Wednesday, 18 April 2012

Aku Berkursus

Assalamualaikum Gigirl and Boboy yang comel lotey!


Tolong jangan silap mata baca tajuk kat atas tu ya.. cuba baca betul2.. 'aku berkursus' bukan 'aku berkurus'. ngeee~ yup, berkursus. pandai pon mek2 semua.. okey, cakap pasal kursus. sebenarnya kursus apa yang aku join ni? mesti tergaru2 kepala yang tidak gatal + kerut kening. ekcelli aku join kursus komputer bahagian 'Graphic Design' Ahad tu (15.04.12).. ceewaaahhhh.. main2 graphic aku sekarang kan. jangan jeles. yang paling best tiada bayaran dikenakan. that's mean, PERCUMA! a'ah.. tak payah keluar duit satu sen pon. makan pon kena tanggung (part makan paling aku suka), buku panduan free dan yang paling penting tenaga pengajar free.. credit untuk Kementerian apa tah, aku lupa dah (okey, ni sangat terok). alhamdulillah akhirnya aku berjaya habiskan 7 chapter dalam masa 7 jam non-stop (kecuali masa makan & solat) dalam masa 1 hari. memang headache la jugak sebab dok hadap benda tu 7 jam dari pagi sampai petang. terus rasa menyesal sebab tak amek lagi 'En.Kacamata' yang di'order' hari tu.. bukan setakat headache je.. sakit belakang sakit punggung semua ada. lagi2 mata yang memujuk dan memohon rayu untuk dipejam. aku ni penidur tegar. eh, betul ke? gurau laa. tapi siyes ngantok gila (ngantok tu gila eh?) dah la.. apa kata kita tengok hasil kerja aku masa kursus tu.. (ekcelli biasa2 jer..)


1) Buat akuarium.. aku pon tak sangka aku boleh wat. 
nampak mudah, tapi pening jugak sebab kena amek 
satu2 dan jadikan macam gambar kat bawah ni.



2) Pokok apa tah..
ni gambar asal banyak pokok bergabung..
so, kena pisahkan jadi 1 pokok dan hias..


3) aku tak sure benda apa ni. >.<
yang ni part paling susah. tension aku jadinya.
mana tak headache. susah sangat.. 
penat aku buat balik2 (berulangkali)
lastly siap jugak! 


Yeah, i'm done! siap berkursus dalam tempoh 7 jam non-stop.. amekaw power tak power hotak aku berperang, perasaan aku meronta-ronta. apa2 pon, alhamdulillah.. bertambah ilmu yang tak seberapa ni.. next time aku akan join kursus 'database' , 'PC maintanence' , 'typing skills' , 'photo editing' , dan macam2 lagi. banyak sebenarnya.. tapi setahun hanya dibenarkan mengambil 4 kursus sahaja.. FREE la katakan.. mana boleh terus semua.. betul tak?? hehe.. okey la.. babai.. >.<

Sunday, 15 April 2012

Give & Get

Assalamualaikum darlink2 aku semua.. tak kira laa Si Gegirl atau Si Boboy.. 

Dah berhari2 jugak tak hapdet kan.. amekaw bila kemalasan menguasai diri. tahap gaban pulak tu. jangan ikut ya tabiat buruk tu. aku pon berusaha sedaya upaya meRAJINkan diri ke tahap MAKSIMA yang boleh. Eh korang. aku nak share hasil peluh keringat dan air tangan aku time ombak bosan melanda diri. tadaaaaa...!!


Amacam, cantik tak cantik tak?? okey, korang semua kena akui tulisan aku sangat cantik. betul tak? (masuk bakul mintak korang angkatkan) hehe.. oh yeah! tapi apa sebab aku buat bendalah ni? jawapannya sebaaaabbbbbbbb aku sangat bosan. dan secara tiba2 kebosanan tahap super power itu diisi dengan kata2 seseorang dekat aku waktu dolu2.. siapakah gerangannya? eh, jangan nak sibuk. biarlah rahsia kata Datuk Siti Nurhaliza. suka sangat cakap ayat atas tu. aku pon tak paham kenapa dan apa kepentingannya. huhaaiiii..

'What you give, you get back'.. macam2 benda yang lalu lintas (ni word jalan persekutuan ke highway) kat hotak kita kan? kalau buat baik kat orang lain, baiklah yg kita dapat.. kalau buruk, buruklah jugak yang kita dapat. faham tak? (soalan lazim merangkap wajib seorang guru untuk murid2 semasa dan selepas P&P).

