
Di suatu petang yang dingin bersama maggie dan kuaci manis . .
Cik Anggun : Cantiknya kau cantik , ko bercantik2 pakai baju cantik ni nak pi mana ?
Cik Cantik : Oo . . aku nak pi Times Square , nak beli beg murah .
Cik Anggun : Cantiklah shawl ko tu ., macamana ko lilit ?
Cik Cantik : ooo . . . aku lilit tengok kat dalam video youtube la yg slalu Hana Tajima tu buat . cantik . ada gak aku blajar dr belog sikit2 . .
Cik Anggun : oo . .cantik . aku pun suka tengok . tapi ada terkurang la tek . .
Cik Cantik : Apa yg kurang Gun ? Ok what . . yg penting aku pakai tudung apa . . x salah lilit2 kan ? Islam pun x halang muslimah nye pakai yg disukai .
Cik Anggun : Tudung ko cantik , tapi x salah kan kalo ko labuhkan ke dada sikit .
Cik Cantik : Aku nk wat cmne . tudung ni pendek sangat nak lilit . boleh belit skali dua je . hujungnya x sampai ke dada . Aku nak wat macamana .
Cik Anggun : Lain kali ko beli Pashmina yg besar sikit tu Tek , lagi labuh lagi selesa ko nak lilit .
Cik Cantik : tapi aku pakai baju longgar , x nampak pun . .
Cik Anggun : Tapi tek , mana kau tahu masa kau bergerak ada mata yg intai2 kau . Mata lelaki ni 'tajam' . bukankah lebih selesa kau bergerak selincah manapun tapi dengan tudung yg menutup dada kau dengan sempurna kau boleh bergerak bebas tanpa risau ?
Cik Cantik : Kau ni jangan buruk sangka Gun , bukan semua lelaki tu jahat .
Cik Anggun : Mmg bukan semua lelaki jahat Tek , tapi sememangnya manusia ada perasaan syahwat . apalagi lelaki . nafsu doang cuma satu .
Cik Cantik : Aku tak kuno Gun , semua orang pakai tudung macam ni . aku cuma ikut fesyen je .
Cik Anggun : tek , Islam x suruh kita wajib pakai tudung labuh . memang Islam galakkan kita melabuhkan tudung keseluruh tubuh . Itu sunnah . Tetapi Tek , islam memberi kan panduan MENGIKUT KEMAMPUAN KITA tek , Cukup syarat menutupi dada dan aurat , bnda tu sebenarnya x susah ,
Cik Cantik : Kau senanglah cakap Gun , ko alim , ko dah biasa pakai tudung labuh . Ko cakap mmg senang lah . .
Cik Anggun : Tek , mematuhi perintah Allah bukannya bila kita sudah bertitle ustazah , ustazah pilihan , peserta solehah dan sewaktu dengannya , hukum Allah tu Dia bagi untuk semua wanita Islam Tek , Aku pun belum sempurna , ada juga kekurangan yang perlu aku ' tudung labuhkan ' tapi sememangnya manusia tidak akan terlepas dari fasa tarbiyah dan melakukan kesilapan selagi dia bernyawa . Untuk itu kenapa Allah menciptakan kita untuk di dunia ini ? Kau boleh Tek , tapi ko kena usaha mulakan dr sekarang .
Cik Cantik : Ye lah Gun , tapi tunggulah aku berubah slow2 . . ko jangan lah cakap macam ni . terasa aku taw . hilang mood aku .
Cik Anggun : Tek , aku pun dulu sepertimu , pernah merasa berbaju ketat , bertudung singkat , tapi selagi kita x mula Tek , macamana kita nk mengatur langkah untuk perubahan seterusnya . lama2 kita akan mnjadi tepu dan sebati . Bila semakin lama ia tepu , semakin susah jua ia luntur .
Cik Cantik : Hidayah tu milik Allah Gun , kita tidak boleh senang2 membuat kesimpulan
Cik Anggun : Cuba kita muhasabah Surah Ar-Ra'd ayat 11 . '' Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri '' kita mula dulu Tek , baru Allah pimpin kita dan bukakan pintu .
Cik Cantik : Tapi Gun , walaupun aku macam ni aku still jaga akhlak aku , aku still jaga solat aku . pemakaian x menggambarkan segala2 nya
Cik Anggun : memang benar katamu Tek , tapi aurat tidak boleh ditutup dengan hanya solat . aurat juga tidak boleh ditutup dengan akhlak yang baik . Tuntutan aurat yg dinuzulkan di dalam Al-Quran adalah dengan menutupnya dari pandangan syahwat ajnabi . Allah sayang Muslimah tek , sebab tu Dia perintahkan kita menutup aurat , untuk menjaga diri kita juga . Firman Allah bukan suka2 . .ada sebab kenapa dan mengapa tek . .
Cik Cantik : Ye Lah . . aku faham . tpi ko patut bersyukur kawan ko ni at least bertudung .
Cik Anggun : Bagus2 . . tu aku suka sangat . at least ko dah cuba untuk memenuhi tuntutan . tapi alang2 dah mula biar sampai complete kan . . ? Ko try mula lah dr melabuhkan tudung menutupi dada :)
Cik Cantik : InsyaAllah , aku akan cuba k . Thanks tegur aku . aku tahu kau tegur aku sbb kau sayang . kalo ko bukan sahabat sejati ko msti x rasa bersalah aku pakai macam ni . thanks anggun !
Cik Anggun : Ok cantik . . mulakan dari sekarang . you can do it ! semoga dengan permulaan ini akan terdidik lah jua jiwa sedikit demi sedikit . Tutup lah aurat juga didiklah iman mu . . Allah akan tolong sekiranya kita ingin melakukan sesuatu kebaikan .
Cik Cantik : Thanks . . aku sbenarnya nk pi Masjid india ni ( tadi kata pi times square =.='' ) kalo ko x keberatan boleh je kan ko pinjamkan shawl pashmina ko yg labuh tu . aku nak terai .
Cik Anggun : Boleh , tapi ko jangan lupa basuh ! ( hehehe )
Maka si cantik pada petang itu pergi ke times Square dengan penampilan yg lebih cantik dan selamat . . :)
Aku nak share cara lilit shawl supaya nampak labuh dan muslimah :
Alhamdulillah . . akhirnya dapat jugak share benda ni . . boleh la try dan aplikasi dalam seharian ya . . so xda la kita nak dedah yang bukan2 . cukuplah makcik2 kat warung tu yang jual nasi lemak . tak payah kita tambah lagi nasi lemak yg palsu tu . lagi2 da macam ' sedekah ' pulak kan ? nauzubillah . . mintak dijauhkan .
# Harap2 post aku kali ni xda nak kena saman or something sebab aku mention nama artis bagai .
aku harap akan ada fesyen lilit hana tajima , yuna , & najwa latif yang labuh dan muslimah coming soon . sapa taw kn3 ? ? so , sama2 kita doakan supaya kita semua jadi lebih baik dari semalam2 . . ok . . piece ! ^,^
syukran sebab anda sudi baca post aku kali ni .






No comments:
Post a Comment