Wednesday, 18 December 2013

Lagenda Budak Gamelan

Assalamualaikum.

Hai December coming! December coming!! Already late sudah pun. Baru kecoh kecoh si Ana ni..
Ya Allah, pejam celik pejam celik dah nak berlabuh tirai 2013 ni kan.. Time flies so fast!

Actually dah start minggu busy tahap maksima kemahen lagi sekarang ni. Almaklumlah final exam bakal menjelma kurang dari seminggu. Sebenarnya 4 hari lagi, saja cakap kurang seminggu untuk sedapkan hati. 
Jadi faham-fahamlah cemana agaknya time table mahasiswa seantero dunia bila nak final kan.
Tunggang langgang jadinya.. Kihkihkih..

Merapu panjang pulak. Macam comel pulak tajuk atas tu khennnn?? 
Feeling Lagenda Budak Setan pulak.. Actually ni kisah kami, yang secara officially berkokurikulum
Gamelan dan officially lagi 'Pemuzik Iringan Majlis Konvokesyen UUM ke 26' baru-baru ini.
Berkampung duduk DMAS selama 4-5 hari bermula 30 November sehingga 3 Disember. Bahkan sebelum itu lagi latihan setiap malam dah start. Kemahen letih tak cukup tidur semua. Tapi alhamdulillah
cukup makan. Makan sedap. Makan yang sentiasa ditaja. Apa lagi, memang bertambah sedaplah kan. HAHA. Lagi best bila dapat surat pengecualian kuliah. Hamboi kemahen lagi seronok dalam masa yang sama rugi sebenarnya. Padan muka. Ndak apa laa.. Pengalaman kan.. Alhamdulillah atas peluang yang diperolehi.. ;)

So, let's photo speak! Enjoy it.. (>_<)

 ..DMAS..


 Convocation Hall.. Graduan menunggu giliran. Kami sekadar pemerhati dari atas.


Kami antara 'pemuzik iringan'.. Gamelan Team!


 Cuba teka?? Hehe..
That's mine.. Jangan pandang pandang. Labuh tudung itu bukan penghalangku memalu gendang. Ahakss!!


 Love the scene..


 Bibie pun hadoo..


 Cik Wawa melayan 'search word' sementara menunggu giliran main.
Sat nak habaq. Wawa ni banyak berjasa sebab sudi mai amek hantaq pegi balik. Thanks Wawa.
Bibie update instagram la tu. Hikhik


 Berpeluang jugak mendengar benda-benda ni. Jangan main-main tau. Ni hanya ada semasa adat istiadat berkaitan raja. 1st day tu Yang Dipertuan Agong ada tau. Live!


 Haaaa.. Yang senyum manis ni Cikgu Aziz, merangkap jurulatih Gamelan kami.
5 STAR sebab cikgu ni sangat sangat sangat baik okey!


Love Love Love
In love with photographer.
Masih dalam pembelajaran.
#love the scene#




"LAGENDA BUDAK GAMELAN"


Friday, 22 November 2013

"Man Ana"


Now I realized life is too short. 

I feel ashamed of myself, 

living for 22 years in my comfort zone 

without realizing 

what is the main aim Allah sent me in this world. 

Praise to Allah for every single of our breath.


Al-fatihah to Allahyarham Ahmad Ammar, yang telah menghembuskan nafas terakhir pada awal Muharram 1435H baru-baru ini di Istanbul akibat kemalangan jalan raya. Semoga beliau dikalangan para syuhada'. Kisah beliau telah membuka mata dan hati kecil ini. 

Al-fatihah to Allahyarham Nasil bin Kadir, my beloved dad, who has left us on 1st of Muharram 1416H.. May Allah bless him. Really missing you. Semoga kami anak-anakmu menjadi anak yang soleh serta solehah. Hanya mampu menitip doa buat ayahanda tercinta. Ku merindui mu seumur hidupku. Semoga kita sekeluarga dapat berkumpul di Jannah-Nya.. Amin

Thursday, 14 November 2013

Macam Susah Jak. Macam Rumit Jak.

Assalamualaikum. 

