Assalamualaikum semua..
Ada tak yang kaki sinetron dan filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB)? ada tak? kalau ada yang cakap dia tak minat, maybe dia tak pernah tengok cerita tu kan.. mustahil la korang tak minat cerita yang sangat berunsurkan Islam tu.. haaa.. kalau tak pernah tengok, pergilah tengok.. aku sangat syorkan korang untuk tengok.. betul best. (silakan percaya) KCB tak macam Ayat2 Cinta.. bagi aku, KCB lagi 'power'. (sesuka aku main kritik. tapi betul hape). okeylah. aku taknak bebel pasal jalan cerita KCB sebab kalau aku cerita memang tak habis sampai ber'page2'. aku nak story pasal heroin dia. kenal tak siapa gerangan si cantik manis + ayu + muslimah tu? alaaaa.. yang nama dia Anna Althafunnisa' tu. yelah, OSD stand for Oki Setiana Dewi.. subhanallah.. sejuk mata memandang.. semoga siapa dia di dalam KCB, begitulah dia di luar @ kehidupan sebenar..
Actually, 1st time aku tengok cerita ni memang aku dah tertarik dengan heroin dia. lumrah lah kan kalau bab suka tak suka ni.. aku pon manusia biasa (doesn't mean i'm lesbian. nauzubillah). memang aku akui dia lawa. sangat lawa pada pandangan aku. itu pakej dia. tapi bukan itu yang aku nilai. sebenarnya aku sangat suka dengan pemakaian dia (tudung dia lawa taw tak?), speaking arab yang power, peribadi seorang muslimah, dan banyak lagi.. sejuk jer mata memandang. Alhamdulillah sebab semakin hari semakin banyak cerita2 berunsurkan cara hidup Islam. sedikit sebanyak dapat mendidik hati dan diri kita ke jalan yang betul. kot2 lah ada yang tebukak hati nak berubah lepas tengok cerita tu kan.. siapa tahu.. Allah Maha Pemurah. bila2 masa sahaja seseorang itu akan berubah kepada yang lebih baik.
Jom tengok gambar dia. manalah tahu ada yang tak kenal dengan Oki Setiana Dewi..
sangat minat dengan OSD.. :)
Muslimahnya dia... <3
Anna Althafunnisa'
Comel tak OSD? comel kan? sungguh indah ciptaan Allah.. subhanallah.. e'eh.. nak taw cerita HOT tak? haaa.. meh sini cik Jenab, Joyah, Senah, Pe'ah, Timah.. meh tengok.
Klik gambar untuk lebih besar & jelas
Apakah? iras tang mana sebenarnya? aku tercari2 tang mana irasnya.. ni betul2 ke main2? hadoi..janganlah buat aku masuk bakul angkat sendiri @ perah santan @ lagi glamour ngan istilah perasan. hehe.. macam2 komen ada. majoriti cakap muka aku iras OSD. lagi2 kak Minah ex-housemate aku di KUIS dulu.. kalau jumpa, mesti dia akan cakap "ana macam Anna KCB tu lah.." hadoi. kembang semangkuk aku jadinya. apa lagi, time tu lah blusher semulajadi timbul kat pipi aku. malu sebab dapat pujian macam tu. padahal dalam hati happy sebab dah la aku minat OSD, tiba2 ada yang cakap muka kami iras. mana tak happy.. kan3? (ni tipu jer lebih).. semua ni hanya kebetulan sahaja. mungkin ada betulnya korang cakap. tapi iras sikit jer kan. sekali pandang sama. dua tiga kali pandang, yes i'm the real Nurfarhana Aqilah Nasil. takda dah celop2 OSD dah. sebab aku taw jauh sangat la muka kami. aku ni bukan lawa. hanya seindah ciptaan. alhamdulillah syukur pada Allah sebab dah beri rupa paras yang dah cukup elok. bagi aku, tak perlu muka yang sangat lawa sebab semua tu akan memakan diri sendiri kalau tak reti control. hehe.. apa2 pon, thanx you all.. segala komen dan kritikan amat dihargai (hamboi ayat bukan main.hehe). Okeylah you all.. see next time ya.. Assalamualaikum
. . . . . . . . . .
Ya Allah
Aku redha dan bersyukur dengan apa yang telah Kau berikan untukku
Semoga peribadiku seindah kurnia yang telah Kau beri untukku
Jadikanlah aku seorang anak, wanita, isteri, serta ibu yang solehah
Amin Ya Rabbal A'lamin
. . . . . . . . . .
BUKAN RUPA PARAS YANG MENJADI UKURAN, TAPI PERIBADI SERTA BUDI PEKERTI
"Seindah Perhiasan Adalah Wanita Solehah"




No comments:
Post a Comment