hokey)


Ayue.. :)