Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Wednesday, 28 March 2012

I Have My Own Style

1) PASHMINA SHAWL
 # lilit putar belit #




2) BAWAL 60' 
Kalau agak jarang sehingga nampak tengkuk, silakan pakai inner neck ;)




3) AKEL  60'
# silang kiri kanan #



4) TUDUNG ARIANI

Simple, main masuk je. jimat masa.




5) TUDUNG LABUH
# orang kata tudung 'cendawan'.. tak baik! #



nak buat style sapa? Hana Tajima? Najwa Latif? Yuna? Diana Amir? tak kesah la nak ikut style sapa pon. kau nak pakai apa pun, pakai la.. zaman modern la katakan. kan3? yang PENTING apa? SILA TUTUP AURAT, LABUHKAN TUDUNG sesuai dengan syariat. sekian terima kasih.. (^_^)
Bukan nak tunjuk good2, coz aku taw aku pon banyak benda yg xbetol lagi..  cuma nak share.. kan? mungkin ada yg xpernah taw macam2 gaya tudung yg tutup dada..  kita pon boleh buat macam2 style yg tutup dada.. kan3? InsyaAllah lagi cantik dan lebih 'cool' kalau ikut bahasa orang puteh. ye dak? okbai


ok, yang ni cool ! 

Tuesday, 27 March 2012

‎13 Alasan Kenapa Perempuan Enggan Tutup Aurat


1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah (Nota: manusia masuk syurga bukan kerana amalannya, tetapi kerana rahmat dari Allah SWT)

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? (Nota: Adakah baik pada pandangan manusia sama dengan baik pada pandangan Allah? Kena fikir-fikirkan)

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga? (Nota: Solat dapat mengelak diri dari berbuat maksiat dan dosa)

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau. 

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. (Nota: patut kamu malu kepada Allah)

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? (Nota: takut hanya kepada Allah, bukan makhluk)

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. (Nota: Kena mula belajar dan berazam untuk perubahan yang lebih baik)

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. (Nota: Maut datang tidak dijemput dan diundang, ingatlah perjalanan menuju kematian bermula sejak kita dilahirkan)

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. (Nota: Dunia ni memang satu pentas untuk kita berbuat baik demi mendapat syurga yang kekal abadi)Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Sunday, 26 February 2012

Rupanya Hujan Di Tengah Hari

Assalamualaikum..

Terasa agak lama jugak aku tak membebel dalam ni kan? huhu.. i have my own reason.. salah satunya sebab aku dilanda busy yang teramat amat sangat *betapa aku menegaskan aku busy sangat!* hehehe.. that's why la i  don't have time untuk berblogging.. sian kat korang yang asyik tunggu post terbaru aku kan?? *adakah yang owez tunggu post terbaru aku??okey.aku dilanda perasan yang terlebih.* 

Actually aku tak berapa in mood untuk berceloteh.. apa kata kalau kali ni aku nak selitkan gambar yang banyak untuk backup kemalasan aku untuk taip banyak2? boleh kan? hehe.. masheh semua.. sayang korang! cakap punya cakap kan, aku baru pasan yang aku tak buat intro lagi.. haihhhh.. kecuaian melanda diri aku. sangat tak patut u know.. paaanngggg!! untuk pipi aku. hari ni aku akan story2 ikut suka hati jantung aku. jom baca sambil tengok2 gambar.. hope korang faham la ea ngan apa yang aku nak sampaikan ni.. enjoyed urself okey! (^_^)


Mula-mula, masa kita single dulu, we loved ourselves kan?
 love too much.. more than anything (kecuali Allah, Rasul, & family)..

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 

Satu saat, seseorang mula datang hidup kita..
mula-mula just kenal, nak make friend la katakan..
make friend la sangaaaattttttt kannn??
sedar tak sedar orang tu da curik hati kita.. sangat jahat!
tapi perasan tak?
~ bila orang curik barang, kita marah sangat. rasa nak tikam2 pon ada..
TAPI
~ bila orang curik hati kita, kita tak marah pon. yang ada something feel like hurmmm..
pasan tak pasan tak??? korang mesti pasan punya..
sampai la satu saat tu make friend betukar kepada make love.. 
faham tak maksud aku? being a couple laaa.. *plez cepat pickup*
a'ah la.. yang macam atas ni.. masing2 luah feel.. indahnya kan? happy je rasa..
rasa macam dunia ni i yang punyee... semua benda indah je..
kentut yang bau busuk pon rasa bau wangi je masa tu..
*eeeee.. macamana boleh bau wangi? pelizz la.. busuk tetap busuk*


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 


Masa tu mulalah nak buat itu ini.. janji itu ini.. 
alaaahhhhh.. lebih kurang word kat bawah ni la.. kan3??


