Wednesday, 30 November 2011

Kalau Perempuan Tak Tahu Memasak . . Salah Ke ? Tapi Macamana Kalau Lelaki Tak Boleh Jadi Imam???



Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Tuesday, 29 November 2011

Story Mory : Part 3

Part 1 dah . . Part 2 pon sudah . . haaaa . . kita buka lembaran untuk Part 3 . . kali ni nak story apa pulak ya . . haaaaa . . dapat da . . aku nak soseh2 about jalan2 time . . ahaksss . . jom tengok gambar, sambil 2 makan keropok ke . pon boleh . . have fun ya !



1) Location: KLCC

actually 14.02.2010
berjalan bersama Bibie & Kak Azie

Mamam time . . iloveit ! 

Lasagna . . makanan mana tah . . 1st time cuba . .  not bad la . .
tapi agak mahal la jugak . .

.
.
.
.

2) Lepak umah Asmira
Ni masa kitorang g umah As . . konon nak g jenguk baby baru kejap je . . jadinya berjam jugak . . amek kau . . hahaha . . ni kes lama tak jumpa . . lepas rindu la . . apa lagi . . haaaa . .kesian As layan kitorang . husband dia xda masa tu . . pape pon thanx As . .Thanx jugak kat beloved husband dia Adi sebab bagi keizinan datang umah dia . .

Kami kawan ketat2 . . abaikan background 2 . . ahakz . .

kami Pi3_Crew . .

Driver kami . . mintak maaf ye . . xda yang reti drive . . terpaksa lah 
mintak tolong korang berdua . . thanx sebab jadi pemandu yang berhemah . .
ahakssss . .

Thanx As coz bagi kitorang lepaking kat umah u . .

Next station lepas umah As kat Bangi . .
Lake Valley kat Balakong ( kalau tak silap )

Candid picture . . sorrymorystrawberry ya . .

UnieShayang at Lake Valley  . . 

.
.
.
.

3) Mines mari Part 1
Jalan2 di Mines . . saja jalan2 di hujung minggu . masa ni semester 3 tak silap. . actually kami jalan berempat  . . with someone yang mengambil peranan sebagai penunjuk jalan . . 1st time la katakan . takut jugak tersesat . . ahahaha . .

Kami kaki lensa ^,^

Sekali sekala nak jugak jadi budak kecik . .
perasaan jealous terlampau tengok budak kecik round guna binatang cute ni !

Perut da berirama . . lagu Mawaddah lak tu . . jom lepak KFC
sambil gemukkan badan . . ahakssss . . .

Masa untuk balek ! waiting for KTM  . .

.
.
.
.


4) Mines mari Part 2

Jenjalan bersama mereka yang sangat dan tersangat lah cool . . best sangat !

Penantian itu sungguh menyiksakan . .
Lagi2 di bawah parcel . .

kat jejantas pon boleh ;)

Port yang cantek takkan disia2kan . .
candid 321 !

Ni pose gila yang tak peduli orang yang nengok2 !
sesekali buat perkara diluar kewarasan apa salahnya . .
tak ganggu orang oke !

Makan lagi . . makan itu WAJIB selagi bukan bulan puasa  . .
proses menambah berat badan :)

uwaaaaa .  . peeeeewwwiiitttttt . .
gadis berkaca mata hitam lorh . .

nak balek da . .  before naik KTM , kena naik feri / bot ni dulu . .
* teringat kisah lucu masa ni . . secret . . x boleh taw . .


.
.
.
.


5) Trip to Johore
 Mai datang johor . . ke mana lagi kalau bukan ke hometown Aziera Ayunie . . hehehe . . seminggu duduk sana with family dia . . best dapat gi banyak tempat .  .


menanti train di Seremban . .

 Opssss . . . terlebih sudah !

 Ready nak gi tengok orang kawen . .

 Tayar koyak di tengah2 jalan . . candid dulu la ngan Rifqi ( anak buah Yunie )

 dalam train . . otw balik KUIS da . . tata Johor . .

.
.
.
.


6) Kawen Kak Noor

~ Mempelai ~

amek berkat . . next turn sapa pulak ? huhu

Alamanda mari ! ! !

~ UniesHaYang ~
sepetang yang mendung di jambatan Putrajaya . .

.
.
.
.


7) Konvoi Baby Born ( Pn Zetty )

gurls only !

si Abang da ngantok .

Haiya 'ala solah
singgah solat at masjid Putrajaya

.
.
.
.


8) Times Square 
Hari2 terakhir bersama mereka yang tersayang ( Bff , budak2 p8 aras 10 )



 senyum sokmo   ^,^


.
.
.
.