Ini kisah dalam kelas Process Operation Management (POM) pagi tadi. Seperti biasa, aku adalah supercomel student yang memang sah akan masuk 5-10 minit lewat dari pensyarah aku yang cool + sporting tu. Dah lewat, duduk depan pulak tu. Paling depan hokey! Nampak tak aku adalah pelajar yang cemerlang? haha. Amin.. Dengan lafaz bismillah, kisahku bermula....

Lect  : We will discuss about inventory. What is inventory? Inventory is blablabla..

Aku  : ( smile tanda faham sambil tangan sibuk highlight nota slide )

Lect  : Types of inventory are blablabla..

Aku  : ( dalam hati 'eh, kacang jak ni' )

Lect  : Next, EOQ Model. EOQ blablabla..

Aku  : ( Speechless sambil buat kening Ziana Zain )

Lect  : Okay, this is about quality discount model. From this point and this point blablabla and dotdotdot..

Aku  : (kening The Rock)

Lect  : And the last about Reorder Point and Service Level.... blablabla.. Understand??

Aku  : (muka The Rock versi terlampau)



Maaf Dr Lim.. Setiap kelas semangat masuk kelas walaupun terkedek-kedek lambat masuk kelas. Itu saya (skema) nak bagitau bas tu lambat. hahaha. Padahal aku yang tak berapa nak cepat tunggu di bustop. Post ni saja nak bagitau yang subjek POM ni SUSAH. Okbai.

Wednesday, 13 November 2013

8 Bulan 'Krik-Krik'

Assalamualaikum..

Akhirnya aku kembali lagi. 

Setelah hampir 8 bulan menghilangkan diri.

Bukan kerana memencilkan diri.

Tapi kerana sentiasa busy.

Bukan ingin tolak blog ke tepi.

Tapi kerana assignment tersusun rapi.

Andai ada yang merindui post di page ini.

Semoga dapat mengubat rindu di hati.

Mai la tatap gambar ini.

Hihihi


* * * PELESU SEMATA-MATA * * *

Friday, 29 March 2013

Sungguh Aku Rindu

Assalamualaikum cinta hati..

Eh, ai hapdet lagi la.. apa, tak percaya? tuluuunnnnn la percaya. plisss plissss.. (sambil buat muka comel). hangpa semua kena menghargai susah payah perit peluh tenaga keringat usaha tangga kejayaan ai hapdet belog taw. haktuihhh!! muntah laju lahjuuuu dengan statement masuk bakul angkat sendiri yang sengaja direka khas untuk hangpa sekalian alam.

Serius ai habaq kat hangpa semua (habis loghat utara ni aku kerjakan.maap maap!), esaimen ai masyaallah.. BERTIMBUN! masing-masing meragut ketenangan jiwa yang ai impi kan selama ni tau uolss.. mana taknya. masing-masing dah get close dengan ai. ai pun rasa depa (esaimen) tu sangat meminati dan sayangkan ai.. *muntah! so, ai pun dengan rasa terharu layanlah depa ni sambil lambai-lambai tangan. eh, lambai bukan sebarang lambai. bukan macam dak kecik lambai tu tau. ai lambai macam 'miss world'. nampak tak demand ai terlebih dekat situ? eh, sudah! sudah!! berhenti bayangkan ai yang comel ni jadi miss world. malu ai tau tak? hahaha.. *sambil hantuk kepala kat dinding rumah Najwa Latiff

Eh, mengadanya ai buat mukaddimah panjang-panjang. dah boleh siap esaimen kan. ai pun tak tahu sebab musabab ai jadi macam ni pagi-pagi indah ni. mungkin jugak sebab ai ni dah 'demam KUIS' sejak kebelakangan ni. apa,kita sama?? eee..tak baik tau ikut-ikut. kite rindu kuis, awak pun nak jugak rindu kuis. mane aci.. *sambil buat muka shinchan. tapi betul ai tell uolss ai rindu life ai dulu-dulu. tempat yang banyak lakarkan sejarah hidup ai. *eh, takde ke yang nak tuliskan kisah ai ni dalam buku Sejarah form5? pleaseeee.. 

