Saturday, 3 November 2012

Aku Naaakkkkkk...

Assalamualaikum cinta.. 

Hari ni kan, Cik Ana ni rasa rajin pulak nak update belog pagi-pagi ni. Sebab apa eh? Ntah la. Mungkin sebab teringatkan something yang dah agak lama nak update tapi tak update pun akibat kemahlahsan yang berlipat ganda yang melanda diri ini. Sangat benci taw sebab sifat malas ni tak pernah nak tinggalkan hidup aku. Rimas tahu tak? Takmo la malas-malas ni.. Buruk beno. lagi-lagi pempuan.. Ye dak? (okey, bahasa aku dah 1 Malaysia).

Nak citer pasal wishlist kan.. Yes, mustahil la kalau ada yang kata dia takda wishlist. Kalau ada la orang yang macam tu kan, rasa nak serbu dia cepat-cepat (eh, dah guna perkataan cepat-cepat la. why not laju-laju? *sangat tak sesuai laju-laju). Dah serbu orang tu dengan muka yang garang + ganas (okey ni tak baik untuk orang pempuan), then cakap "eh, kau takdak perasaan ae? kau takdak matlamat ae? kau takdak keinginan ae? kau takdak blablablabla fufufufu..". Hamboi kau ana. Kemain dengan muka tak lawa serbu orang suka hati kepala lutut kau. ngeh..ngeh.ngeh..

Eh, tersasar jauh sudah. Panjang sangat intro kan. Suka sangat go through with belok-belok. Okey, jom kita go straight and don't belok-belok. Aku sebenarnya banyak sangat wishlist. Ada yang dah tercapai dan ada yang belum. 

WISHLIST yang dah TERCAPAI ialah
1) Menggenggam segulung Diploma Perguruan yang selama ini aku usahakan sekuat daya. Alhamdulillah sebab dah tercapai Julai baru-baru ini.
2) Bergelar seorang pendidik. Cikgu sebenarnya. Dan lebih popular di kalangan murid-muridku 'ustazah' walaupun aku dah cakap jangan panggil ustazah. Cikgu dah cukup. Tapi degil la budak-budak ni. Nak jugak panggil ustazah. #Mai nak habaq. Jadi cikgu sangat best! okbai.
3) Jejakkan kaki ke IPTA sebab sebelum ni aku hanyalah mahasiswa IPTS. Tapi aku puji Kolej aku dulu sebab bagi aku sangat terbaik dengan suasana islamic dia. Yup, sangat mendidik. Alhamdulillah.


WISHLIST aku setakat ni.. aku naaakkkk..:
1) Cemerlang setiap semester pengajian ku di UUM ni.
2) Bergraduasi dengan pencapaian Ijazah kelas pertama.. (hamboi, verangan tinggi sangat kau ana!)
3) Lesen memandu. kihkihkih. Jangan terkejut badak ye. aku memang takdak lesen lagi. Tapi jangan main-main. Boleh drive okey. Siap drift lagi. Even kereta go-kart. haha..
4) Bukak perniagaan sendiri. InsyaAllah soon..
5) Round 1 Malaysia (ni ntah pape. nampak sangat suka jalan-jalan)
6) Tawan puncak Gunung Kinabalu (sangat teringin sejak dulu)
7) Aku nak further study sampai la phD. Kalau boleh, aku takkan berhenti. Ilmu Allah tu luas.
8) Nak sangat jejak Tanah Suci Kota Mekah. Allahuakbar. Sangat teringin. Permudahkan ya Allah.
9) Nikah. Kau jangan gelak Bedah. Kalau kau rasa ni lawak, haa. kau tu yang lawak sebenarnya. Sebab aku rasa ada yang something wrong kat ko. better you check first.
10) Wish my dad still here with us.
11) Aku nak jadi yang terbaik di antara yang terbaik. Aku nak jadi solehah. 

Aku taw wishlist aku ni ada yang terlalu tinggi. Tapi tak mustahil kan ianya akan tercapai? Yang penting usaha yang gigih, doa serta tawakkal padaNya. Tapi ada 1 yang memang takkan tercapai sampai bila-bila. Aku harap aku kuat untuk capai segala impian aku ni. Antara satu sebabnya aku nak semua ni sebab mak aku. Keluarga aku. Yup, mereka yang aku sangat sayangi.. Okey Ana! Jangan pernah menyerah kalah! Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. Kesilapan pada masa lalu adalah proses pelajaran untuk kita lebih matang menghadapi masa hadapan, insyaAllah.. Okey, pashaaa!! :')

No comments:

Post a Comment