Tuesday, 10 January 2012

Aku Nak Itu & Ini

1) Convocation Day
Sebab ni impian mama aku . aku tersangat nak rasa perasaan tu . diploma dah habis tapi masih menanti dan terus menanti hari konvokesyen itu . lepas diploma , degree , master . phD maybe . amin . insyaAllah semua dalam genggaman aku .


2) Lesen Memandu
Sebelum ada lesen memandu, kena belajar memandu kan ? ni lah benda yang aku nak sangat dari dulu . lepas SPM je , kawan2 aku da berasak2 amek lesen . aku tak lagi sebab aku taw aku tak mampu . so aku tunggu dan tunggu sehingga hari ini . aku bukan apa . aku taknak guna duit mama aku . aku tak sanggup nak mintak . so, aku akan tunggu duit hasil titik peluh aku sendiri . dah ada rezeki , aku akan amek dan drift !


3) Being A Teacher
Iya iyaaalaaaa . . cita2 aku nak jadi cikgu . mama dan family aku sentiasa bagi aku semangat sampai tahap sekarang ni . aku dah jadi cikgu cuma tak rasmi lagi . sebab . . aku ni cikgu ganti . baru melangkah setapak demi setapak . timba pengalaman . aku akan teruskan usaha gigih aku supaya hajat aku, mama, dan family tercapai . *walaupon masa kecik2 dulu nak jadi polis (tak boleh sebab tak cukup tinggi) , nak jadi wartawan (dah besar tak berapa minat pulak) , nak jadi pengacara @ pembaca berita (takut. malu. sebab semua orang akan fokus kat kita masa kita cakap) , jadi DJ (tapi mulut aku tak kepoh dah sejak melangkah alam campus) . . macam2 aku nak jadi . tapi takpe la . aku taw jadi cikgu ni the best choice . kan kan kan ?? sila angguk tanda setuju .


4) Nikah
Sapa yang tak nak joyah oooiiii . . tipu sangat la if ada yg cakap dia taknak . kalau betul lagi sohih dia taknak, aku rasa ada problem dah tu . . lupakan . yup , impian setiap manusia . ingin pasangan hidup . ingin dicintai dan mencintai (ayat jiwang pulak dah) . lumrah manusia dah minah oooiiii . . whatever la . btw , aku menanti hari bahagia itu . menyintai seorang lelaki halal yang bernama suami . ditemani 'buah hati' yang comel2 . . indahnya! ceeehhhhhh!  berhenti berangan Ana!  =)


5) Haji 
Dalam banyak2 benda yang aku nak capai , yang ni kot yang terasa NAK SANGAT . yalaaa . bukan semua manusia ni terpilih sebagai tetamu Allah di sana . aku harap aku dapat ke Tanah Suci sebelum menghembuskan nafas terakhir . amin ya Rabb . sangat2 teringin . *bawak family aku sekali


6) Niqab
Purdah . Biar betul ?? biarlah hanya Dia yang tahu . doakan .


7) Faham & Hafaz
Mampukah ? di mana ada kemahuan di situ ada highway jalan . yup , hendak seribu daya tak hendak seribu dalih . walaupun aku tersangat susah untuk menghafaz (ni sebab suka makan kepala ikan. padan muka), insyaAllah aku akan cuba semampu aku . chaiyookkk !


8) Cakap Arab
Jeles bila tengok orang bukan Arab boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Arab ni . korang jeles tak ? aku jeles sangat2 . aku pon nak macam tu jugak (walaupun zaman sekolah dulu sangat2 tak suka bahasa Arab) . haisshhhh . . teruknya aku . nasib baik dan alhamdulillah sebab sekarang aku dah jatuh cinta kat bahasa ni . so, aku kena usaha kuat la kan . nak capai sesuatu benda kena usaha . . takda istilah tunggu bulan jatuh ke riba kak senah ooiiiiii . . so , kita kena usaha dan usaha dan usaha . *semangat aku ^,^

  9) Taj Mahal
Cantik tak? cantik tak? cantik kan?? tak silap aku ni salah 1 keajaiban dunia . . ya , sangat teringin jejak kaki ke tempat ni . angan2 aku sejak kecil lagi tu . dapat pegi ke sana ngan suami mesti best! *oh my.. berangan lagi . cukup!