Kadang, kita tak perasan kot kita buat something dekat orang lain. mungkin sebab pentingkan diri sangat. tapi, bila dah terkena tahi cicak kat batang hidung sendiri (tak kesah la hidung mancung or pesek macam aku), baru taw langit tu tinggi ke rendah (langit memang tinggi la Anna ooiii). okey, itu kenyataan. sudah terkena dekat diri sendiri, baru terasa sakitnya hati bagai kena panah petir. haaaa.. masa tu, jangan sibuk nak marah melenting taik kucing bagai. tak guna. sebab.. 'what you give, you get back'.. kan3?? renung2 kan lah.. ingat ya, Allah itu Maha Adil. tetiba aku teringat lagi skrip pertandingan bercerita aku waktu sekolah rendah dulu 'buat baik berpada-pada, tabiat buruk dijauhkan'.. so, moral story dia dekat sini, jangan aniaya orang, kelak memakan diri. (ingat tu Anna. ingat baik2. jangan pernah lupa) okeylah.. bebel dah banyak sangat ni.. see next time Gegirl and Boboy.. flashback, muhasabah dan selamat beramal... babai dan assalamualaikum  >.<



SosehSoseh: please be a good girl Anna! jom sama2 perbaiki diri.. muhasabah make perfect!  >.<

Thursday, 12 April 2012

Impian~


Lawa tak? lawa tak? lawa kaaannn??? sangat2 u know.. eh, jangan duk teruja sangat. hehe.. hamboi. aku dah pasang niat awal2 lagi nak bedroom macam ni nanti.. tapi ada ke yg reti buat comel2 macam ni? ada tak? sapa reti boleh angkat tangan. eh, tak payah. tak payah.. u all boleh PM aku.. kalau takda, mampukah aku buat khat selawa ni? main khat nasakh boleh la walaupun tak cantek.. adohai.. siyes nak room macam ni.. mesti tenang dopluhpat jam kan.. kalau dah macam tu, alamat tak keluar bilik la aku.. hehe.. sabar Anna sabar.. insyaAllah aku akan dapat jugak benda ni suatu hari nanti. bukan setakat bedroom. setiap ruang aku akn hiasi dengan khat @ kalimah2 suci macam tu.. amin........ >.<

Wednesday, 11 April 2012

Wordless Wednesday ..:: Kalaulah Boleh Pilih ::..

Try my best to forget everything about you.
Hope 'story' about us do not repeat again.
the past is past.. i let u go..

Tuesday, 10 April 2012

Order Muharni #1

Alhamdulillah order dari my bFF dah siap.. dia nak handphone chain love 'nani' dan 'mai'.. and that's it! hope dia suka.. =) thanx Nani.. hope kau suka and boleh order lagi.. hehe


Order Yanie




Cuzzy aku ni order handphone chain with alphabet 'a' dan 'y'.. alhamdulillah dah siap dan dia pun suka.. 

Wednesday, 4 April 2012

Anna Althafunnisa'

Assalamualaikum semua..


Ada tak yang kaki sinetron dan filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB)? ada tak? kalau ada yang cakap dia tak minat, maybe dia tak pernah tengok cerita tu kan.. mustahil la korang tak minat cerita yang sangat berunsurkan Islam tu.. haaa.. kalau tak pernah tengok, pergilah tengok.. aku sangat syorkan korang untuk tengok.. betul best. (silakan percaya) KCB tak macam Ayat2 Cinta.. bagi aku, KCB lagi 'power'. (sesuka aku main kritik. tapi betul hape). okeylah. aku taknak bebel pasal jalan cerita KCB sebab kalau aku cerita memang tak habis sampai ber'page2'. aku nak story pasal heroin dia. kenal tak siapa gerangan si cantik manis + ayu + muslimah tu? alaaaa.. yang nama dia Anna Althafunnisa' tu. yelah, OSD stand for Oki Setiana Dewi.. subhanallah.. sejuk mata memandang.. semoga siapa dia di dalam KCB, begitulah dia di luar @ kehidupan sebenar.. 


Actually, 1st time aku tengok cerita ni memang aku dah tertarik dengan heroin dia. lumrah lah kan kalau bab suka tak suka ni.. aku pon manusia biasa (doesn't mean i'm lesbian. nauzubillah). memang aku akui dia lawa. sangat lawa pada pandangan aku. itu pakej dia. tapi bukan itu yang aku nilai. sebenarnya aku sangat suka dengan pemakaian dia (tudung dia lawa taw tak?), speaking arab yang power, peribadi seorang muslimah, dan banyak lagi.. sejuk jer mata memandang. Alhamdulillah sebab semakin hari semakin banyak cerita2 berunsurkan cara hidup Islam. sedikit sebanyak dapat mendidik hati dan diri kita ke jalan yang betul. kot2 lah ada yang tebukak hati nak berubah lepas tengok cerita tu kan.. siapa tahu.. Allah Maha Pemurah. bila2 masa sahaja seseorang itu akan berubah kepada yang lebih baik. 