Mula-mula couple, semua yes je.. semua baik je.. semua cakap boleh terima.
lebih atau kurang pada diri pasangan tu, semua boleh terima..
SAYANG lah katakan... *sayang la sangat!


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 


Sampai satu ketika setelah beberapa ketika *ni berapa banyak ketika?* 
everything will be change. kentut yang dulunya dikatakan wangi dah jadi bau
busuk *ni kes baru tahu hakikat yang kentut tu bau busuk. haha*
yang dulunya semua kelemahan boleh terima, sekarang dah tak boleh terima..
yang dulunya janji manis hanya tinggal janji semata2..
yang dulunya i love you bertukar jadi i hate you..
haishhhhh.. ni lah dunia.. dunia yang sementara.


1) Mungkin sebab si dia dah berubah hati @ tawar hati

2) Mungkin jugak dah ada kekasih hati yang lain

ATAU

any reason maybe. contohnya nak fokus study, fokus kerja,
atau halangan daripada beberapa pihak. macam2 boleh dijadikan sebab.
atau macam2 lagi sebab lain yang aku malas nak fikir. .
setuju tak?? 


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


Akhirnya.. apa yang jadi? break off. putus. semua yang ada hanya kenangan..
alaaaaaa.. macam lagu Jamal & Sarah 
"sayang menyayang, cinta dikenang.."
haaaa.. akhirnya tinggal mengenang cinta yang tak kesampaian.
malang nasib. punah impian. hancur hati. 


apa yang pasti, kecewa dan sedih itu tersangat lah terasa kan?
nak kata apa bila dah macam tu..
hanya mampu berkata, la tahzan @ jangan bersedih @ don't be sad
tapi kita tahu dan sedia maklum semaklumnya.
 berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. kan?


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


Masa tu, berserahlah pada Allah. kita dah rancang macam-macam kan.
tapi ketahuilah rancangan Dia yang terbaik. baik untuk kita dan semuanya.
teruskan doa dan doa dan berdoa.
 maybe selama ni kita dah dekatkan diri kepadaNya,
cuma kita perlu untuk lebih dekatkan lagi.
kita pasti alpa dalam suatu ketika kan? 
ni mungkin cara Dia nak sedarkan kita dari terus menjadi alpa. 


Patut jugak bersedih sebab kita telah kehilangan something yang kita sayang kan?
BE STRONG! make you feel you're VERY STRONG.
tapi bila fikir balik, hikmah Dia pasti ada kan? 
sudah pasti yang terbaik telah ada untuk kita di masa depan kan?
saat kita dah tersedar, bersyukurlah. 
pastinya ada yang lebih baik kan.


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


Apa yang aku boleh pesan :





. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 


DAN

Pesan pada diri kita, kata pada hati kita  :

1) tak perlu ingat si dia lagi. LUPAKAN segalanya.

2) tamao sedih2. jadikan hari-hari kita indah :)
insyaAllah 'si dia' akan ada nanti .


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 


sinopsis ni haaaaa..


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .  .


THAT'S ALL



# PERINGATAN LEBIH UNTUK DIRI AKU #

~ hanya sekadar pandangan aku yang agak jahil ~

( tidak ditujukan kepada sesiapa )
( sila ambil risiko atas pembacaan anda )
( sebarang tidak puas hati tidak akan dilayan )


^_^   i'm nothing. aku adalah aku. 