10) Mandikan Jenazah
Mesti pelik kan ?? kenapa tetiba masuk bab mandikan jenazah ? oke . aku sebenarnya nak sangat belajar pangurusan jenazah . walau dalam masa yang sama aku cukup takut untuk itu . tapi aku  kena buang rasa takut itu . suatu hari nanti , aku pon akan jadi jenazah jugak kan ? so aku kena buang perasaan tu jauh2 . why aku nak belajar mende ni ? sebab . . ada la sebabnya . dan yang pasti ia akan menimbulkan keinsafan .





Peeeewwwiiieeeetttttt :
Maaf . Aku tak susun ikut urutan . k bye!




Monday, 9 January 2012

Sudahlah Sudah

Assalamualaikum readers aku yang kiut2 belaka . . cukup lama jugak aku tinggalkan belog sayang aku ni . aku malas nak hapdet . yeah . sangat malas . entah kenapa mengapa dan bagaimana ini bisa terjadi . aiyaaa . . jangan malas2 Ana . tak baek untuk kesihatan *ni pehal tiba2 ada kaitan ngan kesihatan . hadoi . lupakan . hermmm . . aku baru sahaja 'melepaskan' orang yang aku sayang (sayang ke?) ntah la aku sayang ke tidak . maybe yes maybe not . whatever~ oke la . aku tersangat lah susah untuk lepaskan orang yang aku sayang . tapi kali ni entah kenapa boleh . maybe sebab aku kena percaya pada Qada' dan Qadar . yeah . must trust it oke ! Muslim wa mukmin right ? mesti dan mesti untuk percaya . kata kawan2 aku 'let him go' . yeah . dan ni yang aku buat sekarang . cuma aku perlu kuat dan sabar . yup . innallaha ma'assobirin . :')


Menyentuh bab 'poligami' . uhuhu . ingat senang ke nak poligami cik abang sekalian oiii ? susah kot . pompuan je taw rasa dia cemana . orang kata "senang untuk adil harta , nafkah . . tapi amat mustahil untuk adil dalam kasih sayang" yeah , aku sangat2 setuju . kasih sayang tak boleh dikira . so , cemana kita nak taw adil ke tak ? kan kan kan ? sapa setuju sila anggukkan kepala . oyeaahhhh . . anda semua sangat cool . akhirnya aku ambil keputusan untuk let him go . yeaahhhh . let him go . sudah masanya aku biarkan dia pilih jalan hidup dia . mengalah bukan bermaksud kalah oke . aku pasrah . pasti Allah dah rancang yang lebih baik untuk aku kan . yakin dan pasti ! yeaaahhh . . 'good girl' untuk aku . aku harap dia bahagia dengan hidup dia sekarang dan tak ganggu life aku lagi . ganggu aku as a friend takpe . kawan dulu kini dan selamanyakan ? * walaupun selalu sakit hati dengan post2 TERLAMPAu di FB.langsung tak fikir hati orang lain . takpe , hope bahagia http://winkwinkwinky.blogspot.com/2012/01/bahagiakah-kita-kalau-atas-derita-orang.html . aku akan sentiasa memupuk kesabaran . sabar itu indah ~ smile =)





Peeewwwiiiittttttttt:
Aku nak cakap pe ngan family aku ? baru tadi makcik aku kat Kedah tu call mama aku . terselit gosip antara aku dan dia . aduh . aku nak gtaw cemana ? takpe la . biarkan semua itu dibawa angin . k bye !



~

Friday, 6 January 2012

Handphone Case

 Depan

Belakang




Peeeewwwiiiittttt :
Ni bosan punya pasal . disebabkan kain felt ada banyak lagi , aku pon try buat bendalah ni . untuk kegunaan sendiri . akhirnya siap jugak dan aku puas hati sebab craft aku menjadi . mama aku mintak aku buatkan tapi aku takde mood nak buat benda ni lagi . jiwa kacau seyh . whatever . yang penting aku da tenang sekarang . syukran ya Rabb :')

Lirik Lagu Selena Gomez – Love You Like A Love Song






[Verse 1]
It’s been said and done
Every beautiful thought’s been already sung
And I guess right now here’s another one
So your melody will play on and on, with best we own
You are beautiful, like a dream come alive, incredible
A center full of miracle, lyrical
You’ve saved my life again
And I want you to know baby

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep it in re-pe-pe-peat

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep it in re-pe-pe-peat

[Verse 2]
Cursing me, boy you played through my mind like a symphony
There’s no way to describe what you do to me
You just do to me, what you do
And it feels like I’ve been rescued
I’ve been set free
I am hyptonized by your destiny
You are magical, lyrical, beautiful
You are…I want you to know baby

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep it in re-pe-pe-peat

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep it in re-pe-pe-peat

[Bridge]
No one can pause
You stand alone, to every record I own
Music to my hear that’s what you are
A song that goes on and on

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep it in re-pe-pe-peat

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

I love you…like a love song…




Peeewiiittttt :
1st time aku dengar lagu ni aku dah terminat . . minat dengan lagu oke . Sebab aku ni kurang sikit bab minat2 artis ni . malas . tapi 1st tu aku dengar Shila Amzah yang nyanyi kat YouTube . . bukan SG ni . Shila Amzah nyanyi lagi best kot ! padahal dalam kereta je time tu . . aku da tengok kat YouTube si SG ni nyanyi . hampeh gileee . . memang tak best . nasib baik aku da dengar Shila Amzah nyanyi dulu . so telinga aku dapat tangkap ke'best'an lagu ni . lagu ni memeang best . rentak dia best . best la yang penting . tak taw nak cakap cemana . # aku suka lagu dia . walaupun SG ni comel (aku suka comel2 ni) tapi aku masih tak minat dia . ntah napa . mungkin sebab dia nyanyi LIFE x tak best kot . .

Sunday, 1 January 2012

AnnaCraft - For Sale !


Brooch Bunga-Bunga Cinta
RM2 / 1pcs
RM3 / 2pcs
Limited edition
( red , pink , black )


Brooch dia ada 'blink2' . .


 ^   Ni dia contohnya . .





Piieeeewwwiieeettttt :
Brooch semua ni dah takda sebab dah dihantar untuk dijual di Sukau . .  # maaf sebab gambar kabur .


~

Hye-hye Bye-bye

Assalamualaikum readers ku yg comel lagi kiut . .
waaahhhhh . . entry title aku kali ni macam lagu Ezlyn pulak kan ? ?
~ kau kata hye-hye ku katakan bye-bye . . ~ 
nyanyi sat . silakan menyampah sebab aku nyanyi sumbang . =P
(silakan amek mood utk baca sebab aku wat entry ni macam xda mood sangat)


Actually aku bukan nak 'femes'kan cik Ezlyn kat sini . . 
title aku xda kena mengena ngan dia . . so lupakan Ezlyn .


Aku nak say goodbye ngan year 2011 . . tata titi tutu . . pergimu xkan kembali (ayat jiwang jap) . . welcome atau selamat datang atau yg paling best 'ahlan wa sahlan' 2012 . . macam x percaya dah 1 tahun berlalu  . . apasal cepat sangat ae ? ? terasa diriku semakin dewasa . . (padahal memang dah dewasa) . . alaaaaa . . tak boley maen baby doll , maen masak2 (ni nak kena lempang agaknya . .baek2 org datang nak meminang terus tak jadik) . . eleh . .sapa nak pinang aku ? aku peduli apa ? aku taw takda lagi yg nak pinang aku . . belum masanya . . kan kan kan ? ? (iye kan aje . .) oke . . banyak benda yg jadik dalam tempoh SATU TAHUN . . mustahil la takda kan ? ? ada 365 hari kotttt . . boleh tak if aku nak buat sinopsis life aku untuk tahun 2011 kat sini ? apa, tak boleh ? eeeeeeee yaaarrrrrkkkkksssss . . page aku . belog aku . suka hati aku la . . aiyaaaaaa . . hellooooo . . tak suka , gi maen jauh2 . haishhh! jangan nak cebik bibir tu . tak minat la nak tengok . tak seksi pon . seksa ada . hahaha


