Wednesday, 18 December 2013

Your B-Day

Ini post terakhir untuk malam ini.
Kemahen update 3 post terus dalam 1 malam. 


18-December-2013

Genap usiamu 23 tahun kan sayang?
Alhamdulillah, masih berkesempatan mengucapkan selamat di ulang tahun kelahiranmu.

Semoga panjang usia.
Diberi kesihatan berpanjangan.
Murah rezeki.
Sentiasa dipermudahkan urusan.
Cemerlang dunia akhirat.
Sentiasa bahagia.
dan lain-lain.
DAN
Moga cepat naik pelamin. 
HEHE

Amin..



Aziera Ayunie Mohamad Yunus
Birthday Girl..


 Birthday Yunie last year. 2012


 Now and forever. I'll loving you.
Sayang sampai syurga. :)

Happy G-Day

Happy Graduation Day!
.
.

2nd of December 2013
.
.

Officially Graduated
.
.

Alhamdulillah..
.
.

Thanks to Allah
.
.

We're grateful & very happy
.
.

for your achievement.
.
.

Semoga Allah Redha..
.
.

serta seiring kejayaan duniawi dan juga ukhrawi.. ;)
.
.

.. Amin ..



ENJOY THE MOMENT!

 Our mantan President of Chapter Sabah (Adhoc Sabah)
HAZRUL BIN MULIADI
Bachelor Management of Technology with Honours


Kak Eunica, Kak Surianti, Kak Tuhe'.. Tahniah kakak2 cantik!



Kak Fazrin jugak. 
Yang lain, Tasman, Kak Lieq, Kak Halimah Abdul, Herni Lahaba, 
dan yang lain-lain.. Tahniah.. Tahniah..



Selamat memulakan fasa baru dalam kehidupan.
Semoga berjaya dunia serta akhirat :)



Terkenang graduation diploma dulu. Lepas grad sibuk fikir pasal KERJA.
(>_<)

Lagenda Budak Gamelan

Assalamualaikum.

Hai December coming! December coming!! Already late sudah pun. Baru kecoh kecoh si Ana ni..
Ya Allah, pejam celik pejam celik dah nak berlabuh tirai 2013 ni kan.. Time flies so fast!

Actually dah start minggu busy tahap maksima kemahen lagi sekarang ni. Almaklumlah final exam bakal menjelma kurang dari seminggu. Sebenarnya 4 hari lagi, saja cakap kurang seminggu untuk sedapkan hati. 
Jadi faham-fahamlah cemana agaknya time table mahasiswa seantero dunia bila nak final kan.
Tunggang langgang jadinya.. Kihkihkih..

Merapu panjang pulak. Macam comel pulak tajuk atas tu khennnn?? 
Feeling Lagenda Budak Setan pulak.. Actually ni kisah kami, yang secara officially berkokurikulum
Gamelan dan officially lagi 'Pemuzik Iringan Majlis Konvokesyen UUM ke 26' baru-baru ini.
Berkampung duduk DMAS selama 4-5 hari bermula 30 November sehingga 3 Disember. Bahkan sebelum itu lagi latihan setiap malam dah start. Kemahen letih tak cukup tidur semua. Tapi alhamdulillah
cukup makan. Makan sedap. Makan yang sentiasa ditaja. Apa lagi, memang bertambah sedaplah kan. HAHA. Lagi best bila dapat surat pengecualian kuliah. Hamboi kemahen lagi seronok dalam masa yang sama rugi sebenarnya. Padan muka. Ndak apa laa.. Pengalaman kan.. Alhamdulillah atas peluang yang diperolehi.. ;)

So, let's photo speak! Enjoy it.. (>_<)

 ..DMAS..


 Convocation Hall.. Graduan menunggu giliran. Kami sekadar pemerhati dari atas.


Kami antara 'pemuzik iringan'.. Gamelan Team!


 Cuba teka?? Hehe..
That's mine.. Jangan pandang pandang. Labuh tudung itu bukan penghalangku memalu gendang. Ahakss!!


 Love the scene..


 Bibie pun hadoo..


 Cik Wawa melayan 'search word' sementara menunggu giliran main.
Sat nak habaq. Wawa ni banyak berjasa sebab sudi mai amek hantaq pegi balik. Thanks Wawa.
Bibie update instagram la tu. Hikhik


 Berpeluang jugak mendengar benda-benda ni. Jangan main-main tau. Ni hanya ada semasa adat istiadat berkaitan raja. 1st day tu Yang Dipertuan Agong ada tau. Live!


