Friday, 23 December 2011

Kelebihan Hari Jumaat



Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi. Al-Albani mengatakan hadis ini hasan dalam Ahkam Janaiz).




sumber :  http://lenggangkangkung-my.blogspot.com

Wednesday, 21 December 2011

Wordless Wednesday


Harap aku jadi antara wanita bertudung labuh . . 
istiqomah itu susah tapi tak mustahil . .

Saturday, 17 December 2011

Beruntungnya Wanita Mempunyai Rahim . .



1.) Dia bekerja dengan Tuhan..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..

Bila dia lihat suaminya termengah-mengah di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA........

Thursday, 15 December 2011

Alang2 Pakai Shawl , Biar Tutup Dada

Assalamualaikum readers . . hehehe . . perasan dan syok sendiri kejap . . hihihi . . haaaaa . . kali ni aku terasa nak share something yang aku rasa da jadi trend and kegilaan gadis remaja di luar sana ( sama macam aku jugak ) . . ramai da tergila2 guna shawl sekarang ni . . macam2 trend ada . . hana tajima lah . . yuna lah . . najwa latif lah . . sampai ada yang terasa macam da jadi macam yuna lah . . hana tajima lah . . yang nak jadi kembar kepada najwa latif pon ada . . isskkk2 . . be urself  laaa . . baru cantik . . tak payah nak jadi orang laen oke . . opssss . . andai ada yang tak selesa , boleh tinggalkan page ni ya . . huhuhu . . anda tak dipaksa untuk baca post ini . sebarang tidak puas hati hendaklah ditanggung sendiri . sebab aku hanya nak kongsi maklumat kat sesiapa yang namanya tidak aku mentionkan ( maksud aku semua orang ) . nak terima , terima . tak nak , terserah . harap maklum . huhuhu . . aku nak mention kat sini , aku bukan nak tunjuk bagus . langsung tak terfikir oke . aku pun macam tu jugak . . banyak benda lagi yang aku tak jaga . banyak lagi yang kurang kat diri aku . . so , post ni untuk semua la . terutama aku . jadi jangan ada yang nak terasa hati bagai .





Di suatu petang yang dingin bersama maggie dan kuaci manis . .

Cik Anggun : Cantiknya kau cantik , ko bercantik2 pakai baju cantik ni nak pi mana ?

Cik Cantik : Oo . . aku nak pi Times Square , nak beli beg murah .

Cik Anggun : Cantiklah shawl ko tu ., macamana ko lilit ?

Cik Cantik : ooo . . . aku lilit tengok kat dalam video youtube la yg slalu Hana Tajima tu buat . cantik . ada gak aku blajar dr belog sikit2 . .    




Cik Anggun : oo . .cantik . aku pun suka tengok . tapi ada terkurang la tek . .

Cik Cantik : Apa yg kurang Gun ? Ok what . . yg penting aku pakai tudung apa . . x salah lilit2 kan ? Islam pun x halang muslimah nye pakai yg disukai .

Cik Anggun : Tudung ko cantik , tapi x salah kan kalo ko labuhkan ke dada sikit .

Cik Cantik : Aku nk wat cmne . tudung ni pendek sangat nak lilit . boleh belit skali dua je . hujungnya x sampai ke dada . Aku nak wat macamana .

Cik Anggun : Lain kali ko beli Pashmina yg besar sikit tu Tek , lagi labuh lagi selesa ko nak lilit .

Cik Cantik : tapi aku pakai baju longgar , x nampak pun . .

Cik Anggun : Tapi tek , mana kau tahu masa kau bergerak ada mata yg intai2 kau . Mata lelaki ni 'tajam' . bukankah lebih selesa kau bergerak selincah manapun tapi dengan tudung yg menutup dada kau dengan sempurna kau boleh bergerak bebas tanpa risau ?

Cik Cantik : Kau ni jangan buruk sangka Gun , bukan semua lelaki tu jahat .

Cik Anggun : Mmg bukan semua lelaki jahat Tek , tapi sememangnya manusia ada perasaan syahwat . apalagi lelaki . nafsu doang cuma satu .

Cik Cantik : Aku tak kuno Gun , semua orang pakai tudung macam ni . aku cuma ikut fesyen je .