1)  Angka '2' 
Apa tu ? ish . . tak tau lagi ke ? baek la . . i tell u . . 2011 ni buat aku rasa agak da 'berumur' . haip . . bukan bermakna aku dah tua oke . . agak2 sikit . . aku still muda oke . baru start angka '2' kat depan . . kawen pon tak lagi . . so , bersiap sedia laa . . tak lama lagi aku akan nikah . . insyaAllah semoga rezeki untuk berumah tangga tu ada dan cepat (gatai) . . 'Nikah Connecting People' !

2)  1st Time
Yuhuuuuu . . sonoknyeee . . haip ! jauhkan diri anda daripada negative thinking ! what's up ni ? al-kisah nya . . maka tersebutlah kisah di mana sahabat2 akrabku (sahabat 901) buat birthday surprise untuk aku . . terharu gilak ! memang member2 aku tak pernah buat surprise apa lagi bawa kek yang berlilin untuk birthday aku . tiba2 kali ni , dorang buat . dah la masa tu muka hitam legam bak kuali terbako . BIG punya pasal . tak pasal2 aku jadi legam . tu lah padahnya . orang laen sibuk guna sunblock , aku duk maintain . . sebab . . aku bukan jenis macam tu . aku adalah aku . aku tak macam sesetengah orang tu yang asyik nak jaga penampilan biar sentiasa nampak voke , nampak lawa , nampak macam retis . ohh pelissss lah . . aku tak berapa nak minat . . oke sayang2 . aku tak maksudkan kawan2 BIG aku . . sebab aku kenal dorang cemana . aku maksudkan gegirl yang kat luar sana tu . . balik kepada story . . thanx so much dear2 ku sebab buat surprise birthday untuk aku . =)  As , Bibie , Yunie , mesti korang sayang gilak sama aku kan ? ? (PANGG ! penampar khas singgah kat pipi aku yg dah tak chubby)  . .

3)  Dunia Cikgu
Siapa sangka kan . aku ingat tu cuma angan2 mat jenin aku masa kecik2 dulu . selalu maen cikgu2 . alhamdulillah aku dah jadi cikgu walaupun tak rasmi lagi . . sebab apa pulak tak rasmi lagi ? sebab aku belum berkhidmat di KPM . aku cuma 'cikgu ptaktikal' kat SRA Pekan Bangi dulu . anak2 didik panggil aku 'ustazah' . . rasa tak layak je ngan panggilan tu . . tapi , terima je la . . dah habis praktikal aku pulang Sabah Tanah Airku . . yup , Sabah Bah ! Kelasssss u ! sesampainya aku di Sandakan (ayat skema tak boleh tahan) , aku apply 'guru ganti' bagi menggantikan guru gegirl yang berjuang di medan perang . haha . . ayat aku kejamkah ? tak kan ? betul apa . berjuang jugak 2 namanya . pushh and pushh .. oyeaahhh . . tak lama lepas apply , aku pon dapat tawaran . . SMK Tinusa . owh no ! sekolah menengah tuuu . . habislah aku . tapi oke la jugak walaupun ada few student aku suka 'usha2' aku . . taw la cikgu kamu ni masih muda . jangan ganggu cikgu boleh ? huhu . . sekejap ustazah , kejap cikgu . yang mana satu ni ? dua2 pon boleh =)

4)  Jalan
Aku ngaku aku kuat jalan (tapi yang penting je oke) . . termasuklah jalan untuk makan KFC dan PizzaHut . . toink toink ! tu penyakit aku . suka mengidam nak makan itu dan ini . haishhhh .. apa nak jadi ntah . oke . back to the 'setori' . . 2011 aku pergi jelajah negeri orang . ke sana ke mari . aku jalan ke Johor , Kedah , Perlis . . next ke mana pulak ? sedang dalam perancangan . * aku hepi sebab ada orang bawak ke Port Dickson , KLCC , BTHO . . sedih lagi sebab tak sampai2 ke I-City tu . . kesibukan melanda diri . . masa tu suka jeles ngan aku . tak suka !