KUIS.. 2 tahun setengah ai hidup kat tempat best tu. serius best ai habaq kat hangpa. Siap dengan pakej penginapan macam hotel youuuu.ada lif. ko hado?? tak cukup dengan tu, pakej terindah lagi mententeramkan, 'suasana islamik' memang fuyoooo.. sedap je jiwa. tenang je hati ni rasa.. sekarang memang dah tak rasa sangat la kan.. tu lah beza dia tempat dulu dengan tempat sekarang. uolss nampak tak ai sedang mengenang kisah-kisah lalu ai? hisshh.. ni yang tak suke ni. tapi apakan daya. orang tua-tua cakap, 'tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bercinta'.. adushh.. jangan salah sangka naaa. bercinta dengan ilmu ai maksudkan. hikhik. eh, hang jangan duk sengih-sengih! Ok dah. jom layan gambaq!


 Bismillahirrahmanirrahim. Langkah masuk kaki kanan tau. ;)
*selalu duduk tepi tu tunggu kereta sapu. (':

 Kak Senah memang suka eksyen,
inilah dia pusat konvensyen.
Nama glamour, PKK.

 Majlis konvokesyen? Event? Pendaftaran pelajar baru? Ceramah?
Final exam?? haaa.. disinilah tempatnya. 

Tasik KUIS. Besar. Cantik. Dalam pun iya jugak. huhu
Kayak? jogging? flying fox? ushaa KTM? lepak kat pondok?
hehe. kenangan. paling selalu buat is 'Jalan-jalan sambil tangkap gambar'
HAHAHA

 Ini yang ai cakap tadi tu.. kayak.

 Kafe tepi tasik. Zaman ai dulu, ni Kafe Pak Samad.
Lepas kelas, selalu lepak makan ramai-ramai dengan kawan.
Serius rindu!!

 Ai nak ishtihar ni zon tangkap gambar boleh?
Sebab dah memang tempat ni cantik. 
Mustahil ada student KUIS yang tak pernah amek gambar di sini.
kan kan kan..

Midpoint ni la paling power kalau nak tangkap gambar.
Sangat cantik ai bagitau uolss. Subhanallah.. :')

 Mosque view di malam hari.
Subhanallah, cantikkan?

 Fakulti Bahasa Dan Komunikasi.
Tapi bukan tu ai nak bagitau. Ai nak gtaw kat tepi belah kanan tu
ada gerai 'stabak' taw. best dan sedap!!

Inilah tempat penginapan kami (parcel). nampak tak 
ke'hotel'an dia dekat situ??


and 
the last but not least..

yaaa.. PORTAL KUIS.
Dah lama tak log in portal ni. apakan dayaku hanya sekadar 
ALUMNI KUIS. :'(




Mahap mahap mahap! Bukan niat untuk meragut ketenangan jiwa hangpa semua. Sekadar untuk mengenang tempat yang banyak menyimpan sejarah zaman muda-muda kita dulu. Ya, ai tau semua dah rasa 'eeeee.. geramnya!'.. tak kurang jugak 'eeee..rindunya!!' dan tak mustahil jugak ada yang cakap macam ni 'eee..rindunya ngan penulis belog ni!!'.. eh, ai ke? haha.. tengkiu! *pengsan! Till then, bubye. esaimen ai dah jeling-jeling manja sebab ai dah curang lama sangat kat sini. hehe. ok, assalamualaikum dan salam rindu semua.  :)




Tuesday, 19 March 2013

Demam Baucer

Assalamualaikum..

Hari ni ai dah semangat bangun awal kan, seperti biasa jugak. bangun awal. sebab 'alarm' ai akan bising-bising selagi ai tak bangun. so, dengan panda eyes, ai pun gagahkan badan ai yang semakin berat ni untuk bangun. Semangat nak buat esaimen dengan hero-hero aiyang 4 orang tu. Janji jam 9. Tunggu sampai jarum jam pijak jam 10, dan melarat sampai jam 11. Okey, ai mesej dan tiada balasan. So, dengan kuasa veto SuperGirl, ai pun anggap dorang batalkan discussion group tu.

Dah alang-alang celik mata and nothing to do, so ai pun menggagahkan diri sekali lagi menghadap encik acer semata-mata nak update belog! yeah, please give me a big clap sebab hari ni mood rajin ai sangat melimpah-ruah sehingga ke ladang gandum. pun boleehhhhhh.. Hari cuti, so ai sempatlah curik masa sikit untuk dating dengan blogger yang dah semakin kurang kasih sayang disebabkan busy ai yang dah semakin memuncak. Walaupun esaimen ai dah beratur panjang menunggu giliran 'in relationship' dengan ai, ai dengan sedikit rasa serba salah tinggalkan dia kejap. Sebab ai sure esaimen memang takkan pernah jenuh getting close dengan ai selagi final exam tak start. menci tau??!!!


