Tuesday, 10 January 2012

Aku Nak Itu & Ini

1) Convocation Day
Sebab ni impian mama aku . aku tersangat nak rasa perasaan tu . diploma dah habis tapi masih menanti dan terus menanti hari konvokesyen itu . lepas diploma , degree , master . phD maybe . amin . insyaAllah semua dalam genggaman aku .


2) Lesen Memandu
Sebelum ada lesen memandu, kena belajar memandu kan ? ni lah benda yang aku nak sangat dari dulu . lepas SPM je , kawan2 aku da berasak2 amek lesen . aku tak lagi sebab aku taw aku tak mampu . so aku tunggu dan tunggu sehingga hari ini . aku bukan apa . aku taknak guna duit mama aku . aku tak sanggup nak mintak . so, aku akan tunggu duit hasil titik peluh aku sendiri . dah ada rezeki , aku akan amek dan drift !


3) Being A Teacher
Iya iyaaalaaaa . . cita2 aku nak jadi cikgu . mama dan family aku sentiasa bagi aku semangat sampai tahap sekarang ni . aku dah jadi cikgu cuma tak rasmi lagi . sebab . . aku ni cikgu ganti . baru melangkah setapak demi setapak . timba pengalaman . aku akan teruskan usaha gigih aku supaya hajat aku, mama, dan family tercapai . *walaupon masa kecik2 dulu nak jadi polis (tak boleh sebab tak cukup tinggi) , nak jadi wartawan (dah besar tak berapa minat pulak) , nak jadi pengacara @ pembaca berita (takut. malu. sebab semua orang akan fokus kat kita masa kita cakap) , jadi DJ (tapi mulut aku tak kepoh dah sejak melangkah alam campus) . . macam2 aku nak jadi . tapi takpe la . aku taw jadi cikgu ni the best choice . kan kan kan ?? sila angguk tanda setuju .


4) Nikah
Sapa yang tak nak joyah oooiiii . . tipu sangat la if ada yg cakap dia taknak . kalau betul lagi sohih dia taknak, aku rasa ada problem dah tu . . lupakan . yup , impian setiap manusia . ingin pasangan hidup . ingin dicintai dan mencintai (ayat jiwang pulak dah) . lumrah manusia dah minah oooiiii . . whatever la . btw , aku menanti hari bahagia itu . menyintai seorang lelaki halal yang bernama suami . ditemani 'buah hati' yang comel2 . . indahnya! ceeehhhhhh!  berhenti berangan Ana!  =)


5) Haji 
Dalam banyak2 benda yang aku nak capai , yang ni kot yang terasa NAK SANGAT . yalaaa . bukan semua manusia ni terpilih sebagai tetamu Allah di sana . aku harap aku dapat ke Tanah Suci sebelum menghembuskan nafas terakhir . amin ya Rabb . sangat2 teringin . *bawak family aku sekali


6) Niqab
Purdah . Biar betul ?? biarlah hanya Dia yang tahu . doakan .


7) Faham & Hafaz
Mampukah ? di mana ada kemahuan di situ ada highway jalan . yup , hendak seribu daya tak hendak seribu dalih . walaupun aku tersangat susah untuk menghafaz (ni sebab suka makan kepala ikan. padan muka), insyaAllah aku akan cuba semampu aku . chaiyookkk !


8) Cakap Arab
Jeles bila tengok orang bukan Arab boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Arab ni . korang jeles tak ? aku jeles sangat2 . aku pon nak macam tu jugak (walaupun zaman sekolah dulu sangat2 tak suka bahasa Arab) . haisshhhh . . teruknya aku . nasib baik dan alhamdulillah sebab sekarang aku dah jatuh cinta kat bahasa ni . so, aku kena usaha kuat la kan . nak capai sesuatu benda kena usaha . . takda istilah tunggu bulan jatuh ke riba kak senah ooiiiiii . . so , kita kena usaha dan usaha dan usaha . *semangat aku ^,^

  9) Taj Mahal
Cantik tak? cantik tak? cantik kan?? tak silap aku ni salah 1 keajaiban dunia . . ya , sangat teringin jejak kaki ke tempat ni . angan2 aku sejak kecil lagi tu . dapat pegi ke sana ngan suami mesti best! *oh my.. berangan lagi . cukup!


10) Mandikan Jenazah
Mesti pelik kan ?? kenapa tetiba masuk bab mandikan jenazah ? oke . aku sebenarnya nak sangat belajar pangurusan jenazah . walau dalam masa yang sama aku cukup takut untuk itu . tapi aku  kena buang rasa takut itu . suatu hari nanti , aku pon akan jadi jenazah jugak kan ? so aku kena buang perasaan tu jauh2 . why aku nak belajar mende ni ? sebab . . ada la sebabnya . dan yang pasti ia akan menimbulkan keinsafan .





Peeeewwwiiieeeetttttt :
Maaf . Aku tak susun ikut urutan . k bye!




2 comments: