Friday, 17 February 2012

Muslimah Shawl ~ Anna's Style

Assalamualaikum sayangsayang aku semuanya. harap semuanya sihat disamping orang tersayang. yang   tengah dalam perjalanan, jangan lupa berhati-hati di jalan raya. ingatlah orang tersayang *oke, ni takda kaitan. baiklah readers ku cayang. b4 tu, aku maw kasi taw ni bukan aku yang design kan. aku just carik how to use the shawl like we use 'tudung labuh'. aku rasa da belambak kat youtube walaupun aku hanya sekali dua tengok tutorial shawl dekat tenet. tapi sangat jarang kan yang ada buat tutorial yang labuh2 ni? ada tak?? oke lupakan. today aku tamaw cakap banyak2. aku nak share benda ni sahaja. yes, cara pakai shawl labuh menutupi dada. biau tutup nasik lemak limapohsen kaum pompuan semua kan.. so, takda la yang nak dedah sana sini. *ya Allah, mulut aku sangat cibai* oke. maaf andai ada yang terasa hati. bukan ditujukan kepada sesiapa pon. just untuk perkongsian kita bersama dan peringatan buat diri aku ni haaa yang banyak lagi salahsilapnya *ceh,buat ayat rendah diri pulak aku ni. PANGGG. kan da kena lempang lajulaju* haihhh dah la. malas la nak cakap lagi sebab aku da bagi kuasa bulan Sailormoon kat gambar2 ni semua bagi mewakilkan aku. so, mai la kita dengaq bebelan gambaq2 ni.. #penat lukis gambar.. motif? =tanganakukreatif. oke, tipu.haha










SosehSoseh : 20/feb/2012 speaking test untuk MUET.. means just few days more.. sangat cuak sebab langsung takda study.. huishhhh.. lantak kau la. hope everything's okay! k bai


~

Wednesday, 15 February 2012

Ceritera Kenduri Kahwin

Assalamualaikum.. hari ni aku tengah ber'mood' untuk hapdet pasal KAWEN.. apasal la tetiba hapdet sal gini kan? ni drama bersiri Gemersik Kalbu & Vanilla Coklat punya pasal yang suka romantikromantik tu. jelesss i.. *gatai ka apa?guraugurau..  tidak la. actually aku da cukup besar dan dewasa untuk memikirkan benda ni. oyeahh. dah masuk alam dewasa dah. selamat tinggal zaman kanak2 dan zaman remajaku. normal la ba kan fikir pasal kawen, pasal masa depan. *yang fikir lebih2 tu tak normal.. 

Bila bebel pasal kawen, mulalah pening kepala.. jangan ada yang kena serang tumor dah la ea. agak2 pening pasal apa? e'eh.. u ols taw la.. haaa. kantoi. ni mesti da selalu sosehsoseh ngan pasangan korang kan? ngeee~ betul la.. hantaran punya pasal la. agak2 aku, isu ni da jadi isu HOT da sekarang ni sebab pihak pempuan mintak MAHAL.. 

Pihak lelaki pon berkata: e'eh.. ni kes apa? jual anak ke apa sampai letak 15K-20K? 

Alamat tak kawen la si anak dara yang ditimang tinggi2 tu. tak pasal2 dapat gelaran ANDARTU. yang kesian sapa? si lelaki bagai nak putus nyawa kumpul duit.. kesian2.. tapi yang lelaki jangan nak angguk2 sangat la ye.. aku lempang laju2 kang, baru taw tamparan wanita tu best ke tidak.. nak? meh datang dekat2 sikit. dekat sikit je, jangan dekat sangat. HARAM.. awwww.. haha...korang taw tak apasal pihak pempuan selalunya mintak mahal? 

Ni balas dari pihak pempuan: korang ingat senang ke nak urus kenduri kawen? korang ingat tak payah ke raikan tetamu yang datang? tak payah jamah? haiyaaa.. mana boleh cenggitu cik abang oiii.. nak buat persiapan pon, entah kalau cukup duit tu. sekarang barang dah mahal. sebab tu nilai hantaran pon naik.