Okey, ai nak bagi tengok korang gambar ni. 



Tau tak apa benda ni? Ni bukan duit angpou. Belum lagi hari raya. Chinese new year pun dengan confident wa gitau dah lepas. Ni benda, nama dia... BAUCER BUKU. kaler sampul dia pun comel je warna BIRU. 
Bila dah dapat bende alah cenggitu, haaa.. memang ai dengan serta merta lupa diri jap yang ai ni sorang student. sebab asyik-asyik novel je yang berlegar-legar dekat fikiran ai ni walaupun ai dah cuba usir dia jauh-jauh. al-maklumlah, sebab dengan baucer buku je, boleh beli buku banyak-banyak tanpa pakai duit! okey, memang best. pilih buku ikut suka hati yang mana nak, then bagi baucer kat abang hensem yang jual buku tu. eh, maap! maap! ai tak sengaja. Nak tengok tak hasil baucer tu?? ni dia..


 novelnovelnovelnovelnovel


 Bahan ilmiah macam ni WAJIB ada.


 Langkah persediaan.. hihi.. (>_<)
eh, taklah. ni untuk mama ai + makcik ai + diri ai.
lebih tepat lagi, KONGSI.


 Info berguna banyak dalam ni. 


 Satusatunya buku untuk kuliah guna baucer. -_-


Ni dapat free tak free sangatlah. Si penjual hanya nak cukupkan harga. 
Alhamdulillah, sangat berguna. ;)



Eh, mesti pelik kan hampir semua buku-buku tu bukan untuk kegunaan dalam kuliah? Nak buat cemana kan. Buku kuliah ai beli guna CASH you know. Sebab buku untuk kuliah ai kena beli satusatu secara berasingan. Mana dapat nak guna baucer sebab ada balance. Ai tak guna baucer pun. So, agak fair la kan. Tambah tolak darab bahagi, sama je. Daripada baucer-baucer tu luput hujung bulan 5 ni, baik ai shopping kan walaupun hasilnya novel yang terlebih banyak. Memang jadi ulat buku ai nanti. Membaca itu jambatan ilmu kata cikgu ai dulu-dulu. *Walaupun ai tak baca lagi buku-buku yang ai beli tu. Cuti nanti ai baca. Dalam kapal terbang maybe.. Okey, jumpa lagi. Tadaaa..



#eh, lupa nak cakap. Thanx kerajaan sebab bagi baucer :)


Double TWO

Assalamualaikum peepsssss!

Pagi-pagi ni aku manfaatkan masa cuti aku dengan bangun AWAL pagi taw u ollss.. Bangun pagi, tunaikan benda yang sepatutnya ditunaikan, basuh baju, kemas bilik, online mukabuku dan twitter pun tak dilupa, dan okey, finally done. Alhamdulillah. Nikmatnya rasa bila dah hari selasa. SELASA jak, memang cuti-day lah kami kat bumi Sintok ni. TAPI... Hari ni dahkuuuuu ada dis-ka-syen group seawal jam 9 pagi.. okey, 9 pagi u ollss. sah aku dengan mata mengantuk hadap segala hero-hero depan aku. Jam 2 petang pulak  Seminar Business, dan sambung EEP jam 5 petang.. how dare?? dan sememangnya cuti-day aku diRAGUT sepanjang hari ini. sobss sobss. 

How dare diri ni buat intro panjang lebar?? Huishh.. ni lah. bila dah mula taip, memang lupa diri kejap. shuhh shuhh!! Actually aku dah bertambah umur. DOUBLE-TWO u ollsss.. alhamdulillah atas nikmat usia yang DIA dah berikan. Terima kasih atas semua wish insan-insan yang mewarnai hari-hari aku. Wish kat mesej, call, face-to-face, mukabuku, dan ada jugak tweet. Semoga doa-doa kalian dimakbulkan. Aminnn.. hehehe.



 Ai got it from twitter. Lebiu muah muah!


 Currently DOUBLE-TWO. Alhamdulillah.