Tuesday, 29 January 2013

Jom Bertudung Mengikut Syariat!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.r..


Wah, gempak tak gempak jugak tajuk entry kali ni kan. Rasa gentar tak jiwa tu wahai muslimah sekalian? Pasti ada kan? Jangan tipu, tak baik tipuuuu... tak baik. Ya, betul tak baik. Sekali lagi, TAK BAIK TIPU. *okey over! Pasti terdetik biar sedikit pun kan. Okay, kali ni aku nak share sedikit bab aurat ni. *mohon jangan bosan. even kita dah tau, tapi kita selalu terlepas pandang pasal ni. kan? 


Aurat kaum Adam sah-sah pusat hingga ke paras lutut. Bagi kaum Hawa yang comel-comel ni pulak *sambil buat muka comel, aurat wanita adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan sehingga pergelangan tangan. Yang lain2 daripada muka dan pergelangan tangan, tak boleh nak tunjuk-tunjuk okay. Jangan nak show-off sangat. *kalau tak tahu tang mana yang haram tunjukkan tu, bawak-bawaklah diri yang comel tu ngadap cermin sebesar gajah kat mall yang berdekatan okay. Kalau malu sangat, side-mirror kereta pun boleh! 


Sabda Rasulullah S.A.W,
“Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R. Abu Daud)


Entry kali ni aku nak share pasal pemakaian tudung yang sempurna mengikut syariat. Memang aku akui semakin ramai kaum Hawa yang memakai tudung, tetapi tidak ramai yang memakai tudung dengan cara yang betul. *teringat lagu Minah Tudung yang dulunya sangat popular. Ngutuk kaum pompuan. malu! Apa kata kita tebus semua tu. Kita cuba terapkan ciri-ciri Muslimah dalam diri bermula dengan cara pemakaian. Mai sini ceq nak share sikit cara pakai tudung yang betul. 
  1. Tudung yang dipakai mestilah menutup rambut dengan sepenuhnya
  2. Kain tudung tidak jarang sehingga boleh nampak rambut didalamnya
  3. Memakai anak tudung yang bersesuaian
  4. Menutup leher dan dilabuhkan tudung sehingga menutup dada
  5. Tidak menampakkan sanggul (atau bonggol) di kepala

Tudung bukanlah sekadar mengikut peredaran zaman ataupun mengikut trend fesyen. Tapi bertudung kerana mengikut syariat, mengikut perintah menutup aurat, dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai Muslim/Muslimah. Nak berfesyen? Tak salah, tapi biarlah sopan dan masih mengikut syariat. Paling penting, tetap menutup apa yang perlu ditutup. Sekadar ini sahaja perkongsian entry kali ini. Jangan menilai siapa yang berkata, tapi nilailah apa yang disampaikan. Aku sekadar menyampaikan maklumat buat kalian, disamping membuat peringatan untuk diri sendiri yang serba kekurangan, mencuba untuk berubah ke arah yang lebih baik, dan berusaha untuk istiqomah dijalanNya, insyaAllah. aminn.. Yang baik, ambillah buat teladan serta perubahan diri. Yang silap dan salah harapkan teguran membina dan jadikan sempadan. Sekian sahaja, Assalamualaikum..


My hijabista Idol ~ Oki Setiana Dewi


Jom Jadi Muslimah Solehah :)


No comments:

Post a Comment