5 Cara Dandanan Diri Muslimah Yang DILARANG Dalam Islam
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a bahwa Rasulullah S.A.W bersabda :
“ Allah S.W.T mengutuk orang-orang menyambung rambut dan meminta disambungkan,juga orang yang membuat tato dan orang yang dimintakan membuat tato” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sementara hadis lain , Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda : Diriwayatkan daripada ‘Alqamah dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya :
“ Allah S.W.T mengutuk orang- orang yang membuat tato sebagai hiasan , juga orang yang meminta dibuatkan tato padanya , Orang- orang yang mengubah dan membentuk alis matanya , juga orang-orang yang meminta diubahkannya , orang- orang yang mengubah bentuk gigi untuk kelihatan lebih rapi dan kemas dengan mengubah ciptaan Allah S.W.T. ”
Wahai wanita yang bergelar muslimah , fahamilah 5 cara berdandan yang DILARANG dalam agama kita:
1. Mengunakan rambut palsu .
2. Orang yang meminta kepada orang lain supaya rambutnya disambung dengan rambut orang lain (cemara). Atau menyambung bulu mata agar nampak lebih panjang dan lentik.
3. Membuat tato atau menusuk badan menggunakan jarum atau pisau atau benda tajam lainnya sama ada di telapak tangan , pergelangan , di bibir atau di tempat anggota tubuh yang lain hingga mengeluarkan darah yang kemudiannya menampakkan tanda di situ . Untuk menghasilkan warna hijau pada tempat yang luka , selalunya mereka menggunakan sejenis celak ataupun sejenis pewarna yang mengakibatkan ada kesan warna hijau padanya.
4. Mencukur rambut wajah supaya kelihatan licin , hal ini dikhususkan agar kening atau rambut alis mata letaknya nampak lebih tinggi ataupun supaya nampak sama agar nama lebih cantik dan menarik .
5. Merapikan gigi supaya kelihatan kemas samaada dengan menggunakan alat besi atau apa saja jenis cara agar nampak lebih cantik . Namun dalam keadaan yang memudaratkan perkara ini diharuskan dalam islam . Ia menjadi haram jika seseorang itu sudah mempunyai gigi yang kemas namun masih juga membentuknya kerana ingin nampak lebih menawan.
# Larangan di atas tiada terkecuali samada yang belum berumahtangga mahupun yang telah berumah tangga . . semua TAK BOLEH .
# MAAF jika ada yang terasa hati untuk post kali ini . . bukan niat hati ingin memalukan atau merendahkan sesiapa . . cuma sekadar peringatan kita bersama . . lagi2 tuan yang post entry ni . . (^,^)
# Jika ada yang terlanjur , haraplah kembali kepadaNya . .
Tanya diri , tanya iman & berHENTI melakukannya .
No comments:
Post a Comment