5)  Perpisahan
Tadi semua part hepi je kan ? haaaa . . da sampai part sedih da ni (sobbsss2) . . boleh tak nak cakap 'aku benci perpisahan' ? bolehkan ? yes , benci sangat2 . . tapi orang salu cakap . setiap pertemuan pasti ada perpisahan . yeahh . . memang betul pon . (mengangguk tanda setuju . walhal t.e.r.p.a.k.s.a) . . banyaknya adegan sedih untuk 2011 . asyik pisah2 je . . aku pon da boleh dapat award untuk 'pelakon airmata' . . jom kira how much drama perpisahan / sedih . .
  • Nak balik KL (masa salam mak Yunie, stay umah Yunie seminggu . mak dia sangat2 baek orangnya)
  • Nak balik KL (bercuti kat umah makcik di Pendang dan Padang Besar)
  • Berpisah ngan Pi3_Crew (budak2 kelas aku) . 2 tahun lebih kot sesama .
  • Berpisah ngan budak2 aras aku . p8 tingkat 10 . yeahhh . . kami memang rapat . best taw !
  • Berpisah ngan guru2 dan murid2 SRA Pekan Bangi . nangis sampai bengkak mata masa ni . malu !
  • Berpisah ngan housemate Pangsapuri Mawar 
  • Berpisah ngan warga SMK Tinusa . . sedih jugak 
  • Berpisah dan berpisah  . . 

Banyak kan ? kan kan kan ? ? banyak lagi tu perpisahan yang aku kena terima . . tapi aku malas nak mention kat sini . . berpisah jasad takpa . berpisah hati tu yang bahaya . . opsss . . jangan fikir negatif . bukan semestinya cinta oke . . huhu . . oke . . tahun 2011 dah melabuhkan tirai . tahun 2012 pulak membuka lembaran baru . . aku pun nak mulakan lembaran baru macam korang semua jugak . aku nak improve segalanya yang 'cacat' dan 'cela' masa 2011 . . aku nak buat yang terbaik dan terbaik dan terbaik . . bukan untuk siapa pun . untuk Dia , untuk family aku , untuk diri aku sendiri dan untuk anda dan anda yang sewaktu dengannya . kerana dirimu begitu berharga . oke , yang tu gurau oke . yang aku taw , aku hanya mahukan yang terbaik untuk life aku . segala kesedihan yang lalu aku harap aku tak bawak ke tahun ini . suka duka aku akan aku jadikan penguat semangat aku . ya , pangajaran berharga buat diri aku . belajar dari kesilapan . kelaaassss kau Anna ! oke bye !




peeewwiiieeetttt :
Aku sebenarnya tak suka dan tak gemar benci orang . . tapi aku kan manusia biasa . so tak pernah lepas dari semua tu . . tahun ni , aku dah terbenci seseorang (girl actually) . bukan suka2 nak benci . aku da elak . tapi terbenci jugak . 'ter' oke . tak sukaaa ! dia ni ranking 1st la . . yang laen2 ada jugak . tapi aku ni lembut hati , so mudah la nak maafkan . tapi tak sama ngan sorang ni . da buat salah , takda nya nak mintak maaf . yang ada , dia pergi block aku . buat tak bersalah pulak tu . . haisshhh . . aku tak taw dia ni jenis cemana . apa boleh buat . nasib badan kau . sapa suh . laen kali , tipulah aku . tak jujur ngan aku , ni lah jadinya . suka tengok aku sedih kan ? hope kau sedar ngan apa yg kau dah buat ye pompuan .  *aku harap aku dapat maafkan dia walaupun aku rasa dia agak k.e.t.e.r.l.a.l.u.a.n  dan  t.a.k.d.a.h.a.t.i. (taw tak sangat susah ? ?)  P/S : aku tak mention nama . sebarang perasaan 'terasa hati' harap bawak bersabar . aku tak mention siapa pon . sapa makan cili , dia terasa pedasnya .