Andainya lelaki tahu . .
Apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya .
# harta bukan segalanya okey !
Andainya lelaki tahu . .
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata , itu bukan bermakna dia lemah , tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu .
# dengan cara menangis , maybe perempuan boleh dapatkan kekuatan .
lagi satu tu adalah cara nak lepaskan perasaan a . k .a luahkan kot even pada diri sendiri .
( ni macam kes aku . suka nangis tapi bukan cengeng or bayai )
Andainya lelaki tahu . .
Apabila seorang perempuan marah , memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah , itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu . Lihat saja pasangan yang baru bercinta , mereka jarang bergaduh . Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang , semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku .
# dugaan hidup berkasih la katakan . tak da gadoh , tak sempurna . .
ini salah satu cara taaruf a . k . a kenal hati budi masing2 maybe .
Andainya lelaki tahu . .
Apabila perempuan bercakap banyak , dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas , tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat .
# actually penat jugak cakap banyak . tapi nak wat camana kan?
bukan bermakna mulut tu bibiran a . k . a lober
Andainya lelaki tahu . .
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah , itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya , tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik , bukan untuk dirinya , tetapi untuk masa depan anda .
# faham ? itu semua bukan sebab kita tak terima kelemahan oke !
Andai lelaki tahu . .
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda , bukan bermakna dia tidak sayang . . tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian .
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya , anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi . Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
# cemburu tanda sayang . dilema bagi seorang wanita is ' takut ditinggalkan ' .
itu pasti bagi setiap wanita . aku jua macam tu . that's normal .
Andai lelaki tahu . .
Apabila perempuan merajuk , jangan kata dia mengada-ngada . Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen , tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai .
# aku suka merajuk . poyo je lebih . padahal nak kena pujuk . ahaakkkkssss =P
Andai lelaki tahu . .
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘ I LOVE YOU ’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya , bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
# luahan bukan sekadar kata2 . . oyeay ! aku lak suka luah . shy ~
Andai lelaki tahu . .
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu , dia benar-benar maksudkannya . Apabila berjauhan , bayanganmu akan sentiasa bermain di mata .
# that's right ! I miss u Mr. Cai ! ini betul2 punya .
Andai lelaki tahu . .
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu , jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu . Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya . Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya .
Selagi dia dengan kamu , percayalah , walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya , kamu tetap yang terbaik.
# cinta itu buta . ni la buktinya . ehehehe
Andai lelaki tahu . .
Apabila perempuan menjadi degil , dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya . Percayalah , hati perempuan itu sangat lembut . Andai kena caranya , jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat .
# haha . . ni lawak . tapi memang betul . . degil tapi takda la sampai tahap kepala batu . .
Andai lelaki tahu . .
Apabila perempuan berkata , “ tolong tinggalkan saya !” , dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya . Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja . Apabila dia kembali tenang , percayalah dia akan mencari anda semula . Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda . Perempuan sukar untuk mengawal perasaan . Dia terlalu emosional . Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda .
# Mr. Cai . . sila fahami betul2 ya . . sy ngaku ni la sy yg sebenar .awak perlu faham dan tahu tentang ini .
Andai lelaki tahu . .
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri . Tetapi sekiranya mereka saling memahami , mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali . Di sebalik air matanya , tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya . Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang boleh menggoncang dunia dan mungkin boleh pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya . Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna . Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya , isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda .
# hebat kan wanita ? haaa . . jangan main2 ngan perempuan . DANGER ! hehehe
wanita terhebat oyeayyy !
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Akhirnya terjawab segalanya . syukran ya Rabb .