Wednesday, 18 April 2012

Aku Berkursus

Assalamualaikum Gigirl and Boboy yang comel lotey!


Tolong jangan silap mata baca tajuk kat atas tu ya.. cuba baca betul2.. 'aku berkursus' bukan 'aku berkurus'. ngeee~ yup, berkursus. pandai pon mek2 semua.. okey, cakap pasal kursus. sebenarnya kursus apa yang aku join ni? mesti tergaru2 kepala yang tidak gatal + kerut kening. ekcelli aku join kursus komputer bahagian 'Graphic Design' Ahad tu (15.04.12).. ceewaaahhhh.. main2 graphic aku sekarang kan. jangan jeles. yang paling best tiada bayaran dikenakan. that's mean, PERCUMA! a'ah.. tak payah keluar duit satu sen pon. makan pon kena tanggung (part makan paling aku suka), buku panduan free dan yang paling penting tenaga pengajar free.. credit untuk Kementerian apa tah, aku lupa dah (okey, ni sangat terok). alhamdulillah akhirnya aku berjaya habiskan 7 chapter dalam masa 7 jam non-stop (kecuali masa makan & solat) dalam masa 1 hari. memang headache la jugak sebab dok hadap benda tu 7 jam dari pagi sampai petang. terus rasa menyesal sebab tak amek lagi 'En.Kacamata' yang di'order' hari tu.. bukan setakat headache je.. sakit belakang sakit punggung semua ada. lagi2 mata yang memujuk dan memohon rayu untuk dipejam. aku ni penidur tegar. eh, betul ke? gurau laa. tapi siyes ngantok gila (ngantok tu gila eh?) dah la.. apa kata kita tengok hasil kerja aku masa kursus tu.. (ekcelli biasa2 jer..)


1) Buat akuarium.. aku pon tak sangka aku boleh wat. 
nampak mudah, tapi pening jugak sebab kena amek 
satu2 dan jadikan macam gambar kat bawah ni.



2) Pokok apa tah..
ni gambar asal banyak pokok bergabung..
so, kena pisahkan jadi 1 pokok dan hias..


3) aku tak sure benda apa ni. >.<
yang ni part paling susah. tension aku jadinya.
mana tak headache. susah sangat.. 
penat aku buat balik2 (berulangkali)
lastly siap jugak! 


Yeah, i'm done! siap berkursus dalam tempoh 7 jam non-stop.. amekaw power tak power hotak aku berperang, perasaan aku meronta-ronta. apa2 pon, alhamdulillah.. bertambah ilmu yang tak seberapa ni.. next time aku akan join kursus 'database' , 'PC maintanence' , 'typing skills' , 'photo editing' , dan macam2 lagi. banyak sebenarnya.. tapi setahun hanya dibenarkan mengambil 4 kursus sahaja.. FREE la katakan.. mana boleh terus semua.. betul tak?? hehe.. okey la.. babai.. >.<

No comments:

Post a Comment