Wednesday, 29 August 2012

Ramadhan VS Syawal

Assalamualaikum si nona manis si jejaka tampan.. e'eh. cantiknya baju raya! haaaa.. amekau. berkurun agaknya aku dop hapdet belog tercinta tapi tak berapa cinta aku ni. asyik busy memanjang aku Jemah.. kau je taktaw.. konon berangan nak hapdet masa awal Ramadhan tu. tak jadi. tangguh. last Ramadhan konon. tangguh lagi. asyik bertangguh kerjanya kan.. haa.. sampai dah jejak Syawal ni baru nak rajin sikit untuk mengarut banyak2. tu pun story dah agak basi.. almaklumlah aku dah perap letak asam lebih kurang sebulan pelas pelas (+). Nak story pon aku dah malas.. e'eh.. baik nau perangai gadis comel lotey ni kan? hehehe.. (masuk bakul mintak hang tolong angkatkan boleh?) alang alang celup pekasam dah sampai lengan, baik kita rojak je kan dalam 1 post.. kan kan kan? okeyh, double triple RAJIN la budak cute ni..kikiki .. okey, sila rajinkan diri anda untuk membaca setiap bait serta madah indah dariku.. ahakkssss.. ayat mintak lempang laju-laju ni.. TAPI sebelum anda meneruskan pembacaan, DINASIHATKAN agar mengambil bantal untuk letak dagu atas meja, air oren se'jug' dan ofkos kuih raya berbalang-balang sebagai bekalan. risau panjang post yang berjela-jela.. Baca biaq betui naaa... 3..2...1.... GO!



RAMADHAN TIBA, RAMADHAN TIBA, MARHABAN YA RAMADHAN!
Alhamdulillah dah jejak Ramadhan tahun ni. walhal dah habis pon lebih kurang 2 minggu.. tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun agak frust sebab tak dapat puasa penuh (normal la pempuan). tapi kan tapi kan.. ramadhan ni agak special la mungkin sebabnya.. untuk bertahun-tahun lamanya (since tingkatan 1 sampailah masuk kolej) tak pernah puasa penuh sebulan kat rumah. alhamdulillah this year dah jadi kenyataan.. amekaw. 8 tahun aku banyak habiskan masa muda remaja aku duduk asrama. okey,kehidupan sebagai BUDAK HOSTEL sudah sebati dalam jiwa aku.. jiwa kental la katakan.. chooiiii! Ramadhan ni jugak umur aku dah cecah 22 tahun mengikut kalendar Islam. alhamdulillah.. semoga bertambah umur, bertambah jugak ketaqwaan dan kecintaanku terhadapNYA.. insyaAllah.. Saja buat muka comel nak habaq.. ceq anak 1 RAMADHAN. tiap 1 Ramadhan tu birthday ceq.. jangan lupa boleh tak? *okey, mengada. siapa la aku ini..



SELAMAT..SELAMAT HARI RAYA
Dengar dengar itu, beduk telah berbunyi. sebulan puasa, tamatlah hari ini. amboi. siap nyanyi sakan. macam biasalah. malam raya aku memang tak tidur sebab duk membusykan diri di dapur. tidur lepas subuh dan bangun mata sembam! e'eh, da macam orang sakit dah! ni nak habaq mai. raya tahun ni adalah raya paling slow bagi aku. sebab aku takdanya nak memanjangkan kaki merajinkan diri pegi keluar beraya. just balik kampung, ziarah pusara bapa, atuk, then beraya rumah adik beradik mak, nenek dan atuk sedara, moyang. okey, just it. sebab sangat takda mood jalan beraya. aku hanya tahu duduk rumah layan tetamu yang datang. okey, takmo komen panjang-panjang sebab aku pun tak tahu nak cakap apa. yang aku tahu, aku takda mood jalan beraya lebih-lebih lagi health condition aku yang tak berapa menentu.. okey, biasalah tu sakit demam batuk selesema musim raya ni.. mesti bosan kan baca hal-hal mengarut aku. nah, cuci mata tengok ni.


 Daripada kami sekeluarga.. :)

Saya masih dapat duit raya! (>_<)



Salam cinta rindu bubye!


Saturday, 4 August 2012

Holiday *KEDAH*

Mai semua mai semua mai semua. Cik Nab, Kak Yah, Kak Tom. mai baca ni haa.. ni dia, ni dia dah mai dah. dah mai dah perosak bahasa Utara ni haaa.. haha.. siapa lagi kalau bukan aku.. ye dak? kihkihkih. helloooo.. hang tak taw ceq ngaji KUIS dulu ceq ramai kawan Utara. dah la. haaa. kalau mai Kedah, kena mai Perlis. kalau main Perlis kena mai Kedah..so, tak sah kalau dah ke Padang Besar tapi tak jejak Kedah kan..lagi2 kali ni bawa mama tercinta. so, apa lagi. jom skodeng jom!


========== PENDANG =========
1st destination, Pendang. rumah mak kepada husband makcik aku.

 Sofiyyah * Kamilah * Adib (surau Tol Pendang)

 Bendang..best taw hidup tempat lapang cenggini..

