Thursday, 15 December 2011

Kanta Lekap @ Contact Lens Haramkah ? ? ?

Assalamualaikum . . .


hari ini saya ingin berkongsi wacana ilmiah mengenai contact lens @ kanta lekap atau pun definisi panjangnya kepingan yg diletak di atas bebola mata bagi menggantikan cermin mata @ kaca mata dek kerana rabun .
* kamus dewan bahasa murka baca statement nih *

 SEBELUM ITU . .
saya ingin beri peringatan . sebarang ketidakpuasan harap maaf . anda ambil risiko anda sendiri untuk membaca post ini . saya hanya hamba Allah yang ingin berkongsi maklumat daripada pembacaan saya . bukan ditujukan kpda individu tertentu . hanya maklumat untuk semua lebih2 lagi tuan punya belog . ( sebab pernah terlintas nak pakai contact lens . nasib baik terbaca da benda ni . syukran ya Rabb ) If kurang senang , boleh tinggalkan ruangan ini sebab agaknya post ni menyentuh sensitiviti sesetengah pihak walaupun tidak disengajakan .

oke . .
bg mereka yang x pernah nampak mahupun dengar apa itu contact lens . . haa . . . ini dia contact lens tersebut. =D



zaman yang semakin trendy dan penuh ranggi sekarang ni , dah jadi suatu kebiasaan untuk para remaja 
* perempuan trutamanya * memakai contact lens yang bermacam jenis warna untuk digayakan .



sekarang mari kita tengok hukum pakai contact lens nih =)

pertama: harus memakai contact lens kerana beberapa masalah kemudaratan rabun contohnya . kemungkinan cermin mata ada negatif effect untuk si pemakai maka contact lens adalah alternatif lain . Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata .

kedua:haram jika memakainya untuk berhias , hukumnya termasuk sebagai bertabarruj dan sekadar untuk suka2 . contact lens berwarna termasuk dalam kategori perhiasan yang masih boleh menarik perhatian ajnabi .


ada dua pulak jenis contact lens yang glamer di zaman ini :

KANTA SENTUH OPTHALMIC :
kanta sentuh yang bertujuan untuk perubatan dan memakainya memerlukan nasihat daripada doktor .

KANTA SENTUH BERWARNA :
kanta sentuh berwarna yang dipakai bertujuan untuk berhias , mangubah warna anak mata dan menjadikannnya lebih besar dan bundar .


* contact lens yang hangat dipasaran kini *



*contact lens bercorak bola(bg pminat bolasepak)*


*contact lens yang bersinar dari jauh(dy bubuh manik kot)*


*contact lens mata rimau (elok2 jadi manusia nk jadi binatang lak =.='' ) *


* saya x faham style yg ni , konsep sakit mata kot ? ? *



* contact lens berbentuk cd *


*contact lens berkonsepkn airmata dr kristal (sekali kena ragut , dengan biji mata skali tcabut )*



>>> salah kah kami berhias guna contact lens berwarna ? ? kami bukannya buat plastic surgery pon . .


syarat2 berhias mengikut garisan syarak :

a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain – terutamanya wanita - ( yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya ) .
c) Tidak mengubah ciptaan Allah .
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan .
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan .
g) Tidak memudaratkan

>>> saya jawab . . " boleh , kalo memenuhi syarat di atas =D ( no way to escape ) ngee ~''

Fatwa dari Syeikh 'Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar:

" Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh , mereka akan menggunakannya untuk tujuan perubatan . Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata . Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki ( mengenai hukum kanta sentuh ) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita . Walau bagaimanapun , apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki , maka ia adalah dilarang . Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau untuk menarik perhatian and penampilan diri . Jadi , hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang . Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan . Dalam hal yang demikian , memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang . "





Wallahu a’lam.

Penambahan;
Pemakaian contact lens berwarna hanya dibolehkan utk isteri memakai terhadap suaminya sahaja atau sebab-sebab perubatan (silau) . Jika tanpa sebab , ia haram jika bermaksud menipu orang lain atau bermegah . Maksud menipu ialah mata asalnya berwarna hitam , tapi dihari peminangan dia memakai contact lens berwarna utk mengabui rombongan yg meminang . Ini tidak boleh .  ( Fatwa Syaikh Munajjid ) . Bermegah dan berlebihan di tegah oleh ayat 6 : 141 (sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yg berlebih-lebihan) .  Maksudnya contact lens biasa sudah memadai .

PERINTAH ALLAH KEPADA WANITA AGAR MENJAGA PANDANGAN MATANYA:
Di dalam surah al-Nur , ayat 31 :
" Katakanlah kepada wanita beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya , kecuali yang biasa kelihatan padanya , dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya , dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka . . "


KESIMPULANNYA : HARAM JIKA NIAT BERTABARUJ~~! ^___^



akibat dari pemakaian contact lens berwarna  ----->

konjungtivitis alergi adalah disebabkan radang alergi terhadap contact lens



nak x nak mmg kena bedah lah ni =(




Apabila kanta berkenaan yang sudah dicemari bakteria dimasukkan ke bahagian kornea mata sekali gus mengundang kepada masalah ulser kornea.


ANGKARA KUMAN : Jangkitan kuman pada
kornea akibat penggunaan kanta lekap di mata selepas jangkitan kuman di mata pada pesakit
seorang gadis Melayu berusia 14 tahun.




bagi saya , x perlulah kita taksub dengan perhiasan2 or barang2 kosmetik yg skarang ni . its hide the real you . dimana cantiknya seorang muslimah . . ? iaitu dari agama ilmu dan akhlaknya . . saya lagi suka tengok seseorang tanpa makeup . SEBAB ITULAH SEBENAR2 DIA YANG SAYA NAMPAK . adakah anda cantik . . ? ya , anda cantik jika anda yakin dengan diri sendiri yang anda mmg cantik . cantik itu skopnya luas bukan . . gunakanlah kecantikanmu itu buat tatapan suami yang berhak keatasmu .

SeMuA oRaNg BoLeh mEncubA jaDi cAntik dAri FizikaL
mekap . . dress . . barang kemas kan ada . .
TETAPI . .
X seMua Orang Boleh cAntik dAri pEribadi . .
keRanA . . Ia beRmuLa dAriPada Hati . .
^____________^


believe me , you are amazing just the way you are ~ ~


nah , petua pakai kontek lenz  =p





2 comments:

  1. takutkan . . baru plan maw try . . tp alhamdulillah . . Allah bg petunjuk 2 . . :')

    ReplyDelete