Mesti ramai yang tengah menggaru-garu kepala yang tidak gatal bila memikirkan pasal bajet kawen kan? sebenarnya, benda ni semua just simple. cuma orang kita je yang merumitkan keadaan.. kan kan kan?? mana tidaknya. kawen nak yang besau2 (slank orang Melaka).. hotel bagai.. tu belum lagi yang nak buat 3 hari 3 malam, 7 hari 7 malam *haip!ni macam kes orang pegi honeymoon.waaahhhhh..ko memang kaya la kan. oke, lupakan pasal honeymoon bagai. nampak sangat kan orang kita ni merumitkan keadaan? dah la.. tokseh (loghat kelate dah) pening2 kepala tu. meh la tengok bajet kawen kat bawah ni.. *pesanan buat lelaki, mentang2 la dah tengok bajet kawen ni, jangan la pulak amek kesempatan atas kesulitan. sebaiknya anda berusaha berikan yang terbaik.




Taw tak mas kawen bagi setiap negeri tak sama? dulu2 ingatkan sama jak.. tapi tidak sebenarnya. ada yang murah ada yang mahal. yang murah tersangatlah ohsemm.. kan kan kan? Sabah RM100.. takda la mencekik darah sangat *ni ayat unie.. 


Huhh.. penat sudah bebelbebel.. tapi up to u la jugak... sebab wedding korang kan.. if korang mampu boleh la buat yang besar2.. tapi lebih afdhol bersederhana dalam semua perkara kan? yang penting apa? SAH sebagai suami isteri.. yang HARAM bertukar HALAL.. semua perbuatan baik dapat pahala. oh indahnya! *stop berangan, Ana.. jangan dok melakar impian sampai di langit ke7.. oke la. penat untuk membebel. time to mentos.hihi.. see next time ya. tatatititutu.. ^_^



ABC123: Speaking MUET around the corner..sangat2 nerves sebab till now, haram jadah study even 1 benda. oke, Ana terbaik! haha

~

Tuesday, 14 February 2012

3 Kata

Assalamulaikum readers aku yang comel lotey dan setia visit belog aku yang huduh dan agak membosankan ini.. huduh2 pon korang tetap skodeng jugak kan?hihihi.. so cool la korang.. cayang korang lebih.. ngeee~

Korangkorang yang comey lotey ni taw tak? taw tak taw tak *ni nak lempang lajulaju ni. ?? pernah taw kan 'valentines day'? tipu la tataw kan? alaaaa.. hari kekasih la.. eeeeeee.. tataw lagi ke? yang orang dok sibuksibuk nak celebrate every 14th Feb every years.. haishhh.. sangat kasihan. korang taw tak hukum sambut hari tu adalah HARAM??? taw tak? ke buatbuat tataw? sape tataw, haaa.. ceq da habaq kan? yang da taw tapi buatbuat tataw, anda memang kasihan sebab ceq rasa nak lempang lajulaju muka hang.. HARAM tetap HARAM okey! so, jangan la dan sudahsudah la celebrate 'perayaan bodoh' ni.. *mulut aku takda insuran sebab tu cakap lepas.  betul apa. memang stupid sangat la orang Islam sambut perayaan ni.. please la saudarasaudari ku sekalian.. dak usah la nak sibuksibuk buat something yang boleh menghina agama kita sendiri.. mesti ada yang tak berapa nak trust ngan apa yang aku bebel ni kan? haaa.. amekaw. bukti yang sohih... ustaz Azhar Idrus pon siap bagi pesan kat aku dan hampa semua.



ABC123: Nazir datang 'berkampung' kat sekolah.. menimbulkan rasa kurang selesa dalam diri aku. hope aku terkecuali dari kena observe. aku takda kene mengena sebab aku guru ganti. please jangan buat tabiat 'comel' ya wahai pegawai2.. *mati aku kalau tetiba ada yang link benda ni kat mana2..

Friday, 10 February 2012

It's Become True


Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul (terlambat dah kot)..