Friday, 17 February 2012

Muslimah Shawl ~ Anna's Style

Assalamualaikum sayangsayang aku semuanya. harap semuanya sihat disamping orang tersayang. yang   tengah dalam perjalanan, jangan lupa berhati-hati di jalan raya. ingatlah orang tersayang *oke, ni takda kaitan. baiklah readers ku cayang. b4 tu, aku maw kasi taw ni bukan aku yang design kan. aku just carik how to use the shawl like we use 'tudung labuh'. aku rasa da belambak kat youtube walaupun aku hanya sekali dua tengok tutorial shawl dekat tenet. tapi sangat jarang kan yang ada buat tutorial yang labuh2 ni? ada tak?? oke lupakan. today aku tamaw cakap banyak2. aku nak share benda ni sahaja. yes, cara pakai shawl labuh menutupi dada. biau tutup nasik lemak limapohsen kaum pompuan semua kan.. so, takda la yang nak dedah sana sini. *ya Allah, mulut aku sangat cibai* oke. maaf andai ada yang terasa hati. bukan ditujukan kepada sesiapa pon. just untuk perkongsian kita bersama dan peringatan buat diri aku ni haaa yang banyak lagi salahsilapnya *ceh,buat ayat rendah diri pulak aku ni. PANGGG. kan da kena lempang lajulaju* haihhh dah la. malas la nak cakap lagi sebab aku da bagi kuasa bulan Sailormoon kat gambar2 ni semua bagi mewakilkan aku. so, mai la kita dengaq bebelan gambaq2 ni.. #penat lukis gambar.. motif? =tanganakukreatif. oke, tipu.haha










SosehSoseh : 20/feb/2012 speaking test untuk MUET.. means just few days more.. sangat cuak sebab langsung takda study.. huishhhh.. lantak kau la. hope everything's okay! k bai


~

Wednesday, 15 February 2012

Ceritera Kenduri Kahwin

Assalamualaikum.. hari ni aku tengah ber'mood' untuk hapdet pasal KAWEN.. apasal la tetiba hapdet sal gini kan? ni drama bersiri Gemersik Kalbu & Vanilla Coklat punya pasal yang suka romantikromantik tu. jelesss i.. *gatai ka apa?guraugurau..  tidak la. actually aku da cukup besar dan dewasa untuk memikirkan benda ni. oyeahh. dah masuk alam dewasa dah. selamat tinggal zaman kanak2 dan zaman remajaku. normal la ba kan fikir pasal kawen, pasal masa depan. *yang fikir lebih2 tu tak normal.. 

Bila bebel pasal kawen, mulalah pening kepala.. jangan ada yang kena serang tumor dah la ea. agak2 pening pasal apa? e'eh.. u ols taw la.. haaa. kantoi. ni mesti da selalu sosehsoseh ngan pasangan korang kan? ngeee~ betul la.. hantaran punya pasal la. agak2 aku, isu ni da jadi isu HOT da sekarang ni sebab pihak pempuan mintak MAHAL.. 

Pihak lelaki pon berkata: e'eh.. ni kes apa? jual anak ke apa sampai letak 15K-20K? 

Alamat tak kawen la si anak dara yang ditimang tinggi2 tu. tak pasal2 dapat gelaran ANDARTU. yang kesian sapa? si lelaki bagai nak putus nyawa kumpul duit.. kesian2.. tapi yang lelaki jangan nak angguk2 sangat la ye.. aku lempang laju2 kang, baru taw tamparan wanita tu best ke tidak.. nak? meh datang dekat2 sikit. dekat sikit je, jangan dekat sangat. HARAM.. awwww.. haha...korang taw tak apasal pihak pempuan selalunya mintak mahal? 

Ni balas dari pihak pempuan: korang ingat senang ke nak urus kenduri kawen? korang ingat tak payah ke raikan tetamu yang datang? tak payah jamah? haiyaaa.. mana boleh cenggitu cik abang oiii.. nak buat persiapan pon, entah kalau cukup duit tu. sekarang barang dah mahal. sebab tu nilai hantaran pon naik.

Mesti ramai yang tengah menggaru-garu kepala yang tidak gatal bila memikirkan pasal bajet kawen kan? sebenarnya, benda ni semua just simple. cuma orang kita je yang merumitkan keadaan.. kan kan kan?? mana tidaknya. kawen nak yang besau2 (slank orang Melaka).. hotel bagai.. tu belum lagi yang nak buat 3 hari 3 malam, 7 hari 7 malam *haip!ni macam kes orang pegi honeymoon.waaahhhhh..ko memang kaya la kan. oke, lupakan pasal honeymoon bagai. nampak sangat kan orang kita ni merumitkan keadaan? dah la.. tokseh (loghat kelate dah) pening2 kepala tu. meh la tengok bajet kawen kat bawah ni.. *pesanan buat lelaki, mentang2 la dah tengok bajet kawen ni, jangan la pulak amek kesempatan atas kesulitan. sebaiknya anda berusaha berikan yang terbaik.