 Haaaa.. Yang senyum manis ni Cikgu Aziz, merangkap jurulatih Gamelan kami.
5 STAR sebab cikgu ni sangat sangat sangat baik okey!


Love Love Love
In love with photographer.
Masih dalam pembelajaran.
#love the scene#




"LAGENDA BUDAK GAMELAN"


Friday, 22 November 2013

"Man Ana"


Now I realized life is too short. 

I feel ashamed of myself, 

living for 22 years in my comfort zone 

without realizing 

what is the main aim Allah sent me in this world. 

Praise to Allah for every single of our breath.


Al-fatihah to Allahyarham Ahmad Ammar, yang telah menghembuskan nafas terakhir pada awal Muharram 1435H baru-baru ini di Istanbul akibat kemalangan jalan raya. Semoga beliau dikalangan para syuhada'. Kisah beliau telah membuka mata dan hati kecil ini. 

Al-fatihah to Allahyarham Nasil bin Kadir, my beloved dad, who has left us on 1st of Muharram 1416H.. May Allah bless him. Really missing you. Semoga kami anak-anakmu menjadi anak yang soleh serta solehah. Hanya mampu menitip doa buat ayahanda tercinta. Ku merindui mu seumur hidupku. Semoga kita sekeluarga dapat berkumpul di Jannah-Nya.. Amin

Thursday, 14 November 2013

Macam Susah Jak. Macam Rumit Jak.

Assalamualaikum. 

Ini kisah dalam kelas Process Operation Management (POM) pagi tadi. Seperti biasa, aku adalah supercomel student yang memang sah akan masuk 5-10 minit lewat dari pensyarah aku yang cool + sporting tu. Dah lewat, duduk depan pulak tu. Paling depan hokey! Nampak tak aku adalah pelajar yang cemerlang? haha. Amin.. Dengan lafaz bismillah, kisahku bermula....

Lect  : We will discuss about inventory. What is inventory? Inventory is blablabla..

Aku  : ( smile tanda faham sambil tangan sibuk highlight nota slide )

Lect  : Types of inventory are blablabla..

Aku  : ( dalam hati 'eh, kacang jak ni' )

Lect  : Next, EOQ Model. EOQ blablabla..

Aku  : ( Speechless sambil buat kening Ziana Zain )

Lect  : Okay, this is about quality discount model. From this point and this point blablabla and dotdotdot..

Aku  : (kening The Rock)

Lect  : And the last about Reorder Point and Service Level.... blablabla.. Understand??

Aku  : (muka The Rock versi terlampau)



Maaf Dr Lim.. Setiap kelas semangat masuk kelas walaupun terkedek-kedek lambat masuk kelas. Itu saya (skema) nak bagitau bas tu lambat. hahaha. Padahal aku yang tak berapa nak cepat tunggu di bustop. Post ni saja nak bagitau yang subjek POM ni SUSAH. Okbai.

Wednesday, 13 November 2013

8 Bulan 'Krik-Krik'

Assalamualaikum..

Akhirnya aku kembali lagi. 

Setelah hampir 8 bulan menghilangkan diri.

Bukan kerana memencilkan diri.

Tapi kerana sentiasa busy.

Bukan ingin tolak blog ke tepi.

Tapi kerana assignment tersusun rapi.

Andai ada yang merindui post di page ini.

Semoga dapat mengubat rindu di hati.

Mai la tatap gambar ini.

Hihihi


* * * PELESU SEMATA-MATA * * *

Friday, 29 March 2013

Sungguh Aku Rindu

Assalamualaikum cinta hati..

Eh, ai hapdet lagi la.. apa, tak percaya? tuluuunnnnn la percaya. plisss plissss.. (sambil buat muka comel). hangpa semua kena menghargai susah payah perit peluh tenaga keringat usaha tangga kejayaan ai hapdet belog taw. haktuihhh!! muntah laju lahjuuuu dengan statement masuk bakul angkat sendiri yang sengaja direka khas untuk hangpa sekalian alam.

