Thursday, 26 January 2012

Thursday, 19 January 2012

Edisi Khas


Assalamualaikum readers aku yang aku sayang !

 Hari ini aku tiba2 nak share sedikit picture yang menjadi simpanan.. (ini harta karun aku oke.masa silam aku). Ni ENTRY KHAS aku pasal AKU & PIPI (apakah??haha..layan jak la..)


 


Sila rujuk nombor pada gambar:
1. Aku pon tak sure umur aku brapa bulan masa ni. yang aku sure aku belum tumbuh gigi. comel je aku rasa. kelaaassss! haha

2. Aku dah pandai meniarap (bahasa semenanjung apa ae?sama jugak ke?cunfuse jap).. huhu.. betapa excitednya aku boleh meniarap sampai buat muka cenggitu.. siyes aku rasa muka aku tersangat2 dan sangat comel (oke, aku perasan lagi).. hehe

3. Yeah.. itu dia pose maut daripada aku.. haaa.. ni siapa ajar ni? i think him la. ;) hehe.. my lovely bapa. amek kau. baru umur setahun dua da maen shooting2 bagai. bapa aku kaki camera.. (ayah kepada anak2 aku kelak pulak macamana?kaki camera jugak ke?dunno..wait & see je la..)

4. Ni picture masa aku tingkatan 5.. kelassss kau Jah. ada kawan2 aku cakap pipi aku mahal. ni belum lagi gambar form 1-4.. dahsyat pipi aku. menjadi persinggahan cubitan kawan2 dan orang sekeliling aku (apakah?sakit taw korang cubit). aku pon ngeri sebab xtaw bila akan kurus. haha

5. Sem 1 kat KUIS.. sekali lagi pipiku menjadi kegilaan mereka2 terutama Kak Minah (housemate + roomate aku). boleh katakan tiap hari akan cubit pipi aku. mana tak bertambah naik pipi tu? ditambah dengan tabiat 'kuat makan' aku masa tu.. haha..teruk gila.

6. Sem 2. Oh tidaakkkk!! ini adalah antara gambar pipi aku yg ter'over load. muka sudah bertambah bulat. tapi aku tak taw kenapa muka aku cute macam tu (oke, pasan lagi).. haha

7 & 8. Haaa.. ni sem 3&4. masa ni ceq nak habaq. pipi tu dah mula 'pergi' kan? (ayat cover2).. tak nampak sangat da muka yang bulat dan pipi chubby tu.. happy jugak sebab dah nampak kurus sikit.

9. Sem 5 daa~ Ni tak taw la nak cakap maintain ke apa.. sebab memang tak taw.  masa ni jadual terlalu la padat sebab tengah praktikal at SRA Pekan Bangi. selalu je turun keje tak makan. so, korang nilai la sendiri. (ada muka bakal2 ibu tak? *gatai naaa~)


10. Latest (17012012).. Kurus tak? ramai dah yang cakap aku semakin kurus. apakah benar kenyataan mereka ini? (ayat skema).. aku suka bila ada yang cakap aku kurus. tapi aku tak taw kenapa aku sedih. mungkin sebab aku sudah kehilangan sesuatu yang aku sayang dan 'ternak' selama ni.. apakah? pipi aku. aku rindu pipi akuu! yup, pipi aku.. aku sayang dan ingin pipi yang chubby macam dulu2. tapi macamana? any tips?? makan? tak payah bagi tips makan banyak2 sebab aku sekarang tak makan banyak.. muak kot. sesiapa yang ada tips, share2 la ngan aku ya..


* 1 persoalan menari2 kat fikiran aku. Apa punca 'benda' tu hilang? aku sayang kot.. huhu =(


ABC123: Aku pening fikir pasal MUET. study langsung tak lagi. exam tinggal sebulan.. apa nak jadi?

Tuesday, 17 January 2012

Tips Awal Bertudung Labuh

 Assalamualaikum readers aku yang comel2..

“…Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu….” [surah 24; an-Nur; ayat 35]


 Hidayah ini menyapa tanpa disedari melembutkan hati untuk merapatkan diri kepada Ilahi. Hati terasa teruja melakukan kebaikan, langkah laju diatur ke denai-denai majlis Ilmu, bibir pula tak henti melafazkan zikrullah mahupun doa agar Allah menguatkan hati untuk terus ada di jalan yang benar ini.


TIPS AWAL BERTUDUNG LABUH:
1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah…

3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring).

5. Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.

6. Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
Contoh 1: Tudung Akel bidang 50.
..
Contoh 2: Pashmina (selendang menutupi dada & tidak jarang)
8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudungTudung Turki/ Mesir/ Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^
 
Contoh Tudung Turki jenama Akel bidang 60.
9. Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10. Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :)

 
Contoh tudung labuh berjahit. Kain jenis koshibo.

CUBALAH dahulu. InsyaAllah, sekali cuba… masyaAllah, perasaan kali pertama itu terasa sangat indah sekali. Terasa sangat selamat, terasa Allah berasa sangat dekat. Subhanallah! Jika kita ikhlas berhijrah & memakai tudung labuh dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah, insyaAllah Dia akan membantu mempermudahi jalan kita. Secara tidak langsung, akhlak kita juga seakan terpelihara sebagaimana terpeliharanya maruah kita dilindungi kelabuhan tudung yang dipakai. Kita akan jadi segan untuk berakhlak buruk & melakukan kemungkaran.