Mesti korang tertanyatanya kan sapa empunya diri yang kiut miut tapi tak biut kat atas ni kan?? cantik dan cun melecun kan minah ni? yes.. ada jugak yang meng'iya'kan.. kenal tak muka persis minah Arab atau omputeh ni? kenal tak kenal tak? ni la Ana Raffali. alaaa.. yang nyanyi lagu Kalau Berpacaran tu laa..ha'ah.. lagu yang menjadi peringatan aku dalam kehidupan 'sebelumjadibiniorang'.. *ni apa pulak? Ana, sudah2 la ngarut..ingat tu.Ana Raffali bukan Ana Farhana oke.. oke melalut lagi dan lagi. cun tak? comel tak? cantik menarik tertarik kau memang de boom kan? Alhamdulillah melalui apa yang aku baca kat tenet, ni la imej Ana Raffali sekarang.. sudah bertudung.. so sweet.. bertambah2 sweet dia tu.. kalau korang perasan, everytime dia naik pentas untuk show dia mesti pakai baju kurung right? yes, aku like dengan penampilan dia itu.. tiap kali tu jugak aku berdoa agar dia akan bertudung suatu hari nanti.. doa aku da jadi kenyataan seyh.. dia da bertudung start Maulidurrasul baru2 ini.. suatu penghijrahan yang sangat2 aku tunggu... hatiku berlagu riang sambil memuji2 namaNYA yang ESA.. alhamdulillah.. Nur serta HidayahNYA itu sentiasa ada untuk hambaNYA.. untuk akak Ana Raffali, welcome to our club.. congratulations.. hope kita sentiasa berubah ke arah yang lebih baik kan?.. ^_^ (macam je Ana Raffali baca benda ni kan..haisshhh).. sekali lagi Syukran Ya Rabb.. :')



ABC123: Tiap hari badan aku penat. kepala aku pusing. otak aku celaru. mata aku ngantuk.. sebab apa? sebab melayan kerenah budakbudak tahun 1 dan 2.. everyday U.. mana tak sakit hotak aku.. kadang angin. tapi aku selalu pegang 1 perkataan 'SABAR'.. yup, jadi guru kena sabar.. semoga Allah permudahkan harihari aku.. ^_^

Monday, 6 February 2012

Misteri Si Teddy Bear

Assalamualaikum temua!

Agak2 korang semua, apa benda yang menjadi kegilaan gegirl cute lagi2 budak2 kecik? yah, betul tu.. sangat geliga otak u.. macam otak i jugak.. kelaaasssss u Jah! Teddy Bear.. yup, kegilaan kaum pempuan walaupun ada jugak yang tak suka (nape tak suka? cute apa..) huhuhu.. paling best ngan teddy bear tang mana? ofkos la tang peluk2 dia.. sangat best tidur sambil peluk teddy.. lagi2 yang saiz dia besar macam orang.. sangat best. tapi bukan ini sebenarnya benda yang aku nak sosehsoseh.. kalau nak taw nikmat peluk teddy bear, why not if u try it urself? oke, selamat mencuba.. (macam suh orang try memasak je kan..)

Actually, ada kisah disebalik semua ni.. kisah aku ngan teddy bear.. dulu kecik2 aku ada teddy bear kaler pink terang.. sangat cute teddy tu.. tapi tak besar.. macam tu pon, teddy tu da jadi kawan aku.. hampir semua gambar aku masa kecik2 dulu, mesti terselit c pink teddy. apakah motif sebenar teddy tu? menambah comelkan picture aku yang sememangnya da memang comel..haha (ni pasan punya kes).. Masa umur aku hampir kepada 4 tahun, my beloved bapa belikan teddy bear yang agak besar masa tu.. mana teddy tu? ni haaa.. kat bawah ni.. 