Serius ai habaq kat hangpa semua (habis loghat utara ni aku kerjakan.maap maap!), esaimen ai masyaallah.. BERTIMBUN! masing-masing meragut ketenangan jiwa yang ai impi kan selama ni tau uolss.. mana taknya. masing-masing dah get close dengan ai. ai pun rasa depa (esaimen) tu sangat meminati dan sayangkan ai.. *muntah! so, ai pun dengan rasa terharu layanlah depa ni sambil lambai-lambai tangan. eh, lambai bukan sebarang lambai. bukan macam dak kecik lambai tu tau. ai lambai macam 'miss world'. nampak tak demand ai terlebih dekat situ? eh, sudah! sudah!! berhenti bayangkan ai yang comel ni jadi miss world. malu ai tau tak? hahaha.. *sambil hantuk kepala kat dinding rumah Najwa Latiff

Eh, mengadanya ai buat mukaddimah panjang-panjang. dah boleh siap esaimen kan. ai pun tak tahu sebab musabab ai jadi macam ni pagi-pagi indah ni. mungkin jugak sebab ai ni dah 'demam KUIS' sejak kebelakangan ni. apa,kita sama?? eee..tak baik tau ikut-ikut. kite rindu kuis, awak pun nak jugak rindu kuis. mane aci.. *sambil buat muka shinchan. tapi betul ai tell uolss ai rindu life ai dulu-dulu. tempat yang banyak lakarkan sejarah hidup ai. *eh, takde ke yang nak tuliskan kisah ai ni dalam buku Sejarah form5? pleaseeee.. 

KUIS.. 2 tahun setengah ai hidup kat tempat best tu. serius best ai habaq kat hangpa. Siap dengan pakej penginapan macam hotel youuuu.ada lif. ko hado?? tak cukup dengan tu, pakej terindah lagi mententeramkan, 'suasana islamik' memang fuyoooo.. sedap je jiwa. tenang je hati ni rasa.. sekarang memang dah tak rasa sangat la kan.. tu lah beza dia tempat dulu dengan tempat sekarang. uolss nampak tak ai sedang mengenang kisah-kisah lalu ai? hisshh.. ni yang tak suke ni. tapi apakan daya. orang tua-tua cakap, 'tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bercinta'.. adushh.. jangan salah sangka naaa. bercinta dengan ilmu ai maksudkan. hikhik. eh, hang jangan duk sengih-sengih! Ok dah. jom layan gambaq!


 Bismillahirrahmanirrahim. Langkah masuk kaki kanan tau. ;)
*selalu duduk tepi tu tunggu kereta sapu. (':

 Kak Senah memang suka eksyen,
inilah dia pusat konvensyen.
Nama glamour, PKK.

 Majlis konvokesyen? Event? Pendaftaran pelajar baru? Ceramah?
Final exam?? haaa.. disinilah tempatnya. 

Tasik KUIS. Besar. Cantik. Dalam pun iya jugak. huhu
Kayak? jogging? flying fox? ushaa KTM? lepak kat pondok?
hehe. kenangan. paling selalu buat is 'Jalan-jalan sambil tangkap gambar'
HAHAHA

 Ini yang ai cakap tadi tu.. kayak.

 Kafe tepi tasik. Zaman ai dulu, ni Kafe Pak Samad.
Lepas kelas, selalu lepak makan ramai-ramai dengan kawan.
Serius rindu!!

 Ai nak ishtihar ni zon tangkap gambar boleh?
Sebab dah memang tempat ni cantik. 
Mustahil ada student KUIS yang tak pernah amek gambar di sini.
kan kan kan..

Midpoint ni la paling power kalau nak tangkap gambar.
Sangat cantik ai bagitau uolss. Subhanallah.. :')

 Mosque view di malam hari.
Subhanallah, cantikkan?

 Fakulti Bahasa Dan Komunikasi.
Tapi bukan tu ai nak bagitau. Ai nak gtaw kat tepi belah kanan tu
ada gerai 'stabak' taw. best dan sedap!!

Inilah tempat penginapan kami (parcel). nampak tak 
ke'hotel'an dia dekat situ??


and 
the last but not least..

yaaa.. PORTAL KUIS.
Dah lama tak log in portal ni. apakan dayaku hanya sekadar 
ALUMNI KUIS. :'(




Mahap mahap mahap! Bukan niat untuk meragut ketenangan jiwa hangpa semua. Sekadar untuk mengenang tempat yang banyak menyimpan sejarah zaman muda-muda kita dulu. Ya, ai tau semua dah rasa 'eeeee.. geramnya!'.. tak kurang jugak 'eeee..rindunya!!' dan tak mustahil jugak ada yang cakap macam ni 'eee..rindunya ngan penulis belog ni!!'.. eh, ai ke? haha.. tengkiu! *pengsan! Till then, bubye. esaimen ai dah jeling-jeling manja sebab ai dah curang lama sangat kat sini. hehe. ok, assalamualaikum dan salam rindu semua.  :)