Assalamualaikum ladies & gentlemen..
Perasan tak perasan, dah jejak kaki ke bulan April kan? cepatnya masa berlalu kan? macam baru sahaja new year hari tu. tak terasa semua ni.. umur pon dah makin bertambah, bukan berkurang.. rumah dah kata pergi, kubur kata mari. *aku takut! ya Allah.. jauh mana dah perjalanan ku mengikut landasanMu? berat mana dah timbangan amal ibadah ku? pelbagai soalan yang menari2 di ruang fikiran aku. ya Allah. layakkah aku menjadi penghuni Jannah Mu? sungguh aku teringin dan itu matlamat hidupku.. cuma aku tidak pasti, apakah aku layak? sungguh aku takut akan seksa neraka Mu ya Allah.. aku mohon aku dan orang2 kesayanganku dijauhkan daripada menjadi bahan bakar api neraka kelak.
Bila ingatkan hari semakin berlalu dan berlalu, aku happy sebab banyak benda yang aku tunggu bakal tiba. tapi seringkali aku alpa tentang suatu hakikat, ia juga bermakna usiaku semakin berkurang. entah2 esok lusa akan dijemput menghadap Ilahi.. tak siapa yang tahu kan? hanya mampu berdoa agar segala amal diterima, diampunkan segala dosa2 yang lalu, taubat diterima, dan menjadi impian setiap mukmin adalah mati dalam iman.. sungguh aku takut. sungguh aku takut menghadap hari itu tanpa persediaan yang cukup. ya Allah, jahilnya diriku ini.. sungguh kerdil aku ini.. ya, aku berharap aku dapt mengubah kehidupanku ke arah yang lebih baik. masa masih ada, masih belum terlambat. syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas sehingga hari ini.. syukran ya Rabb.. :')
April ku sayang.. be nice to me ya.. hope aku tabah, ikhlas, redha dengan apa yang akan terjadi sepanjang bulan ni.. aku yakin dan pasti, setiap kejadian adalah suratan dariNya.. dan aku semakin pasti betapa besar hikmah di sebalik semua kejadian. Allahuakbar.. hope everything will be okay.. :)
No comments:
Post a Comment