9) Flora di Putrajaya
Bersama housemate Pangsapuri Mawar . . thanx kak Hajar (lecture KUIS) coz sudi ajak dak2 umah akak ni jalan2 . . best sangat2 ! takkan lupa kat akak2 semua !


 Maaf . . pipi terlebih muatan !

 waahhh! orkid lah ! like banyak2 !

 Kak Linda & Kak Hajar cari ubat tradisional .

 Bonzai . .

 Bunga 1 Malaysia

 Bunga apakah ? kurang pasti . . cantek kan ?

Sunflower right !

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
. . Finally . .
.
.
.
.
.
.
.
DONE
.
.
.
.
.
.
.
.
THE END




Friday, 25 November 2011

Kek Ringkas


  Kek Ringkas (Vanila & Pandan)

Bahan-Bahan: 
4 biji telur 
1 cawan mentega
1 cawan gula psair
2 ½ tepung kek
 
Esen vanila 
* nak tambah perisa atau pewarna pon boleh .

Cara: 
Mentega dipukul bersama dengan gula sehingga hancur.telur dimasukkan sebiji demi sebiji dan dipukul hingga kembang.tepung dimasukkan sedikit demi sedikit sehinnga naik.adunan dibakar selama 30 minit pada suhu 130 sehingga kekuning-kuningan.


Haaaa . . amekaw . . ni aku punya gila nak masak kek punya pasal . . kebosanan melanda macam tsunami . . aku pun dengan buat muka terror gi siapkan bahan (padahal mana terror pon). . tengok2 mixer buat hal . . hadooiiiiii . . tak pasal2 aku pon membuat adunan dengan cara manual . . taw cara manual tu macamana ? ? haaaa . . pakai pemukul telor macam orang dulu2 tu . . gaul guna segala kudrat yang ada . . hahaha . . ada tak orang zaman sekarang ni guna macam tu lagi ? ? aku pon tataw . . yang penting aku dapat buat & aku puas hati . . not bad la . . korang pon da nampak kan ? so apa tunggu lagi . try la ! hehehe




Thursday, 24 November 2011

New Template !



Assalamualaikum . . hari ni aku nak kongsi sedikit kegirangan aku . . actually tak seberapa pon . . cuma aku terlebih excited . (opsss . . terlebih sudah) . . huhu . . aku suka sangat bila aku buat something dengan tangan dan daya kekreativitian aku . . (hahaha . . kreatif ke?? perasan jak aku ni lebih . . lantak la . .) hehe . . nak dijadikan cerita . . aku da bosan ngan header aku yang lama 2 . . so , aku pon dengan tangan yang rajin dan semangat yang kuat untuk menghilangkan kebosanan (gara2 Mr. Cai tak mesej punya pasal) , aku pon pegilah menghadap lappy kesayangan aku . berjam jugak aku duk depan lappy . . tapi aku puas . . jom tengok hasilnya . . ;)



 Header aku yang lama . . bagi aku cantek (puji diri pulak) . . tapi da bosan . .


 Header aku yang baru . . satu kepuasan dalam diri aku . .


Korang taw tak yang aku hanya menggunakan 'paint ' untuk buat benda2 ni  ? ? haaaa . . jangan ingat photoshop je yang cantek untuk meng'edit . . yang ni pon apa kurangnya  ? ? janji kita taw nak edit macamana . . dan yang paling penting kreatif dan minat perlu ada . . kalo tak , canggih macamana pon perisian 2 tapi xda minat tak jadi jugak . . korang try la pulak buat sendiri . . all the best !



* sapa nak mintak tolong aku buatkan pon boleh . . ;)
.
.
.

Tuesday, 22 November 2011

Proud To Be Malaysian ^,^

Horaayyyyy . . . alhamdulillah akhirnya berbaloi penantian berjam2 di depan TV . . ndak sia2 aku men ngan perasaan . . siap sorak lagi . . nasib baik jiran2 sebelah rumah majority dah balik kampung . . aman sikit kalo jerit . . hahaha . .setelah sakit hati ngan penantian , akhirnya Harimau Muda telah mengalahkan Garuda Muda . . Malaysia menaaannngggg ! ! WE ARE THE CHAMPION ! ! Congratulations Harimau Muda . . 


Good job Harimau muda !


barisan mereka yang terhebat . .


Jersi yang menarik . . 
melambangkan keberanian harimau gitu . .
ke'macho'an mereka terserlah . .
aku pun maw jersi tuuuuu . . . .



Huuuuuhhhhhhhh . . . . penat . sekarang lagi best tido . . mimpi indah2 . . 
mana taw dapat mimpi indah aku pakai jersi harimau muda di samping abang2 yang macho itu . . 
(opssss . . jangan dok gatai naaa . . t cik abe marah . . )

.
.
.
.
.
.
.
.
.
proud to be Malaysian
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(^,^)