Taw tak mas kawen bagi setiap negeri tak sama? dulu2 ingatkan sama jak.. tapi tidak sebenarnya. ada yang murah ada yang mahal. yang murah tersangatlah ohsemm.. kan kan kan? Sabah RM100.. takda la mencekik darah sangat *ni ayat unie.. 


Huhh.. penat sudah bebelbebel.. tapi up to u la jugak... sebab wedding korang kan.. if korang mampu boleh la buat yang besar2.. tapi lebih afdhol bersederhana dalam semua perkara kan? yang penting apa? SAH sebagai suami isteri.. yang HARAM bertukar HALAL.. semua perbuatan baik dapat pahala. oh indahnya! *stop berangan, Ana.. jangan dok melakar impian sampai di langit ke7.. oke la. penat untuk membebel. time to mentos.hihi.. see next time ya. tatatititutu.. ^_^



ABC123: Speaking MUET around the corner..sangat2 nerves sebab till now, haram jadah study even 1 benda. oke, Ana terbaik! haha

~

Tuesday, 14 February 2012

3 Kata

Assalamulaikum readers aku yang comel lotey dan setia visit belog aku yang huduh dan agak membosankan ini.. huduh2 pon korang tetap skodeng jugak kan?hihihi.. so cool la korang.. cayang korang lebih.. ngeee~

Korangkorang yang comey lotey ni taw tak? taw tak taw tak *ni nak lempang lajulaju ni. ?? pernah taw kan 'valentines day'? tipu la tataw kan? alaaaa.. hari kekasih la.. eeeeeee.. tataw lagi ke? yang orang dok sibuksibuk nak celebrate every 14th Feb every years.. haishhh.. sangat kasihan. korang taw tak hukum sambut hari tu adalah HARAM??? taw tak? ke buatbuat tataw? sape tataw, haaa.. ceq da habaq kan? yang da taw tapi buatbuat tataw, anda memang kasihan sebab ceq rasa nak lempang lajulaju muka hang.. HARAM tetap HARAM okey! so, jangan la dan sudahsudah la celebrate 'perayaan bodoh' ni.. *mulut aku takda insuran sebab tu cakap lepas.  betul apa. memang stupid sangat la orang Islam sambut perayaan ni.. please la saudarasaudari ku sekalian.. dak usah la nak sibuksibuk buat something yang boleh menghina agama kita sendiri.. mesti ada yang tak berapa nak trust ngan apa yang aku bebel ni kan? haaa.. amekaw. bukti yang sohih... ustaz Azhar Idrus pon siap bagi pesan kat aku dan hampa semua.



ABC123: Nazir datang 'berkampung' kat sekolah.. menimbulkan rasa kurang selesa dalam diri aku. hope aku terkecuali dari kena observe. aku takda kene mengena sebab aku guru ganti. please jangan buat tabiat 'comel' ya wahai pegawai2.. *mati aku kalau tetiba ada yang link benda ni kat mana2..

Friday, 10 February 2012

It's Become True


Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul (terlambat dah kot)..



Mesti korang tertanyatanya kan sapa empunya diri yang kiut miut tapi tak biut kat atas ni kan?? cantik dan cun melecun kan minah ni? yes.. ada jugak yang meng'iya'kan.. kenal tak muka persis minah Arab atau omputeh ni? kenal tak kenal tak? ni la Ana Raffali. alaaa.. yang nyanyi lagu Kalau Berpacaran tu laa..ha'ah.. lagu yang menjadi peringatan aku dalam kehidupan 'sebelumjadibiniorang'.. *ni apa pulak? Ana, sudah2 la ngarut..ingat tu.Ana Raffali bukan Ana Farhana oke.. oke melalut lagi dan lagi. cun tak? comel tak? cantik menarik tertarik kau memang de boom kan? Alhamdulillah melalui apa yang aku baca kat tenet, ni la imej Ana Raffali sekarang.. sudah bertudung.. so sweet.. bertambah2 sweet dia tu.. kalau korang perasan, everytime dia naik pentas untuk show dia mesti pakai baju kurung right? yes, aku like dengan penampilan dia itu.. tiap kali tu jugak aku berdoa agar dia akan bertudung suatu hari nanti.. doa aku da jadi kenyataan seyh.. dia da bertudung start Maulidurrasul baru2 ini.. suatu penghijrahan yang sangat2 aku tunggu... hatiku berlagu riang sambil memuji2 namaNYA yang ESA.. alhamdulillah.. Nur serta HidayahNYA itu sentiasa ada untuk hambaNYA.. untuk akak Ana Raffali, welcome to our club.. congratulations.. hope kita sentiasa berubah ke arah yang lebih baik kan?.. ^_^ (macam je Ana Raffali baca benda ni kan..haisshhh).. sekali lagi Syukran Ya Rabb.. :')