Comel tak teddy aku? sapa cakap tak comel, meh sini.. aku nak lempang dia lajulaju (hamboi ana.ganasnya). meh datang sini try ganas ke tidak aku ni.. biar padan muka tu..*oke.stop to be binibinikugangster.  Ada kisah sedih ngan teddy bear ni.. memang ramai yang tak pernah tahu pasal ni. sebab aku tak pernah cerita. tapi hari ni aku nak kongsi cerita kat ruangan ni.. manalah tahu one day nanti aku pergi  secara tiba2, ada jugak yang taw something about my life, my treasure.. oke, aku dah nak start bebelbebel ni.. tahu tak ni adalah teddy bear terakhir aku? tahu tak ni teddy last from my dad? tahu tak berapa usia teddy ni? tahu tak tragedi buruk teddy ni? tahu tak tahu tak tahu tak?? haruslah korang semua tak taw kan..

Jom aku jawab semua soklan tu satu persatu.. buat pengetahuan korang, ni last teddy bear aku.. masa aku umur 4 tahun.. lepas tu takda da beli teddy bear. ni teddy terakhir dari my beloved dad. lebih kurang 17 tahun lepas (1995) bapa aku belikan aku teddy yang comel ni. tapi yang sedihnya.. teddy ni jadi saksi kemalangan jalan raya yang melibatkan dan meragut nyawa bapa aku. sebab teddy ni ada sekali ngan arwah semasa nahas.. tak sempat pon bapa aku bagi by hand teddy ni kat aku.. yeah, tipu la kalau aku cakap aku tak sedih.. sangat2 sedih.. sebab tu aku sangat sayang dan jaga teddy aku ni.. sebab banyak kenangan yang 'dia' simpan.. aku terasa seolah-olah ni hadiah terakhir arwah untuk aku.. (tolong jangan ada yang nangis walaupon aku tengah nangis2 masa buat entry ni).. So, usia teddy ni sama ngan usia pemergian bapa aku (lagi aku sedih macam ni).. sudah 17 tahun. macam tak percaya kan? aku sudah hidup tanpa kasih seorang bapa sudah 17 tahun.. lamanya! *bangga ngan mama aku sebab mampu dan kuat hadapi ujian ini.lebiu mama! 

comel kan dia?

Boleh tak kalau aku taknak teruskan untuk bercerita lagi? sebab aku rasa airmata aku macam maw mengalir laju2.. boleh kan? oke. before aku tinggalkan entry ni, aku nak wish.. aku harap kalau aku dah takda suatu hari nanti, ada yang akan simpan dan jaga teddy kesayangan aku ni baik2. aku taknak teddy ni disia-siakan seperti mana orang sia-siakan aku *oke, ni tiada kaitan.. Hope sangat ada yang jaga dia ni sampai bila2.. sebab ni jadi kenangan buat aku dan family aku. Oke, bai.

Mohon sedekah Al-Fatihah buat bapa aku.. Al-Fatihah..


ABC123: Sangat sedih bila dapat tahu hari pemergian arwah bapa is hari ulangtahun pernikahan mama dan bapa.. ya Allah.. kuatnya mama ku tempuhi semua ini.. aku belum tentu boleh jadi sekuat mama ku.. ya Allah, aku mohon Kau tempatkanlah bapa serta mama ku di Jannah-Mu..amin..

Saturday, 4 February 2012

They call me 'Ustazah Farhana' again..



Assalamualaikum semua!


Alhamdulillah akhirnya aku punya kesempatan untuk hapdet belog aku ni.. sejak akhir2 ini, masa sangat mencemburui aku. al-maklumlah, aku da dapat kerja sekarang.. Syukur ya Allah.. masih punya rezeki dan peluang untuk bekerja dan meneruskan perjuangan aku sebagai seorang pendidik.. Alhamdulillah.. Syukur tak terhingga.. Ni pon hasil doa mereka2 yang sayang dekat aku terutama mama serta ahli keluarga aku yang lain..

