Monday, 31 December 2012

Muka Surat 365

Assalamualaikum.

Haluu haluu my fans! *okey, awal-awal lagi dah perasan. aku kembali lagi mencurik masa korang. hikhik. aku memang suka curik masa korang. hari ini hari malas aku. aku langsung tak bukak buku u olss.. ntah kenapa kemalasan meningkat ke 360 darjah selsius! mendadak kan. dengan muka tak bersalah aku senyap-senyap melarikan diri daripada timbunan buku yang mintak ditelaah. tak koseerrr i nak layan tau? eh, ce nengok kalendar om putih. dah 31 Disember lah! dah sampai hari bongsu. okey, tak percaya kejap. lebih kurang 7 jam sahaja lagi berakhirnya lembaran 2012. yeaahhh! tukar kalendar dah!! ini bermakna, aku pun sudah semakin lanjut usia. wah waahhh. dah nak masuk 22 tahun lah! semakin dekat tempoh kahwin. hakhakhak *eh, caledak!

Cakap pasal 2012, terlalu banyak kenangan pahit manis suka duka yang berlaku depan mata aku khususnya dan belakang mata aku. Tahun ini aku jadi cikgu di 2 buah sekolah. sekaligus memfamouskan muka aku di pejabat pendidikan daerah (PPD) Sandakan. asyik-asyik muka aku keluar masuk pejabat. terasa diri ni orang penting pulak. ngeh ngeh. makin ramai kawan-kawan aku. kalau sebelum ni aku berkawan dengan mereka yang sebaya dengan ku, tapi sekarang aku dah ada kawan yang dah jadi mak bapak budak. yang dah jadi nenek pun ada. you ada? hewhew. anak murid jangan cakap. dalam masa 2 tahun, aku dah mengajar 4 sekolah. kau dapat bayangkan tak betapa ramai anak murid aku? ramai gila sampai aku sendiri tak mampu cam dorang. hikhik. kalau jalan kat bandar, memang ada je yang senyum dan tegur aku. aku pun layan je lah kan. *walau aku tak cam.hikhik.. ada pulak antara student-student aku yang nak jodohkan aku dengan abang sepupu paksu dia bagai. nasib baik bukan ayah dia.. ya ampunn kak. mati aku kena pancung nanti. taknak aku. chewchew! 

Ustazah . Muallimah . Cikgu . Teacher .
Dunia pendidik yang sentiasa aku rindu!



* * * * * 


2012 jugak hari bersejarah aku setelah 2 tahun setengah aku bertungkus lumus study, akhirnya telah selamat bergraduasi di bumi KUIS. *okey, rindu KUIS life! Masa ni macam-macam perasaan ada. orang yang dah lalui je yang tahu. awak awak yang tahu, boleh senyum macam aku. senyum manis-manis macam aku taw. hakhak!

I got it!



* * * * * 


Tahun ni jugak aku dah jadi mahasiswa semula. alhamdulillah. finally aku dapat masuk IPTA. impian aku sebenarnya walaupun tak universiti yang aku idamkan. mana-mana pun sama. yang penting ilmu tu. campus life again! i like it walaupun terpaksa menghadap lambakan buku, merajinkan diri ke kuliah, men'stragel'kan diri, dan yang agak penting bagi aku mendisiplinkan diri. semuanya kembali lagi. again and again. kawan pun bertambah ramai. huhu.. eh, aku study sesama dengan BFF aku dekat KUIS kau tau? jangan jealous ya. hikhik. 

Campus life again.



* * * * *



Apa lagi ya? haaa.. ni pun penting jugak. BFF aku membiak selama membina kehidupan baru di bumi Sintok ni. perasaan sayang aku kat orang semakin bertambah. aku kan penyayaanngggg.. *muntah! yup, aku memang suka sayang orang. lagi-lagi orang yang sayang aku. haaa.. ni dia kesayanganku di bumi Sintok ni. my darlingsss! <3

My sweetheart



* * * * * 


Ada lagi. tapi bukan untuk aku ceritakan di sini. belum masanya untuk public. biarlah masa yang akan tentukan segalanya. doakan yang terbaik dan segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. okey, just it nak share. thanks sudi buang masa baca belog aku. babai... >_<





XOXO =P

No comments:

Post a Comment