Assalamualaikum peep!
Actually for long time jugak la aku ndak post entry kan? dek kerana kesibukan since lembaran new semester bermula. It's not something easy bila dah berbulan-bulan semester break sambil berbulan madu, then tiba-tiba terus ubah the schedule as mahasiswa dengan serta merta. Bangun awal pagi, tidur lewat malam, terkejar sana sini, berebut bas, and so on. Sangat susah okey sebab mood still in honeymoon. Even jasad duduk at Sintok, tapi hatiku di Sabah.
Cakap pasal Sabah. Yes, deep of my heart, i'm trully sad. Siapa rajin tengok berita or baca 'surat khabar lama' memang tau lah kan apa yang jadi dengan bumi di bawah bayu itu. Yup, dulu selalu dengar, tengok dan try untuk feeling penderitaan negara luar yang tengah berperang. Simpati, kesian, empati dan macam-macam lah.. Never think benda tu semua jadi dekat negara sendiri.. Negeri sendiri pulak tu. tu yang paling sedih. Hope semua ni mimpi tidur malam. Tapi selepas menampar pipi bertubi-tubi, ternyata semua ni bukan mimpi. Ianya realiti. Ya ALLAH, ujian apakah ini??
Lebih memilukan bila kita dikhabarkan dengan berita di mana beberapa orang tentera kita telah terkorban dalam pertempuran itu. Bagai diragut nyawa sementara. Bukan ini yang diinginkan. Sedih tidak terkata. Aku, yang tiada kaitan darah dengan mereka, sudah berasa sedih sedemikian. Bagaimana pulak dengan ahli keluarga mangsa terkorban? Anak isteri? Ya ALLAH, pasti ianya lebih berganda-ganda kan. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Nampak tak betapa banyak pengorbanan tentera kita dekat situ? Please think it. Dan tolong elakkan dari judge tentera itu dan ini, tentera begitu dan begini. Ada kang aku cili mulut tu sorang satu.
Aku berharap sangat-sangat, agar tentera Sulu cepat-cepat berundur. I'm Sabahan, and i don't think i want to be a part of them. Never and ever. For those yang selalu cakap merepek dan agak tiada sensitiviti langsung tentang isu ni, harap anda berfikiran jauh. Sungguh terkesan dengan bebrapa statement mukabuku segelintir masyarakat yang berkata "Jangan kerana 1 negeri, mudarat 1 negara", "Bagi je lah Sabah dekat mereka, bukan ada sumbangan apa-apa pun untuk negara", dan so on yang sangat menyakitkan hati. Actually aku nak habaq, kepada yang suka buat status cenggitu, harap dapat belajar balik Sejarah dan Ekonomi ya.. Aku harap korang diberi hidayah dan faham macamana perasaan orang-orang yang ada kat Sabah sekarang ni. Cuba fikir sejenak. Apa perasaan anda bila anda yang berada di tempat kami? Gembirakah anda? Haaaa, fikir dan jawab sendiri.
Dugaan demi dugaan menimpa. Aku, rakan-rakan seperjuangan memang nyata berada jauh dari Sabah, jauh dari family tercinta. Nampak jasad di bumi Semenanjung, tapi hati masing-masing di Sabah. Ya, aku maklum semua ini adalah ujian dariNYA. Mungkin juga peringatan daripada kita lalai selamanya. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. Apa harapan kita saat ni? Pastinya mengharapkan yang terbaik bukan? Berharap agar keadaan menjadi seperti sediakala tanpa anasir-anasir luar. Ya, sungguh aku harapkan itu. Untuk bertempur di medan perang, memang jauh dan nyata sekali aku tidak mampu kerana aku tidak punyai kepakaran itu. Namun kita masih punya peluang right? Ya, masih punya peluang untuk memanjatkan doa pada Yang Esa, mohon segalanya pada Dia. Doa senjata mukmin. ingat tu. Semoga doa-doa kita dimakbulkan.
SABAH DI HATI
Sabah belong to Sabahan!
# Mari kita sedekahkan al-fatihah kepada wira-wira negara yang telah terkorban. Al-fatihah... Semoga mereka ditempatkan bersama para syuhada'. aminn...
# Salam takziah kepada keluarga-keluarga mangsa.
# Sebarang ketidakpuashatian harap dimaafi.
# Always do pray for my SABAH..
# Sebarang ketidakpuashatian harap dimaafi.
# Always do pray for my SABAH..

No comments:
Post a Comment