ABC123: Tiap hari badan aku penat. kepala aku pusing. otak aku celaru. mata aku ngantuk.. sebab apa? sebab melayan kerenah budakbudak tahun 1 dan 2.. everyday U.. mana tak sakit hotak aku.. kadang angin. tapi aku selalu pegang 1 perkataan 'SABAR'.. yup, jadi guru kena sabar.. semoga Allah permudahkan harihari aku.. ^_^

Tuesday, 17 January 2012

Tips Awal Bertudung Labuh

 Assalamualaikum readers aku yang comel2..

“…Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu….” [surah 24; an-Nur; ayat 35]


 Hidayah ini menyapa tanpa disedari melembutkan hati untuk merapatkan diri kepada Ilahi. Hati terasa teruja melakukan kebaikan, langkah laju diatur ke denai-denai majlis Ilmu, bibir pula tak henti melafazkan zikrullah mahupun doa agar Allah menguatkan hati untuk terus ada di jalan yang benar ini.


TIPS AWAL BERTUDUNG LABUH:
1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah…

3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring).

5. Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.

6. Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
Contoh 1: Tudung Akel bidang 50.
..
Contoh 2: Pashmina (selendang menutupi dada & tidak jarang)
8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudungTudung Turki/ Mesir/ Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^
 
Contoh Tudung Turki jenama Akel bidang 60.
9. Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10. Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :)

 
Contoh tudung labuh berjahit. Kain jenis koshibo.

CUBALAH dahulu. InsyaAllah, sekali cuba… masyaAllah, perasaan kali pertama itu terasa sangat indah sekali. Terasa sangat selamat, terasa Allah berasa sangat dekat. Subhanallah! Jika kita ikhlas berhijrah & memakai tudung labuh dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah, insyaAllah Dia akan membantu mempermudahi jalan kita. Secara tidak langsung, akhlak kita juga seakan terpelihara sebagaimana terpeliharanya maruah kita dilindungi kelabuhan tudung yang dipakai. Kita akan jadi segan untuk berakhlak buruk & melakukan kemungkaran.


Wahai wanita/saudari seIslam yang aku sayangi..
Kuatkanlah hati. Kuatkan semangat. Berbanyaklah berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati untuk melalui jalanNya ini. Bukan calang-calang orang yang terpilih untuk memiliki HidayahNya. Bersyukurlah jika kita di antara insan-insan yang terpilih untuk kembali kepadaNya.
Sesungguhnya, biar kita hilang ‘seseorang’ atau ‘sesuatu’ demi Allah. Daripada demi ‘seseorang’ & ‘sesuatu’ kita kehilangan Allah. Nauzubillah.


Peeewwiiieetttt:
Harap maaf jika ada yang tidak menyukai entry ini.. bukan niat untuk menunjukkan good2 dan laghoh dalam diri.. hanya sekadar perkongsian tips kepada anda dan anda yang terniat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik insyaAllah.. juga sebagai garis panduan buat diri ini agar sentiasa istiqomah dalam pemakaian as Muslimah dalam dunia moden dan ranggi ini.. insyaAllah.. agar Nur itu sentiasa menerangi jiwa kita.. amin.. :)


Sumber: http://wanwma.com/agama/tips-awal-sebelum-bertudung-labuh/

Sunday, 25 December 2011

Mencari Keberkatan Dalam Majlis Perkahwinan

^  suwit gilak pic atas ni..