 Termenung.Terpegun melihat keindahan ciptaanNya.

 Best, tapi sayang xdapat bermalam di Pendang.



========== HOSTEL KUIN ==========
Next station after Pendang, hostel KUIN di Alor Setar. lawat my cuzzy, Izzah atau femes ngan nama Kak Ngah dikalangan cuzzy2 yang kecik.

 Izzah menggayakan brooch buatanku..uhuk2.malu pulak!

 Aku kakak, tapi aku pendek. hahaha

Ana, Izzah & mama

 Menara Alor Setar. *pening asyik tengok atas!

 Pemandangan malam. xtahu nama tempat ni. nampak macam dataran.

 Serius habaq masjid ni SANGAT CANTIK!

Mama & Kamilah
*tempat ni ramai orang date.haih.macam2



Lepas Alor Setar, terus balik Padang Besar.. selalunya amek masa sejam lebih, tapi malam tu xsampai sejam pon..okey, sentap kejap.





======================================================

TO BE CONTINUE

Holiday * PERLIS *

Harapan..harapan menjadi laaayuuuu.. kau hengat apa tu? 1 message receive beb.. laju kau aku lari mencari di mana arah bunyi handphone sebab tak hengat di mana aku campak. *orang takda pakwe memang cenggitu. handphone tak penting sangat dah.campak ja mana2 ikut suka.. hehe. dah jumpa handphone semangat nengok siapa yang bertuah sangat hantar mesej kat aku. kau taw sapa? FB beb. luluh jantung. hampa terasa hidupku tanpa dirimu.. ingatkan sapa. geram tahu tak. ekceli aku tunggu mesej sapa?ada laaa.. eleh, nak jugak sebok2. tanak bagitaw..haha

Boleh pulak aku bebel panjang2. aku just nak share gambar jalan2 di bumi Indera Kayangan. kau tahu tak negeri apa tu?kalau taktaw, silakan masuk sekolah kembali okey..wiwiwiwiwi.. aku jenjalan memanjangkan langkah ke Perlis, tempat makcik bongsu aku. apa dia? Perlis kat mana? Padang Besar.. wah, mesti BESAR telinga kan bagi sesapa yang suka shopping. a'ah, sebab sinilah letaknya Arked Niaga. best sebab barang murah. terutamanya baju.well, sempadan Thailand.sangatlah dekat dengan rumah makcik aku.5-7 minit jalan kakik, sampai..

Seminggu duduk Padang Besar, okey.. inilah masanya kita round negeri Perlis ni..hehe..jom terjah!



========== GUA KELAM ==========

Ekceli dah 3x sampai sini tapi takda rezeki masuk dalam. tiap kali sampai sini ja, mesti time baikpulih. sentap kejap. berlakulah dialog tragis antara kami dalam nada Arwah Achik & Nana..aku:menangis hati ini. / gua:ku jua bersimpati./ aku:hancurnya harapanku. / gua: maafkan sayang..






 ========== TAMAN NEGERI PERLIS ==========

  Mama, Kamilah, Adib.. ce tengok sebelah kanan gambar..tu empangan.

Pemandangan dari tempat tinggi.. nampak sebahagian besar negeri Perlis


 ========== LADANG BURUNG UNTA ==========

Mama & makcik family





========== KEM TASOH ==========

 
Lawat Amin yang tengah latihan persediaan mewakili negeri ke Terengganu



========== MASJID KUALA PERLIS ==========

Cantik tapi serius tak ingat nama masjid ni. masjid ni atas air..

Ni kat Arked Niaga. banyak minah Thai beb. sana sini cakap Thai. faham sangat aku.  
 =========================================


...TO BE CONTINUE...

Wednesday, 1 August 2012

K.A.M.I

hai. hai. hai. hai si cantik manis. hai si jejaka kacak. hai awak yang baik akhlak. disebabkan mata ni semakin galak celiknya walhal jam rumah yang melekat kat dinding tu dah menunjukkan angka 02:14 am, so dengan ini timbul rasa hati yang melonjak2 untuk meng-update belog..agak2 korang dapat tak bayangkan hati aku yang cute tu melonjak2? mesti superb cute kan? hahaha.. actually aku taip sangatlah lama sebab kekeringan idea yang bernas untuk buat korang tak bosan dengan karangan tak rasmi aku ni. haih.. kau hengat senang ke nak buat orang happy ja Mak Jah? susah beb.. eh, TERpanjang pulak intro aku ni.. ok, back to the point.

Dan sebenarnya, aku nak show off korang gambar kecomelan tahap hello kitty mereka ni (bukan aku). gila kau tak comel? suka ja aku nengok. suwit ja aku rasa.. dan aku nak mention awal2, half daripada gambar hok KUIS dan apartment tu aku rembat dari belog memberku Bibie si gadis somell yang putih2 ala-ala chinese look tu.. cer tengok. cer tengok.. meh layan..*ni gambar sehari sebelum konvo =)

Masing2 buat muka comel.haih..macam2

Aku lah yang paling hitam manis..haha..perasan lebih kau Ana!