Cik Anggun : tek , Islam x suruh kita wajib pakai tudung labuh . memang Islam galakkan kita melabuhkan tudung keseluruh tubuh . Itu sunnah . Tetapi Tek , islam memberi kan panduan MENGIKUT KEMAMPUAN KITA tek , Cukup syarat menutupi dada dan aurat , bnda tu sebenarnya x susah ,

Cik Cantik : Kau senanglah cakap Gun , ko alim , ko dah biasa pakai tudung labuh . Ko cakap mmg senang lah . .

Cik Anggun : Tek , mematuhi perintah Allah bukannya bila kita sudah bertitle ustazah , ustazah pilihan , peserta solehah dan sewaktu dengannya , hukum Allah tu Dia bagi untuk semua wanita Islam Tek , Aku pun belum sempurna , ada juga kekurangan yang perlu aku ' tudung labuhkan ' tapi sememangnya manusia tidak akan terlepas dari fasa tarbiyah dan melakukan kesilapan selagi dia bernyawa . Untuk itu kenapa Allah menciptakan kita untuk di dunia ini ? Kau boleh Tek , tapi ko kena usaha mulakan dr sekarang .


Cik Cantik : Ye lah Gun , tapi tunggulah aku berubah slow2 . . ko jangan lah cakap macam ni . terasa aku taw . hilang mood aku .

Cik Anggun : Tek , aku pun dulu sepertimu , pernah merasa berbaju ketat , bertudung singkat , tapi selagi kita x mula Tek , macamana kita nk mengatur langkah untuk perubahan seterusnya . lama2 kita akan mnjadi tepu dan sebati . Bila semakin lama ia tepu , semakin susah jua ia luntur .

Cik Cantik : Hidayah tu milik Allah Gun , kita tidak boleh senang2 membuat kesimpulan

Cik Anggun : Cuba kita muhasabah Surah Ar-Ra'd ayat 11 . '' Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri '' kita mula dulu Tek , baru Allah pimpin kita dan bukakan pintu .

Cik Cantik : Tapi Gun , walaupun aku macam ni aku still jaga akhlak aku , aku still jaga solat aku . pemakaian x menggambarkan segala2 nya

Cik Anggun : memang benar katamu Tek , tapi aurat tidak boleh ditutup dengan hanya solat . aurat juga tidak boleh ditutup dengan akhlak yang baik . Tuntutan aurat yg dinuzulkan di dalam Al-Quran adalah dengan menutupnya dari pandangan syahwat ajnabi . Allah sayang Muslimah tek , sebab tu Dia perintahkan kita menutup aurat , untuk menjaga diri kita juga . Firman Allah bukan suka2 . .ada sebab kenapa dan mengapa tek . .


Cik Cantik : Ye Lah . . aku faham . tpi ko patut bersyukur kawan ko ni at least bertudung .

Cik Anggun : Bagus2 . . tu aku suka sangat . at least ko dah cuba untuk memenuhi tuntutan . tapi alang2 dah mula biar sampai complete kan . . ?  Ko try mula lah dr melabuhkan tudung menutupi dada  :)



Cik Cantik : InsyaAllah , aku akan cuba k . Thanks tegur aku . aku tahu kau tegur aku sbb kau sayang . kalo ko bukan sahabat sejati ko msti x rasa bersalah aku pakai macam ni . thanks anggun !

Cik Anggun : Ok cantik . . mulakan dari sekarang . you can do it ! semoga dengan permulaan ini akan terdidik lah jua jiwa sedikit demi sedikit . Tutup lah aurat juga didiklah iman mu . . Allah akan tolong sekiranya kita ingin melakukan sesuatu kebaikan .


Cik Cantik : Thanks . . aku sbenarnya nk pi Masjid india ni ( tadi kata pi times square =.='' ) kalo ko x keberatan boleh je kan ko pinjamkan shawl pashmina ko yg labuh tu . aku nak terai .

Cik Anggun : Boleh , tapi ko jangan lupa basuh ! ( hehehe )

Maka si cantik pada petang itu pergi ke times Square dengan penampilan yg lebih cantik dan selamat . . :)




Aku nak  share cara lilit shawl supaya nampak labuh dan muslimah :






Alhamdulillah . . akhirnya dapat jugak share benda ni . . boleh la try dan aplikasi dalam seharian ya . .  so xda la kita nak dedah yang bukan2 . cukuplah makcik2 kat warung tu yang jual nasi lemak . tak payah kita tambah lagi nasi lemak yg palsu tu . lagi2 da macam ' sedekah ' pulak kan ? nauzubillah . . mintak dijauhkan .