Sudah menjadi satu rutin bagi kita masyarakat malaysia bila hampir sahaja musim cuti persekolahan pasti berderet-deret kad undangan walimatul urus yang diterima, kadang-kadang dalam satu hari ada dua atau tiga undangan yang perlu dihadiri. Sememangnya sebagaimana yang kita ketahui Perkahwinan itu adalah Sunnah, Dengan adanya ikatan perkahwinan, jiwa menjadi tenang dan tenteram, mendapat keturunan yang halal lagi sistematik, sekali gus ikatan perkahwinan juga dapat mengawal diri daripada berlakunya pelbagai bentuk penzinaan, homoseksual, pelacuran dan sebagainya.
Memang terdapat banyak hikmah dalam perkahwinan antaranya adalah mampu menjaga kehormatan diri, untuk mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya meramaikan manusia dan supaya manusia itu dapat hidup berbahagia dengan saling berkasih sayang dan cinta-mencintai.



Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.” – (Surah Ar-Rum:21)
Bila disebutkan tentang perkahwinan maka tak lengkap rasanya kalau tidak diikuti dengan kendurinya, tapi tahukah kita mengadakan kenduri kahwin bagi meraikan pasangan pengantin yang telah dinikahkan dengan mengadakan jamuan makan kepada orang ramai, khususnya kepada saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai apa hukumnya? Kenduri untuk pernikahan sepasang pengantin ini merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW. Hukumnya adalah sunat muakkad (sangat dituntut). Hal ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas .a katanya :
“Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi SAW menjadi seorang pengantin dengan Zainab ibn Juhsy, baginda mengundang orang ramai, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai.” – (Riwayat al-Bukhari)
Dari Anas bin Malik ra menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya ;
Kesan apakah ini?
Abdul Rahman menjawab;
Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas.
Sabda Rasulullah;
Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.
Majlis perkahwinan yang dikehendaki oleh syarak sangat mudah dan tidak menyusahkan. Oleh itu perkahwinan yang baik ialah yang ringan perbelanjaannya, yang tidak memberatkan, tidak bermewah-mewah dan tidak melebihi batas-batas yang diperlukan, serta tidak membawa kepada pembaziran kerana pembaziran itu bertentangan dengan hukum syarak. Sebenarnya mengadakan majlis perkahwinan sehingga terpaksa menanggung beban hutang tidaklah digalakkan oleh agama, cukupla dengan sekadar yang termampu sahaja. Kerana Antara hikmah Islam menggalakkan supaya diadakan kenduri kahwin adalah untuk :
• Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat mendirikan rumah tangga.
• Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.
• Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.
• Memberi peluang kepada para tetamu bersuai kenal di samping merapatkan hubungan silaturrahim.

Maka di sini jelas kepada kita digalakkan agar mengadakan perkahwinan secara sederhana yangmana ianya tidak membawa kepada pembaziran. Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan. Masyarakat kita pada hari ini kebanyakannya mengadakan kenduri kahwin sampai terpaksa berhutang. Itulah amalan masyarakat kita hari ini yang lebih mementingkan adat dari sunnah Nabi sendiri.
Sebaiknya laksanakanlah walimah atau kenduri kahwin sekadar yang termampu sahaja. Apa yang penting ia dilakukan dengan niat yang ikhlas selain untuk memanjatkan kesyukuran tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bukan kerana menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Mudah-mudahan majlis yang diadakan dilimpahi berkat dan keredhaan ALLAH SWT. Kenduri yang berkat itu amat penting , sama pentingnya akad nikah mengesahkan ikatan suami isteri.
Apalah gunanya jika wang dihabiskan untuk majlis besar-besaran tapi jauh daripada keberkatan Allah sehingga pengantin terpaksa berhutang dan meminjam. Hal ini memberi implikasi dalam melaksanakan tanggungjawab suami isteri dan membina keluarga bahagia. Justeru, laksanakanlah walimah berlandaskan sunnah, semoga perkahwinan diberkati ALLAH SWT. InsyaAllah.



Sumber: http://www.ukhwah.com/

Saturday, 24 December 2011

Mudahnya Wanita Mendapat Pahala dan Syurga

Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami. Firman Allah:

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58)



Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian. Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu:
  • Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan.
  • Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu
  • Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain
  • Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat.
  • Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.
  • Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami.
  • Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.
Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan tanggungjawabnya utama sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga.


Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.

1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.
15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.
16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.
25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.



Sumber :  http://myibrah.com

Friday, 23 December 2011

Kelebihan Hari Jumaat



Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi. Al-Albani mengatakan hadis ini hasan dalam Ahkam Janaiz).




sumber :  http://lenggangkangkung-my.blogspot.com

Saturday, 17 December 2011

Beruntungnya Wanita Mempunyai Rahim . .



1.) Dia bekerja dengan Tuhan..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..

