Assalamualaikum.
1 paper dah rebah 26 Disember hari tu. bukan tumbuk, bukan boxing. karate pun bukan. silat lagilah bukan. tapi rebah sebab aku tembak. bukan tembak pakai pistol. tapi dengan kuasa veto aku guna shortgun. hakhak. mana tidaknya. 100 soalan objektif kau tau? seumur hidup aku, ni 1st time jawab soalan banyak gitu? first time. aku ulang sekali lagi, FIRST time. paper 60 soalan aku dah nangis-nangis macam kanak-kanak cengeng a.k.a bayaii. yang ni aku menangis lahjuuu-lahjuuu semaksima mungkin. deras lah kak senah. macam air sungai gabai! *okey, sangat tipu!
Minggu exam. orang semua busy berstudy, bersengkang mata, dan macam-macam 'ber' lagilah kan. aku pun join sekaki dua jugak. gila kau aku tak join. aku pun ada matlamat jugak. ada impian jugak. impian akuuu... okey lupakan. bukan masanya tulis impian segala. bosan! cakap pasal study, memang semua tengah pulun habis-habisanlah kan. macam aku tak tau student ni. joli dengan facebook dan twitter dopluhpat jam. duk dalam dewan kuliah, tidoq. paling koman pun, mai kelas tak tidoq. tapi dok online. haihhh.. inilah budak-budak zaman sekarang.. *eh, aku tak termasuk ya. aku budak baik. Disebabkan daling2 aku semuanya rajin menapak dan telah 'in relationship with library', aku pun jeles dan takmo kalah. aku pun ber'relation lah jugak. amboi, ndak mau mengalah. hakhakhak. DAN malam ini mood joli datang lagi. take rest kunun. hehe. bukan sebab apa. tangan dan hati mendesak sekuat-kuatnya untuk menaip dan menaip dan menaip lagi untuk belog ini. nampak sangat kan yang aku ni sangat rajin. nampak tak? kan? kan? kan? hehe.. yeah, aku rajin. rajin sangat. behh!
Lagi 5 paper perlu ditumbangkan. dan aku pun memang sibuk menyediakan peluru sebanyak yang aku mampu. peluru berpandu pulak lepas ni. hakhak! bersiap sedia untuk paper e-com, TAPI, statistic, keusahawanan, dan akaun! memang cantik dan semakin cantik aku rasa bila jawab paper tu semua. semakin bertambahlah inchi muncung aku nanti. silap haribulan, kening pun boleh bersambung. silap tahun, lentok tidur. hahaha. *melampau! haihh. apa-apa pun, aku harap semoga dipermudahkan segalanya. amin. ;)
# eh, encik abang kandung dah dapat kerja. alhamdulillah.. boleh mintak belanja tiap-tiap bulan. okey, sudah sampai masanya untuk aku berbaik-baik dengan encik abang. hikhikhik *sangat kejam!
xoxo =P


.jpg)