#  Harap2 post aku kali ni xda nak kena saman or something sebab aku mention nama artis bagai . 
aku harap akan ada fesyen lilit hana tajima , yuna , & najwa latif  yang labuh dan muslimah coming soon . sapa taw kn3 ? ? so , sama2 kita doakan supaya kita semua jadi lebih baik dari semalam2 . . ok . . piece ! ^,^
syukran sebab anda sudi baca post aku kali ni .


Kanta Lekap @ Contact Lens Haramkah ? ? ?

Assalamualaikum . . .


hari ini saya ingin berkongsi wacana ilmiah mengenai contact lens @ kanta lekap atau pun definisi panjangnya kepingan yg diletak di atas bebola mata bagi menggantikan cermin mata @ kaca mata dek kerana rabun .
* kamus dewan bahasa murka baca statement nih *

 SEBELUM ITU . .
saya ingin beri peringatan . sebarang ketidakpuasan harap maaf . anda ambil risiko anda sendiri untuk membaca post ini . saya hanya hamba Allah yang ingin berkongsi maklumat daripada pembacaan saya . bukan ditujukan kpda individu tertentu . hanya maklumat untuk semua lebih2 lagi tuan punya belog . ( sebab pernah terlintas nak pakai contact lens . nasib baik terbaca da benda ni . syukran ya Rabb ) If kurang senang , boleh tinggalkan ruangan ini sebab agaknya post ni menyentuh sensitiviti sesetengah pihak walaupun tidak disengajakan .

oke . .
bg mereka yang x pernah nampak mahupun dengar apa itu contact lens . . haa . . . ini dia contact lens tersebut. =D



zaman yang semakin trendy dan penuh ranggi sekarang ni , dah jadi suatu kebiasaan untuk para remaja 
* perempuan trutamanya * memakai contact lens yang bermacam jenis warna untuk digayakan .



sekarang mari kita tengok hukum pakai contact lens nih =)

pertama: harus memakai contact lens kerana beberapa masalah kemudaratan rabun contohnya . kemungkinan cermin mata ada negatif effect untuk si pemakai maka contact lens adalah alternatif lain . Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata .

kedua:haram jika memakainya untuk berhias , hukumnya termasuk sebagai bertabarruj dan sekadar untuk suka2 . contact lens berwarna termasuk dalam kategori perhiasan yang masih boleh menarik perhatian ajnabi .


ada dua pulak jenis contact lens yang glamer di zaman ini :

KANTA SENTUH OPTHALMIC :
kanta sentuh yang bertujuan untuk perubatan dan memakainya memerlukan nasihat daripada doktor .

KANTA SENTUH BERWARNA :
kanta sentuh berwarna yang dipakai bertujuan untuk berhias , mangubah warna anak mata dan menjadikannnya lebih besar dan bundar .


* contact lens yang hangat dipasaran kini *



*contact lens bercorak bola(bg pminat bolasepak)*


*contact lens yang bersinar dari jauh(dy bubuh manik kot)*


*contact lens mata rimau (elok2 jadi manusia nk jadi binatang lak =.='' ) *


* saya x faham style yg ni , konsep sakit mata kot ? ? *



* contact lens berbentuk cd *


*contact lens berkonsepkn airmata dr kristal (sekali kena ragut , dengan biji mata skali tcabut )*



>>> salah kah kami berhias guna contact lens berwarna ? ? kami bukannya buat plastic surgery pon . .


syarat2 berhias mengikut garisan syarak :

a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain – terutamanya wanita - ( yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya ) .
c) Tidak mengubah ciptaan Allah .
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan .
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan .
g) Tidak memudaratkan

>>> saya jawab . . " boleh , kalo memenuhi syarat di atas =D ( no way to escape ) ngee ~''

Fatwa dari Syeikh 'Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar:

" Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh , mereka akan menggunakannya untuk tujuan perubatan . Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata . Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki ( mengenai hukum kanta sentuh ) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita . Walau bagaimanapun , apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki , maka ia adalah dilarang . Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau untuk menarik perhatian and penampilan diri . Jadi , hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang . Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan . Dalam hal yang demikian , memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang . "





Wallahu a’lam.