Bila dia lihat suaminya termengah-mengah di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA........

Thursday, 15 December 2011

Alang2 Pakai Shawl , Biar Tutup Dada

Assalamualaikum readers . . hehehe . . perasan dan syok sendiri kejap . . hihihi . . haaaaa . . kali ni aku terasa nak share something yang aku rasa da jadi trend and kegilaan gadis remaja di luar sana ( sama macam aku jugak ) . . ramai da tergila2 guna shawl sekarang ni . . macam2 trend ada . . hana tajima lah . . yuna lah . . najwa latif lah . . sampai ada yang terasa macam da jadi macam yuna lah . . hana tajima lah . . yang nak jadi kembar kepada najwa latif pon ada . . isskkk2 . . be urself  laaa . . baru cantik . . tak payah nak jadi orang laen oke . . opssss . . andai ada yang tak selesa , boleh tinggalkan page ni ya . . huhuhu . . anda tak dipaksa untuk baca post ini . sebarang tidak puas hati hendaklah ditanggung sendiri . sebab aku hanya nak kongsi maklumat kat sesiapa yang namanya tidak aku mentionkan ( maksud aku semua orang ) . nak terima , terima . tak nak , terserah . harap maklum . huhuhu . . aku nak mention kat sini , aku bukan nak tunjuk bagus . langsung tak terfikir oke . aku pun macam tu jugak . . banyak benda lagi yang aku tak jaga . banyak lagi yang kurang kat diri aku . . so , post ni untuk semua la . terutama aku . jadi jangan ada yang nak terasa hati bagai .





Di suatu petang yang dingin bersama maggie dan kuaci manis . .

Cik Anggun : Cantiknya kau cantik , ko bercantik2 pakai baju cantik ni nak pi mana ?

Cik Cantik : Oo . . aku nak pi Times Square , nak beli beg murah .

Cik Anggun : Cantiklah shawl ko tu ., macamana ko lilit ?

Cik Cantik : ooo . . . aku lilit tengok kat dalam video youtube la yg slalu Hana Tajima tu buat . cantik . ada gak aku blajar dr belog sikit2 . .    




Cik Anggun : oo . .cantik . aku pun suka tengok . tapi ada terkurang la tek . .

Cik Cantik : Apa yg kurang Gun ? Ok what . . yg penting aku pakai tudung apa . . x salah lilit2 kan ? Islam pun x halang muslimah nye pakai yg disukai .

Cik Anggun : Tudung ko cantik , tapi x salah kan kalo ko labuhkan ke dada sikit .

Cik Cantik : Aku nk wat cmne . tudung ni pendek sangat nak lilit . boleh belit skali dua je . hujungnya x sampai ke dada . Aku nak wat macamana .

Cik Anggun : Lain kali ko beli Pashmina yg besar sikit tu Tek , lagi labuh lagi selesa ko nak lilit .

Cik Cantik : tapi aku pakai baju longgar , x nampak pun . .

Cik Anggun : Tapi tek , mana kau tahu masa kau bergerak ada mata yg intai2 kau . Mata lelaki ni 'tajam' . bukankah lebih selesa kau bergerak selincah manapun tapi dengan tudung yg menutup dada kau dengan sempurna kau boleh bergerak bebas tanpa risau ?

Cik Cantik : Kau ni jangan buruk sangka Gun , bukan semua lelaki tu jahat .

Cik Anggun : Mmg bukan semua lelaki jahat Tek , tapi sememangnya manusia ada perasaan syahwat . apalagi lelaki . nafsu doang cuma satu .

Cik Cantik : Aku tak kuno Gun , semua orang pakai tudung macam ni . aku cuma ikut fesyen je .





Cik Anggun : tek , Islam x suruh kita wajib pakai tudung labuh . memang Islam galakkan kita melabuhkan tudung keseluruh tubuh . Itu sunnah . Tetapi Tek , islam memberi kan panduan MENGIKUT KEMAMPUAN KITA tek , Cukup syarat menutupi dada dan aurat , bnda tu sebenarnya x susah ,

Cik Cantik : Kau senanglah cakap Gun , ko alim , ko dah biasa pakai tudung labuh . Ko cakap mmg senang lah . .

