Assalamualaikum darlink2 aku semua.. tak kira laa Si Gegirl atau Si Boboy..
Dah berhari2 jugak tak hapdet kan.. amekaw bila kemalasan menguasai diri. tahap gaban pulak tu. jangan ikut ya tabiat buruk tu. aku pon berusaha sedaya upaya meRAJINkan diri ke tahap MAKSIMA yang boleh. Eh korang. aku nak share hasil peluh keringat dan air tangan aku time ombak bosan melanda diri. tadaaaaa...!!
Amacam, cantik tak cantik tak?? okey, korang semua kena akui tulisan aku sangat cantik. betul tak? (masuk bakul mintak korang angkatkan) hehe.. oh yeah! tapi apa sebab aku buat bendalah ni? jawapannya sebaaaabbbbbbbb aku sangat bosan. dan secara tiba2 kebosanan tahap super power itu diisi dengan kata2 seseorang dekat aku waktu dolu2.. siapakah gerangannya? eh, jangan nak sibuk. biarlah rahsia kata Datuk Siti Nurhaliza. suka sangat cakap ayat atas tu. aku pon tak paham kenapa dan apa kepentingannya. huhaaiiii..
'What you give, you get back'.. macam2 benda yang lalu lintas (ni word jalan persekutuan ke highway) kat hotak kita kan? kalau buat baik kat orang lain, baiklah yg kita dapat.. kalau buruk, buruklah jugak yang kita dapat. faham tak? (soalan lazim merangkap wajib seorang guru untuk murid2 semasa dan selepas P&P).
Kadang, kita tak perasan kot kita buat something dekat orang lain. mungkin sebab pentingkan diri sangat. tapi, bila dah terkena tahi cicak kat batang hidung sendiri (tak kesah la hidung mancung or pesek macam aku), baru taw langit tu tinggi ke rendah (langit memang tinggi la Anna ooiii). okey, itu kenyataan. sudah terkena dekat diri sendiri, baru terasa sakitnya hati bagai kena panah petir. haaaa.. masa tu, jangan sibuk nak marah melenting taik kucing bagai. tak guna. sebab.. 'what you give, you get back'.. kan3?? renung2 kan lah.. ingat ya, Allah itu Maha Adil. tetiba aku teringat lagi skrip pertandingan bercerita aku waktu sekolah rendah dulu 'buat baik berpada-pada, tabiat buruk dijauhkan'.. so, moral story dia dekat sini, jangan aniaya orang, kelak memakan diri. (ingat tu Anna. ingat baik2. jangan pernah lupa) okeylah.. bebel dah banyak sangat ni.. see next time Gegirl and Boboy.. flashback, muhasabah dan selamat beramal... babai dan assalamualaikum >.<
SosehSoseh: please be a good girl Anna! jom sama2 perbaiki diri.. muhasabah make perfect! >.<