Penambahan;
Pemakaian contact lens berwarna hanya dibolehkan utk isteri memakai terhadap suaminya sahaja atau sebab-sebab perubatan (silau) . Jika tanpa sebab , ia haram jika bermaksud menipu orang lain atau bermegah . Maksud menipu ialah mata asalnya berwarna hitam , tapi dihari peminangan dia memakai contact lens berwarna utk mengabui rombongan yg meminang . Ini tidak boleh .  ( Fatwa Syaikh Munajjid ) . Bermegah dan berlebihan di tegah oleh ayat 6 : 141 (sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yg berlebih-lebihan) .  Maksudnya contact lens biasa sudah memadai .

PERINTAH ALLAH KEPADA WANITA AGAR MENJAGA PANDANGAN MATANYA:
Di dalam surah al-Nur , ayat 31 :
" Katakanlah kepada wanita beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya , kecuali yang biasa kelihatan padanya , dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya , dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka . . "


KESIMPULANNYA : HARAM JIKA NIAT BERTABARUJ~~! ^___^



akibat dari pemakaian contact lens berwarna  ----->

konjungtivitis alergi adalah disebabkan radang alergi terhadap contact lens



nak x nak mmg kena bedah lah ni =(




Apabila kanta berkenaan yang sudah dicemari bakteria dimasukkan ke bahagian kornea mata sekali gus mengundang kepada masalah ulser kornea.


ANGKARA KUMAN : Jangkitan kuman pada
kornea akibat penggunaan kanta lekap di mata selepas jangkitan kuman di mata pada pesakit
seorang gadis Melayu berusia 14 tahun.




bagi saya , x perlulah kita taksub dengan perhiasan2 or barang2 kosmetik yg skarang ni . its hide the real you . dimana cantiknya seorang muslimah . . ? iaitu dari agama ilmu dan akhlaknya . . saya lagi suka tengok seseorang tanpa makeup . SEBAB ITULAH SEBENAR2 DIA YANG SAYA NAMPAK . adakah anda cantik . . ? ya , anda cantik jika anda yakin dengan diri sendiri yang anda mmg cantik . cantik itu skopnya luas bukan . . gunakanlah kecantikanmu itu buat tatapan suami yang berhak keatasmu .

SeMuA oRaNg BoLeh mEncubA jaDi cAntik dAri FizikaL
mekap . . dress . . barang kemas kan ada . .
TETAPI . .
X seMua Orang Boleh cAntik dAri pEribadi . .
keRanA . . Ia beRmuLa dAriPada Hati . .
^____________^


believe me , you are amazing just the way you are ~ ~


nah , petua pakai kontek lenz  =p





Wednesday, 14 December 2011

Aku & Mereka

Assalamualaikum . . 
lama rasanya dak update belog kan ? ?
hehehe . . tu lah akibat bila da terlalu busy . busy kah ? ? hahaha

awat aku suka sangat ? ? suka ati aku la . . ko kesah apa ? ? ayat tak boleh blah . 
macam carik gadoh pulak kan ? ?
hahahaha . . nope la . 
aku cuma sedang mencuba untuk bergembira . 

okeylah . . kali ni aku maw post pasal hari aku dengan mereka . sapa mereka tu ?

.
.
.
.
.
.
.

kawan2 aku la . . kawan yang temankan aku merayau di Bandar Sandakan 08 . DEC . 2011 hari tu . .

ada lebih baik kita layan gambar (ayat skema tak boleh blah . .) hahaha
Lokasi : Restoran TomYam


Cik Bibie yang sedang khusyuk menikmati nescafe ais kegemarannya .


Pink itu aku punya . tiba2 aku teringat ngan seseorang .
penah order air sama tanpa dirancang .


Tropical Ice-cream
Ini jak yang aku makan . eskelem .
tapi ntah kenapa tekak aku xdapat terima bendalah ni masuk .
lastnya aku membazir tanpa sengaja .
takdak niat oke !


Kena ada gambar kenangan .
> Bibie ~ Anna ~ Dila <


Smile girls ! 

.
.
.
.
.

See you all next time ya . .^,^


# Sayang aku si Ayue jeles sebab dia xdapat jalan sama aku . . ndak pa bha sayang .
nanti kita jalan2 di KL oke . sayang kamu !


Monday, 12 December 2011

Ombak Rindu - Hafiz & Adira (OST Ombak Rindu)


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku