Monday, 6 February 2012

Misteri Si Teddy Bear

Assalamualaikum temua!

Agak2 korang semua, apa benda yang menjadi kegilaan gegirl cute lagi2 budak2 kecik? yah, betul tu.. sangat geliga otak u.. macam otak i jugak.. kelaaasssss u Jah! Teddy Bear.. yup, kegilaan kaum pempuan walaupun ada jugak yang tak suka (nape tak suka? cute apa..) huhuhu.. paling best ngan teddy bear tang mana? ofkos la tang peluk2 dia.. sangat best tidur sambil peluk teddy.. lagi2 yang saiz dia besar macam orang.. sangat best. tapi bukan ini sebenarnya benda yang aku nak sosehsoseh.. kalau nak taw nikmat peluk teddy bear, why not if u try it urself? oke, selamat mencuba.. (macam suh orang try memasak je kan..)

Actually, ada kisah disebalik semua ni.. kisah aku ngan teddy bear.. dulu kecik2 aku ada teddy bear kaler pink terang.. sangat cute teddy tu.. tapi tak besar.. macam tu pon, teddy tu da jadi kawan aku.. hampir semua gambar aku masa kecik2 dulu, mesti terselit c pink teddy. apakah motif sebenar teddy tu? menambah comelkan picture aku yang sememangnya da memang comel..haha (ni pasan punya kes).. Masa umur aku hampir kepada 4 tahun, my beloved bapa belikan teddy bear yang agak besar masa tu.. mana teddy tu? ni haaa.. kat bawah ni.. 


Comel tak teddy aku? sapa cakap tak comel, meh sini.. aku nak lempang dia lajulaju (hamboi ana.ganasnya). meh datang sini try ganas ke tidak aku ni.. biar padan muka tu..*oke.stop to be binibinikugangster.  Ada kisah sedih ngan teddy bear ni.. memang ramai yang tak pernah tahu pasal ni. sebab aku tak pernah cerita. tapi hari ni aku nak kongsi cerita kat ruangan ni.. manalah tahu one day nanti aku pergi  secara tiba2, ada jugak yang taw something about my life, my treasure.. oke, aku dah nak start bebelbebel ni.. tahu tak ni adalah teddy bear terakhir aku? tahu tak ni teddy last from my dad? tahu tak berapa usia teddy ni? tahu tak tragedi buruk teddy ni? tahu tak tahu tak tahu tak?? haruslah korang semua tak taw kan..

Jom aku jawab semua soklan tu satu persatu.. buat pengetahuan korang, ni last teddy bear aku.. masa aku umur 4 tahun.. lepas tu takda da beli teddy bear. ni teddy terakhir dari my beloved dad. lebih kurang 17 tahun lepas (1995) bapa aku belikan aku teddy yang comel ni. tapi yang sedihnya.. teddy ni jadi saksi kemalangan jalan raya yang melibatkan dan meragut nyawa bapa aku. sebab teddy ni ada sekali ngan arwah semasa nahas.. tak sempat pon bapa aku bagi by hand teddy ni kat aku.. yeah, tipu la kalau aku cakap aku tak sedih.. sangat2 sedih.. sebab tu aku sangat sayang dan jaga teddy aku ni.. sebab banyak kenangan yang 'dia' simpan.. aku terasa seolah-olah ni hadiah terakhir arwah untuk aku.. (tolong jangan ada yang nangis walaupon aku tengah nangis2 masa buat entry ni).. So, usia teddy ni sama ngan usia pemergian bapa aku (lagi aku sedih macam ni).. sudah 17 tahun. macam tak percaya kan? aku sudah hidup tanpa kasih seorang bapa sudah 17 tahun.. lamanya! *bangga ngan mama aku sebab mampu dan kuat hadapi ujian ini.lebiu mama! 

comel kan dia?

Boleh tak kalau aku taknak teruskan untuk bercerita lagi? sebab aku rasa airmata aku macam maw mengalir laju2.. boleh kan? oke. before aku tinggalkan entry ni, aku nak wish.. aku harap kalau aku dah takda suatu hari nanti, ada yang akan simpan dan jaga teddy kesayangan aku ni baik2. aku taknak teddy ni disia-siakan seperti mana orang sia-siakan aku *oke, ni tiada kaitan.. Hope sangat ada yang jaga dia ni sampai bila2.. sebab ni jadi kenangan buat aku dan family aku. Oke, bai.

Mohon sedekah Al-Fatihah buat bapa aku.. Al-Fatihah..


ABC123: Sangat sedih bila dapat tahu hari pemergian arwah bapa is hari ulangtahun pernikahan mama dan bapa.. ya Allah.. kuatnya mama ku tempuhi semua ini.. aku belum tentu boleh jadi sekuat mama ku.. ya Allah, aku mohon Kau tempatkanlah bapa serta mama ku di Jannah-Mu..amin..

4 comments:

  1. oh my..sedih la cmni..u make me cry!menciii ana..huu..

    ReplyDelete
  2. alaaa..jgn la benci i..i syg u la..da pesan kn..xmo nanges..

    ReplyDelete
  3. huhu..yala..btw, teddy tu 17 thun?nmpk mcm bru ja..pndai ko jaga dy..huhu

    ReplyDelete
  4. yup..17 tahun suda..kena la jaga..peninggalan beharga dari arwah..:')

    ReplyDelete