Okey yang ni langsung tak cool. boleh pulak kau tengok tempat lain kan Ana?rosak!
*Yunie*Ana*Nin*Bibie*

Candid nak mampuih..haha..candid terancang namanya.tapi sweet kot (okey,puji lagi)

Kau lagi comel dari aku lah Yunie.. melompat sakan dia kalau baca ni..kih3

Malu masing2.tengah ready posing maut, boleh pulak si Raja ni muncul dari bulan.haih..

Apa motif Yunie tabik hormat?haaa...ni mesti ada pape ni..;)

Aku diapit oleh gadis2 somell @___@

Berlatarbelakangkan ex-house aku dulu. kurus tak aku? kah3..futsnkdlanisdjnxl!

Sempat ja gebang kan..pantang nau jumpa.tahunya 'keluar jom!'

Ni family tempat aku & Bibie praktikal dulu di SRA Pekan Bangi.janji ditepati lah katakan.sebab before ni memang kedatangan kami dinanti2kan..sampai sana, kena kerumun ngan anak2 murid.teharuuu! siap ada student cakap 'cantiknya ustazah'..Allahurabbi..blushing tahap gaban beb!okey, tu perasan melebih kau Ana!


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

 alaaaaaa. maxis broadband ni buat perangai tak berapa nak senonoh pulak. cuba buat perangai soleh sikit boleh tak?suka sangat carik pasal ngan aku.time aku guna ja, macam siput. macam tu kau dengan aku haa. aku tak bagi kau makan, padan muka. ni yang buat malas tahap gaban update blog. banyak lagi ni aku nak update..kih3.. next time la ya.. bubye!

Wednesday, 18 July 2012

Selamat Pengantin Baru

~Nur Haslinda Azlini
~Housemate Pangsapuri Mawar
Mabruk.. semoga berpanjangan. =)

Sunday, 15 July 2012

Official Graduated !

Assalamualaikum.. alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia serta rahmatNya akhirnya hari yg ditunggu-tunggu telah selamat berlangsung dgn jayanya. hari apakah itu? of course la KUIS GRADUATION DAY '15'.. alhamdulillah. penantian hampir setahun lamanya terubat apabila kami telah diraikan sebagai graduasi pada hari konvokesyen bersejarah 7-Julai-2012 yg lepas. pelbagai perasaan yg menyerbu ruang perasaan. tidak mampu diluahkan dengan kata2 (wordless terus aku).

Okey. dekat setahun tak jumpa dan ber'gossip' serta bergugucaca. pelbagai story morry la keluar (nasib baik xda yg bawak lorry.huhh).. tapi tu la.malas & xperlu utk dikongsikan di sini. apa yg aku sure, semakin ramai yg aku dah 'kenal xkenal' atas faktor perubahan bentuk fizikal. ada yg dah gemuk, dah kurus, makin cantik, makin kacak, yg penting semua dah muka dewasa a.k.a matang lah. e'eh..lupalah. kan dah ramai yg 'bina masjid' dan bakal bina masjid.. haruslah berubah, ye dak? aku pulak apa cerita? majority komen ANA KURUUUUSSSSS SANGAT LAAAAA..aiyooo.tu yg susah tu sebab ada word 'SANGAT'. sampai ada yg panggil aku keding &  kering.. dusshhh!! amek kau ana. padan muka. terus wat muka sepohsen! kurang berkenan di situ ye.. tapi nak buat macamana kan. kena terimalah dengan hati terbuka. (okey lepas ni nak makan + melantak banyak2 sampai chubby.erk??)

Aduh la ai.. daripada aku cakap banyak2, baik aku sajikan korang dengan gambar yg 'macam-macam' ni.. selamat mencuci mata.. >_<



Sempat lagi curik masa Ustaz Don kejap.. hihi

 Sempat lagi.. ;)

 Barisan cekgu cekgi tuu.. kerlassss!

 Hasil curik bawa handphone walaupun sudah diberi amaran.
(degil.siap boleh update status FB & Twitter pulak tu.maafkan sy.ngee)

NURFARHANA AQILAH BINTI NASIL
Diploma in Education (Islamic Studies)
0953033
 i'm official graduated.. oyeahh!

 Perarakan keluar dewan. ramainya. rasa macam retis pon ada.
(oppssss..telebih sudaahhhh)

 Kami BFF.. this is OUR FAMILY. :)

 Boyfriend PI3_CREW 
(5M tinggal 2M je..yg lain missing)

 Girlfriend PI3_CREW 
(yg lain xdapat jejak)

 Mereka sayang2 sy..

With mama tercinta.. :)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::;

Puas dak? udah2 le tu.. tokseh banyak.. tu pun kira banyak dah. haihh.. apa yg aku harapkan sekarang ni ialah... semoga ukhwah yg telah terbina selama pengajian aku di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) akan kekal sampai bila.. serius aku cakap aku rindu segalanya yg ada di sana.. :')



#kenangan yg aku pasti xdapat lupa bila aku selitkan handphone dlm stokin kaki yg panjang mencecah lutut tu sewaktu naik pentas untuk menerima scroll..kenangan beb!  :')