Jom tengok gambar dia. manalah tahu ada yang tak kenal dengan Oki Setiana Dewi..

sangat minat dengan OSD.. :)

Muslimahnya dia... <3

Anna Althafunnisa'


Comel tak OSD? comel kan? sungguh indah ciptaan Allah.. subhanallah.. e'eh.. nak taw cerita HOT tak? haaa.. meh sini cik Jenab, Joyah, Senah, Pe'ah, Timah.. meh tengok. 


Klik gambar untuk lebih besar & jelas








Apakah? iras tang mana sebenarnya? aku tercari2 tang mana irasnya.. ni betul2 ke main2? hadoi..janganlah buat aku masuk bakul angkat sendiri @ perah santan @ lagi glamour ngan istilah perasan. hehe.. macam2 komen ada. majoriti cakap muka aku iras OSD. lagi2 kak Minah ex-housemate aku di KUIS dulu.. kalau jumpa, mesti dia akan cakap "ana macam Anna KCB tu lah.." hadoi. kembang semangkuk aku jadinya. apa lagi, time tu lah blusher semulajadi timbul kat pipi aku. malu sebab dapat pujian macam tu. padahal dalam hati happy sebab dah la aku minat OSD, tiba2 ada yang cakap muka kami iras. mana tak happy.. kan3? (ni tipu jer lebih).. semua ni hanya kebetulan sahaja. mungkin ada betulnya korang cakap. tapi iras sikit jer kan. sekali pandang sama. dua tiga kali pandang, yes i'm the real Nurfarhana Aqilah Nasil. takda dah celop2 OSD dah.  sebab aku taw jauh sangat la muka kami. aku ni bukan lawa. hanya seindah ciptaan. alhamdulillah syukur pada Allah sebab dah beri rupa paras yang dah cukup elok. bagi aku, tak perlu muka yang sangat lawa sebab semua tu akan memakan diri sendiri kalau tak reti control. hehe.. apa2 pon, thanx you all.. segala komen dan kritikan amat dihargai (hamboi ayat bukan main.hehe). Okeylah you all.. see next time ya.. Assalamualaikum


. . . . . . . . . . 
Ya Allah
Aku redha dan bersyukur dengan apa yang telah Kau berikan untukku
Semoga peribadiku seindah kurnia yang telah Kau beri untukku
Jadikanlah aku seorang anak, wanita, isteri, serta ibu yang solehah
Amin Ya Rabbal A'lamin
. . . . . . . . . .


BUKAN RUPA PARAS YANG MENJADI UKURAN, TAPI PERIBADI SERTA BUDI PEKERTI
"Seindah Perhiasan Adalah Wanita Solehah"


Ahlan Wa Sahlan April

Assalamualaikum ladies & gentlemen..

Perasan tak perasan, dah jejak kaki ke bulan April kan? cepatnya masa berlalu kan? macam baru sahaja new year hari tu. tak terasa semua ni.. umur pon dah makin bertambah, bukan berkurang.. rumah dah kata pergi, kubur kata mari. *aku takut! ya Allah.. jauh mana dah perjalanan ku mengikut landasanMu? berat mana dah timbangan amal ibadah ku? pelbagai soalan yang menari2 di ruang fikiran aku. ya Allah. layakkah aku menjadi penghuni Jannah Mu? sungguh aku teringin dan itu matlamat hidupku.. cuma aku tidak pasti, apakah aku layak? sungguh aku takut akan seksa neraka Mu ya Allah.. aku mohon aku dan orang2 kesayanganku dijauhkan daripada menjadi bahan bakar api neraka kelak. 

Bila ingatkan hari semakin berlalu dan berlalu, aku happy sebab banyak benda yang aku tunggu bakal tiba. tapi seringkali aku alpa tentang suatu hakikat, ia juga bermakna usiaku semakin berkurang. entah2 esok lusa akan dijemput menghadap Ilahi.. tak siapa yang tahu kan? hanya mampu berdoa agar segala amal diterima, diampunkan segala dosa2 yang lalu, taubat diterima, dan menjadi impian setiap mukmin adalah mati dalam iman.. sungguh aku takut. sungguh aku takut menghadap hari itu tanpa persediaan yang cukup. ya Allah, jahilnya diriku ini.. sungguh kerdil aku ini.. ya, aku berharap aku dapt mengubah kehidupanku ke arah yang lebih baik. masa masih ada, masih belum terlambat. syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas sehingga hari ini.. syukran ya Rabb.. :')

April ku sayang.. be nice to me ya.. hope aku tabah, ikhlas, redha dengan apa yang akan terjadi sepanjang bulan ni.. aku yakin dan pasti, setiap kejadian adalah suratan dariNya.. dan aku semakin pasti betapa besar hikmah di sebalik semua kejadian. Allahuakbar.. hope everything will be okay.. :)