Saturday, 3 November 2012

Ceritera SPA

Assalamualaikum cinta..

Kenal dak bendalah ni? www.spa.gov.my .. kenal dak kanal dak? siapa ndak kenal, hmmm..(speechless terus aku). Tu lah laman web rasmi apply kerja gomen kononnya (eh, perlukah letak 'konon' tu ana? *whatever) haa.. tu lah yang jadi kegilaan para siswazah atau bukan siswazah zaman ni. Memang ramai sungguh peminat web ni taw. DAN aku salah seorang daripadanya walaupun kadangkala aku just isi untuk suka-suka (eh, boleh pulak gitu).. Tahu tak tahu tak? Setelah berkali-kali apply bendalah ni since last 2008 sampailah penghujung tahun 2012 ni tanpa mengenal erti putus asa kononnya, tanpa disangka tuupp! ibunda tercinta call bagitahu ada surat cinta daripada SPA.. perghh. dugdapdugdap terus si ana (okey, yang tu tipu).. hihihihi.. Sebelum tu, ni perbualan antara si ibu dan si anak..

Mak: Nang, ada ni surat daripada SPA. ada exam. tapi nah, di ILP Sandakan ni.
Ana:  Iya mak? jawatan apa? bila jugak tu examnya?
Mak: Jawatan 'blablabla' ni pada tarikh 'blablabla'.
Ana:  Jauhnya laaa.. Mana boleh attend jugak tu kalau gitu..
Mak: Nanti mama kasi num tu, kau call. tanya kalau boleh tukar pusat exam.
Ana:  Bah, yalah mak..

Dengan itu, untuk memuaskan hati yang kurengss puas ni, aku pun bukak la email aku yang setia walaupun aku rasa jelek dengan email aku sendiri.. (email masa zaman sekolah pon.faham-faham la).. Tahu tak apa yang terkandung dalam email tu? haa.. ni dia.. taraaaaa!!

klik gambar untuk paparan lebih jelas


Mustahillah kan kalau aku cakap aku no feel dengan isi kandungan email ni kan.. tipulah kalau aku cakap aku tak happy, tak teruja.. memang tipu sangat kalau aku cakap aku tak leleh kejap. 4 tahun bah tu setia menanti yang mana tiap-tiap tahun harapan tu menjadi layu (hyper act terus bah). Akhirnya penantian aku tu memberi satu khabar gembira buat diriku juga keluargaku. Walaupun hanya sekadar 'peperiksaan' untuk melayakkan diri menjawat jawatan tersebut, tapi itulah step terpenting kan. Mana tahu rezeki menyebelahi kan kan kan??


TAPI.


Kemunculannya agak terlewat sedikit kerana aku kini telah menapak dan memulakan langkah sebagai seorang mahasiswa semula, alhamdulillah. Ya, aku tahu kedua-duanya amat berharga. Disebabkan aku telah berdiri di sini, maka aku dengan tekad dan yakin akan meneruskan langkah ku ini sebagai seorang mahasiswa sehingga berjaya mengecap impian yang sejak dulunya ku ukir indah dalam sanubariku (ayat mintak lempang laju-laju). Ya, aku TERPAKSA lepaskan peluang kerjaya ini. Sedih. Kecewa. Macam-macam perasaan ada. Tapi aku yakin, InsyaAllah akan ada yang lebih baik di masa hadapan kan? (sambil lap airmata). Peluang yang aku genggam dan hadapi sekarang ni akan ku gunakan sebaik-baiknya kerana ianya peluang yang sangat bermakna bagiku dan mungkin jika ku tinggalkan berkemungkinan tidak akan dapat ku kecapi lagi. DAN peluang yang baru sahaja aku terima ini dengan berat hati ku lepaskan pergi. Biarlah orang lain yang menjawat jawatan itu. Lagipun feel belajar aku saat ni melebihi semangat untuk berkerja. So, aku akan teruskan status ku sebagai mahasiswa, insyaAllah. Harapanku agar keluargaku tidak berkecil hati atas keputusan ini. Maafkan ana..:(

Ya Allah, semoga keputusan ini adalah keputusan yang tepat bagiku, keluargaku, masyarakat, negara serta tak lupa juga agama ku. InsyaAllah pasti akan ada yang lebih baik. Syukran kepada mereka-mereka yang selalu ada disampingku khasnya keluargaku yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat tanpa putus. Buat kalian yang berada di luar sana, jom doa untuk kesejahteraan serta kejayaan bersama.. :')

Sekadar ini sahaja perkongsian tuan belog. Sehingga bertemu di lain ruangan..Assalamualaikum..


#Ramai kan alumni KUIS especially ex-student Diploma Pendidikan yang dapat tawaran ni? yang pergi exam ni, good luck ya..buat yang terbaik..Sedia tahu alumni FP KUIS adalah yang terbaik, insyaAllah :)


Vocabulary:
jelek = buruk
syukran = terima kasih
 kasi = beri

No comments:

Post a Comment