Cik Anggun : Tek , mematuhi perintah Allah bukannya bila kita sudah bertitle ustazah , ustazah pilihan , peserta solehah dan sewaktu dengannya , hukum Allah tu Dia bagi untuk semua wanita Islam Tek , Aku pun belum sempurna , ada juga kekurangan yang perlu aku ' tudung labuhkan ' tapi sememangnya manusia tidak akan terlepas dari fasa tarbiyah dan melakukan kesilapan selagi dia bernyawa . Untuk itu kenapa Allah menciptakan kita untuk di dunia ini ? Kau boleh Tek , tapi ko kena usaha mulakan dr sekarang .


Cik Cantik : Ye lah Gun , tapi tunggulah aku berubah slow2 . . ko jangan lah cakap macam ni . terasa aku taw . hilang mood aku .

Cik Anggun : Tek , aku pun dulu sepertimu , pernah merasa berbaju ketat , bertudung singkat , tapi selagi kita x mula Tek , macamana kita nk mengatur langkah untuk perubahan seterusnya . lama2 kita akan mnjadi tepu dan sebati . Bila semakin lama ia tepu , semakin susah jua ia luntur .

Cik Cantik : Hidayah tu milik Allah Gun , kita tidak boleh senang2 membuat kesimpulan

Cik Anggun : Cuba kita muhasabah Surah Ar-Ra'd ayat 11 . '' Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri '' kita mula dulu Tek , baru Allah pimpin kita dan bukakan pintu .

Cik Cantik : Tapi Gun , walaupun aku macam ni aku still jaga akhlak aku , aku still jaga solat aku . pemakaian x menggambarkan segala2 nya

Cik Anggun : memang benar katamu Tek , tapi aurat tidak boleh ditutup dengan hanya solat . aurat juga tidak boleh ditutup dengan akhlak yang baik . Tuntutan aurat yg dinuzulkan di dalam Al-Quran adalah dengan menutupnya dari pandangan syahwat ajnabi . Allah sayang Muslimah tek , sebab tu Dia perintahkan kita menutup aurat , untuk menjaga diri kita juga . Firman Allah bukan suka2 . .ada sebab kenapa dan mengapa tek . .


Cik Cantik : Ye Lah . . aku faham . tpi ko patut bersyukur kawan ko ni at least bertudung .

Cik Anggun : Bagus2 . . tu aku suka sangat . at least ko dah cuba untuk memenuhi tuntutan . tapi alang2 dah mula biar sampai complete kan . . ?  Ko try mula lah dr melabuhkan tudung menutupi dada  :)



Cik Cantik : InsyaAllah , aku akan cuba k . Thanks tegur aku . aku tahu kau tegur aku sbb kau sayang . kalo ko bukan sahabat sejati ko msti x rasa bersalah aku pakai macam ni . thanks anggun !

Cik Anggun : Ok cantik . . mulakan dari sekarang . you can do it ! semoga dengan permulaan ini akan terdidik lah jua jiwa sedikit demi sedikit . Tutup lah aurat juga didiklah iman mu . . Allah akan tolong sekiranya kita ingin melakukan sesuatu kebaikan .


Cik Cantik : Thanks . . aku sbenarnya nk pi Masjid india ni ( tadi kata pi times square =.='' ) kalo ko x keberatan boleh je kan ko pinjamkan shawl pashmina ko yg labuh tu . aku nak terai .

Cik Anggun : Boleh , tapi ko jangan lupa basuh ! ( hehehe )

Maka si cantik pada petang itu pergi ke times Square dengan penampilan yg lebih cantik dan selamat . . :)




Aku nak  share cara lilit shawl supaya nampak labuh dan muslimah :






Alhamdulillah . . akhirnya dapat jugak share benda ni . . boleh la try dan aplikasi dalam seharian ya . .  so xda la kita nak dedah yang bukan2 . cukuplah makcik2 kat warung tu yang jual nasi lemak . tak payah kita tambah lagi nasi lemak yg palsu tu . lagi2 da macam ' sedekah ' pulak kan ? nauzubillah . . mintak dijauhkan .


#  Harap2 post aku kali ni xda nak kena saman or something sebab aku mention nama artis bagai . 
aku harap akan ada fesyen lilit hana tajima , yuna , & najwa latif  yang labuh dan muslimah coming soon . sapa taw kn3 ? ? so , sama2 kita doakan supaya kita semua jadi lebih baik dari semalam2 . . ok . . piece ! ^,^
syukran sebab anda sudi baca post aku kali ni .