Sosehsoseh aku tak bagitau pon kan aku kerja kat mana.. apa lah aku ni.. oke. before ni aku ngajar kat SMK Tinusa Sandakan.. kali ni aku ngajar dekat SK Sungai Anib 3.. alhamdulillah sekali lagi aku ditugaskan di sekolah rendah. banyak mengajar aku erti kesabaran terutama bila berdepan dengan pelajar yang macam2 ragamnya.. hopefully aku dapat belajar banyak how to be a good teacher untuk masa depan aku.. i hope so pengalaman yang aku lalui selama jadi guru ganti ni banyak membantu aku bila aku sambung pengajian aku di peringkat Ijazah Sarjana Muda nanti... insyaAllah.. sentiasa berdoa agar permohonan UPU kali ke2 ini membuahkan hasil yang mampu membuatkan mama aku tersenyum.. aku punya harapan tinggi untuk meneruskan pengajian aku di peringkat IPTA.. kalau boleh, wish taknak lagi IPTS (yuran mahal).. ya Allah, aku harap doa2 aku selama ni dimakbulkan.. aku cuma ingin melihat mama aku gembira dengan kejayaan anak2 nya.. :') amin ya Rabb..

Oke, udah2.. takmaw ada part sedih2 or touching2.. Oke la.. bila nak jadi guru, kenalah jaga penampilan (bukan guru pon sama).. so, sebagai langkah meningkatkan keyakinan diri aku, ni adalah benda pertama aku fikir bila ke sekolah setiap hari (as a teacher)..


Nametag : ni sangat penting.. lagi2 semua student tak kenal aku lagi.



kasut hitam, bertumit , tutup
etika perguruan..



Janganlah pelik... cikgu memeng macam ni.. nak taknak kena nak kan jugak walaupun taknak (faham tak??) problem terbesar aku, aku suka lelap siang2.. dah duduk dalam bilik guru sementara tunggu kelas, mata pon mulalah berkelakuan nakal (i tak pandang cikgu laki2 or ustaz2 oke).. maksud aku kat sini, mata aku ngantuk.. lagi2 kena bilik guna aircond.. sedap gila kalau dapat tidur.. tapi takkan la aku nak tidur kan? sangat2 senonoh perangai itu.. So, aku pon bekal gula2 MENTOS sebotol besaq untuk seminggu.. memang naik la kadar gula aku ni.. huhu.. harap tak.. dengan adanya mentos, kesegaran dapat dirasai! haha

Oke la.. aku malas nak bebel banyak2.. 'Ustazah Farhana' ada benda lain nak buat.. baiklah, sampai bertemu lagi sayang2 aku semua.. lebiu ol!



 ABC123: MUET around the corner..cuak! hope evrythng will be fine..:) pergilah gelisah.. be cool.. (^,^)

Monday, 30 January 2012

Retis kah Aku?

Assalamualaikum readers aku yang comel yang tampan yang santek dan semua yang ada 'yang' la..

Semakin lama semakin jarang aku hapdet belog aku kan? kesibukan melanda diri bah.. aku pun sudah terlalu rindu untuk membebel macam Mak Joyah.. oke, tamau panjang2 kan story. nak dijadikan cerita, mesti ada yang tak sangka bila aku cerita pasal masa silam a.k.a zaman kanak2 aku.. happy kan bila sebut zaman kanak2? terasa diriku ingin kembali ke zaman itu walaupun memang sangat mustahil.. uwaaaaa.. zaman pakai tudung kuridak (tak tegang), zaman muka hitam (sebab tak jaga muka), zaman cintan cintun sang monyet (aku terkecuali. aku tak becinta masa sekolah).. dan yang paling penting zaman retis aku. Opsss.. statement tak boleh blah.. zaman retis lagi tuuu.. retis zaman bila pon aku tak taw. jaguh kampung kot.. hehehe

