Wednesday, 29 August 2012

Ramadhan VS Syawal

Assalamualaikum si nona manis si jejaka tampan.. e'eh. cantiknya baju raya! haaaa.. amekau. berkurun agaknya aku dop hapdet belog tercinta tapi tak berapa cinta aku ni. asyik busy memanjang aku Jemah.. kau je taktaw.. konon berangan nak hapdet masa awal Ramadhan tu. tak jadi. tangguh. last Ramadhan konon. tangguh lagi. asyik bertangguh kerjanya kan.. haa.. sampai dah jejak Syawal ni baru nak rajin sikit untuk mengarut banyak2. tu pun story dah agak basi.. almaklumlah aku dah perap letak asam lebih kurang sebulan pelas pelas (+). Nak story pon aku dah malas.. e'eh.. baik nau perangai gadis comel lotey ni kan? hehehe.. (masuk bakul mintak hang tolong angkatkan boleh?) alang alang celup pekasam dah sampai lengan, baik kita rojak je kan dalam 1 post.. kan kan kan? okeyh, double triple RAJIN la budak cute ni..kikiki .. okey, sila rajinkan diri anda untuk membaca setiap bait serta madah indah dariku.. ahakkssss.. ayat mintak lempang laju-laju ni.. TAPI sebelum anda meneruskan pembacaan, DINASIHATKAN agar mengambil bantal untuk letak dagu atas meja, air oren se'jug' dan ofkos kuih raya berbalang-balang sebagai bekalan. risau panjang post yang berjela-jela.. Baca biaq betui naaa... 3..2...1.... GO!



RAMADHAN TIBA, RAMADHAN TIBA, MARHABAN YA RAMADHAN!
Alhamdulillah dah jejak Ramadhan tahun ni. walhal dah habis pon lebih kurang 2 minggu.. tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun agak frust sebab tak dapat puasa penuh (normal la pempuan). tapi kan tapi kan.. ramadhan ni agak special la mungkin sebabnya.. untuk bertahun-tahun lamanya (since tingkatan 1 sampailah masuk kolej) tak pernah puasa penuh sebulan kat rumah. alhamdulillah this year dah jadi kenyataan.. amekaw. 8 tahun aku banyak habiskan masa muda remaja aku duduk asrama. okey,kehidupan sebagai BUDAK HOSTEL sudah sebati dalam jiwa aku.. jiwa kental la katakan.. chooiiii! Ramadhan ni jugak umur aku dah cecah 22 tahun mengikut kalendar Islam. alhamdulillah.. semoga bertambah umur, bertambah jugak ketaqwaan dan kecintaanku terhadapNYA.. insyaAllah.. Saja buat muka comel nak habaq.. ceq anak 1 RAMADHAN. tiap 1 Ramadhan tu birthday ceq.. jangan lupa boleh tak? *okey, mengada. siapa la aku ini..



SELAMAT..SELAMAT HARI RAYA
Dengar dengar itu, beduk telah berbunyi. sebulan puasa, tamatlah hari ini. amboi. siap nyanyi sakan. macam biasalah. malam raya aku memang tak tidur sebab duk membusykan diri di dapur. tidur lepas subuh dan bangun mata sembam! e'eh, da macam orang sakit dah! ni nak habaq mai. raya tahun ni adalah raya paling slow bagi aku. sebab aku takdanya nak memanjangkan kaki merajinkan diri pegi keluar beraya. just balik kampung, ziarah pusara bapa, atuk, then beraya rumah adik beradik mak, nenek dan atuk sedara, moyang. okey, just it. sebab sangat takda mood jalan beraya. aku hanya tahu duduk rumah layan tetamu yang datang. okey, takmo komen panjang-panjang sebab aku pun tak tahu nak cakap apa. yang aku tahu, aku takda mood jalan beraya lebih-lebih lagi health condition aku yang tak berapa menentu.. okey, biasalah tu sakit demam batuk selesema musim raya ni.. mesti bosan kan baca hal-hal mengarut aku. nah, cuci mata tengok ni.


 Daripada kami sekeluarga.. :)

Saya masih dapat duit raya! (>_<)



Salam cinta rindu bubye!


No comments:

Post a Comment