Wahai wanita/saudari seIslam yang aku sayangi..
Kuatkanlah hati. Kuatkan semangat. Berbanyaklah berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati untuk melalui jalanNya ini. Bukan calang-calang orang yang terpilih untuk memiliki HidayahNya. Bersyukurlah jika kita di antara insan-insan yang terpilih untuk kembali kepadaNya.
Sesungguhnya, biar kita hilang ‘seseorang’ atau ‘sesuatu’ demi Allah. Daripada demi ‘seseorang’ & ‘sesuatu’ kita kehilangan Allah. Nauzubillah.


Peeewwiiieetttt:
Harap maaf jika ada yang tidak menyukai entry ini.. bukan niat untuk menunjukkan good2 dan laghoh dalam diri.. hanya sekadar perkongsian tips kepada anda dan anda yang terniat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik insyaAllah.. juga sebagai garis panduan buat diri ini agar sentiasa istiqomah dalam pemakaian as Muslimah dalam dunia moden dan ranggi ini.. insyaAllah.. agar Nur itu sentiasa menerangi jiwa kita.. amin.. :)


Sumber: http://wanwma.com/agama/tips-awal-sebelum-bertudung-labuh/

Monday, 16 January 2012

Sanah Helwa Izat

Assalamualaikum readers aku yg setia.. adakah? whatever..huhu

Ok.. ini ali (pelat cina jap..amoi ^,^) ali jadti wa punya kazen . huuhhhhh.. semputttt.. dah la. tamau cakap pelat cina lagi.. penat.. Ok.. kita cakap malay jak la ya.. nama pon malaysian kan. jom setori2. hari ni birthday cousin ketat aku (boy actually).. birthday yg ke-21 tahun.. wahhh.. alam dewasa sudah ko kan? haha (gelak jahat, walhal aku bakal menyusul. padan muka aku sekali).. apa pasal aku cakap dia cousin ketat aku? haiipppp!! haisshhh.. kepala otak tu jangan nak kasi kuning, jingga, atau hijau boleh? nak bagi pink colour takpe.. OMG. kegilaan ke'pink'an.. (apakah ayat aku?*lupakan).. baiklah.. mesti korang tertanya2 jugak kan apa pasal aku cakap dia ni cousin ketat aku? sebaabbbbbb... wahh. panjang sebab dia.. 

1) Lahir tahun yang sama.. dia tua sikit dari aku lah.. kikiki (jahat). tapi masa kecik2 dulu, aku suka berlagak 'kakak' dekat dia.. sebab masa dulu2, aku lagi besar dari dia.. dia kecik je.. (jangan marah Izat).. itu dulu.. sekarang... haaaaa.. amek kau. jauh ketinggalan sebab dia tinggi lampai ikut baka baba.. dan aku. rendang.. hahaha.. bukan sangat ok. sederhana.. kiut apa. *perasan~

2) Membesar bersama.. aik?? asyik sama2 je ni apasal? ek eleh.. da namanya cousin.. aiyaaa.. jangan buat pining la asau. kata pon cousin ketat.. masa kecik2 dulu, kitorang tinggal tempat makcik kitorang.. makcik kitorang jaga (harap tak tersalah fakta). da duduk sebumbung, memang aku akan tengok muka dia, dia tengok muka aku.. maybe aku main masak2 dia join. dia main ultraman aku join.. hahaha.. macam lawak pulak.. peduli la.. nama pon budak kecik. =P

3) Part ni aku rasa paling best..buat pengetahuan korang semua, aku dengan cousin aku ni satu sekolah sejak tadika sampai la masuk IPT.. tak sangka aku.. lama tuuu.. dari umur 6 tahun da duduk 1 sekolah yang sama, kelas yang sama (cuma masa sekolah menengah masa form 1,2,3 tak satu kelas).. wah.. sampai ke tua ni pon duk 1 tempat belajar sama lagi. lama tuuuu.. ni memang kes cousin ketat2 ni.. ok. ada 1 setori masa nak naik tingkatan 1. cousin aku ni future kat sekolah pondok di Pantai Timur (kampung baba dia).. masa nak pisah, punya aku nangis gila2 (nangis boleh gila ke?whatever..) sebab aku tak dapat bayangkan aku sekolah tanpa dia.. dah jadi kebiasaan kot aku duk satu sekolah ngan dia.. tapi best. ada guard.. hehehe


fuhhhh.. penah sudah aku setori2 sal dia (dan aku) masa kecik2.. suwit kan kami.. bila aku kira, aku da 15 tahun belajar sama2 ngan dia.. alangkah bestnya.. loikeee... setori punya setori, tuan punya badan aku tak bagitau siapa gerangannya kan.. sori2.. ni haaa orangnya..

Jangan salah sangka. ni bukan Thai atau Chinese..
ni la cousin ketat aku..
nama dia Nik Mohd Khairul Aizat Nik Zulkifli
Sanah helwa Izat 
doaku sentiasa mengiringimu.. :)



Thursday, 12 January 2012

HP Case Untuk Mama

Assalamualaikum my readers yang comel, tampan lagi cool . . (^,^)

Semalam (kemarin *bilang orang sabah) aku menghabiskan masa selepas solat Zuhur dengan menjahit dan menjahit . Yup, ditemani benang2, jarum dan kain felt yang setia dengan aku. kali ni aku buat handphone case untuk mama aku. ni permintaan mama aku. mama aku wish warna merah dengan hitam . kelas kan mama i . hehe .. atas ketekunan aku jahit, tadaaaa... dah pun siap HP case khas untuk mama aku . lebiu mom!


Inilah hasilnya ...




Peeewwwiiieeetttt :
Atas ni cuma gambar depan. gambar belakang xdapat upload lagi..ntah napa belog ni wat hal.. tak habes2 dengan 'ralat' dia..lempang kaju2 kang baru taw =P



* bilang = kata @ cakap