Trofi Kemenangan walaupon tempat ke-3

Haaaa.. tu dia haaaa.. trofi Bintang Kecil tahun 2002.. umur aku berapa ae? 11 tahun. a'ah 11 tahun masa tu. that's mean tahun 5 la kan? 1st year dianjurkan di sekolah since Cikgu Abang (guru muzik) pindah di SK Sungai Padas Sandakan. So, 1st time jugak ikut pertandingan without pengetahuan family.. ni memang carik nahas.. hehe.. lastly kantoi jugak sebab Baba (pakcik aku) ustaz di sekolah tu jugak.. memang kantoi la Ana wey.. Oke, nak dijadikan cerita lagi (dah mula dah bebelannya) aku masuk audition ni sebab suka2 nak lepas gian nyanyi.. aku ingatkan aku tak dapat masuk final. yalah, masuk setakat nyanyi suka2, takda practise macam orang lain. retis terjun la katakan. Lagipun Cikgu Abang yang galakkan aku nyanyi. "Jangan sia2kan bakat yang ada, Ana.." lebih kurang macam tu lah pesan dia kat aku. salah 1 sebab aku masuk pertandingan tu pon sebab cikgu aku tu.. aku ingat lagi aku bawak lagu 'Menghitung Hari' by Kris Dayanti kot.. diiringi band lagi tu. punya la aku neves. sebab aku tak reti nyanyi diiringi band. selalu guna CD karaoke kat umah. tapi buat2 cool. alhamdulillah oke ;) sampai masa umumkan nama peserta ke peringkat akhir, aku buat dunno la. sebab mind-set aku memang aku tak harap. suka2 la katakan.. tup2 nama 'Nurfarhana Aqilah Nasil' disebut si juruacara.. GULPPP.. bagai nak pengsan aku. haa.. baru kau taw Ana langit tu tinggi atau rendah.. masa tu aku terus jumpa Cikgu Abang.. mintak nasihat. takda len la.. memang ikut la ke final.. Final keesokan harinya.. aku peserta tunggal yang bertudung.. ceh2.. konon tudung tu bukan penghalang lah kan? tiada sebab untuk tanggalkan tudung tu.. tetap nyanyi jugak & alhamdulillah aku dapat tempat ke-3.. happy jugak sebab tanpa latihan, aku boleh sandang tempat tu.. kalau ada latihan yang cukup, johan kot.. haha (oke, Ana pasan!).. tahun selepas itu, aku tak join da.. fokus untuk UPSR dan team nasyid sekolah untuk MTQ.. 

Bila aku fikir2 balik, bakat yang ada ni dari siapa ya? ofkos la dari Allah.. tapi diwarisi dari siapa? Oke.. family belah mak aku semua terror nyanyi dan ada band sendiri. memang femes kat kampung dulu. tu dia MasMaya Family.. belah bapa aku pon nyanyi jugak.. lagi2 arwah bapa aku.. memang jaguh. belambak trofi kat umah.. sangat berbangga dekat arwah.. dia HERO aku.. :') So, tak heran la kalau aku pon punya bakat nyanyi (sikit2) walaupun aku tahu aku tak mampu kalahkan pakcik makcik aku sebab dorang memang jaguh.. cuma bakat itu semakin pudar sebab tak diasah since aku masuk sekolah menengah (SMK Agama Sandakan).. mana lah ada masa untuk ikut benda2 tu semua. lagi2 persekitaran hidup telah mengubah cara pemikiran aku.. sejak masuk sekolah menengah, aku tak nyanyi single, tapi bergerak dalam kumpulan.. kumpulan apa tu? Nasyid.. yeah, aktif nasyid dah.. sehingga kumpulan aku dinobatkan sebagai juara Akademi Nasyid Sekolah (ANAS) pada tahun 2008.. sangat happy lagi2 bila budak2 satu sekolah aku gelar kumpulan kami Mawaddah.. :)  Masuk zaman IPT, no more retis2. aku tinggalkan zaman itu sesuai dengan kehendak hatiku. bagi aku, tak perlu la mengejar populariti duniawi. tak ke mana.. so, aku memang dah bersara sepenuhnya. tapi aku punya impian untuk menjadi Qariah satu hari nanti.. amin ya Rabb...


ABC123: Bila maw beli pin number untuk UPU ni? hadoi.. agak jeles ngan kawan2 yang da dapat offer Degree Pendidikan di UPSI sesi feb.. takpa2.. rezeki masing2.. insyaAllah i will be there soon.. (aku tak kesah U apa pon.. janji dapat masuk IPTA)